ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  HARI BELIA SELAT KE-10 DIADAKAN DI FUZHOU DI WILAYAH FUJIAN

Wednesday 07/12/2022

AsiaNet 99114

Table
 
Pemandangan pada Hari Belia Selat ke-10


FUZHOU, China, 7 Dis, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 2 Disember, Hari Belia Selat ke-10, yang ditaja bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Majlis Negeri, Persekutuan Belia Seluruh China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, telah diadakan di Fuzhou di Wilayah Fujian, dan menarik kehadiran 350 orang tetamu dari semua lapisan masyarakat di kedua-dua belah Selat itu.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 bagi Hari Belia Selat. Dengan bertemakan "Bekerja Bersama untuk Peremajaan Negara China", acara tahun ini telah memaparkan kisah-kisah mengenai anak muda di seluruh Selat itu yang telah menjalin ikatan dengan usaha bersepadu. Dengan orang ramai mengambil bahagian secara sendiri dan dalam talian, dialog-dialog utama telah dijalankan di antara Fuzhou dan Taipei melalui pautan video, menurut Pejabat Jawatankuasa Penganjur bagi Hari Belia Selat.

Qiu Xinyi, seorang penghibur bagi Orkestra Simfoni Selat Fuzhou, Wang Tingwei, "pengurus pangsapuri" Taiwan yang pertama di Wilayah Fujian dan anak muda Taiwan yang lain telah berkongsi pengalaman mereka dan bertukar-tukar idea pada acara itu. Mereka juga membincangkan tentang peluang dan cabaran yang dihadapi oleh belia Taiwan dan peranan yang akan dimainkan oleh mereka di dalam proses ke arah pemodenan China, dan menekankan pembelajaran bersama di antara anak muda di seluruh Selat untuk masa depan yang lebih baik.

Hari Belia Selat itu akan juga menganjurkan satu siri aktiviti yang termasuk Minggu Pertukaran Kebudayaan Belia Selat, "CPPCC dalam Sudut Pandangan Belia Taiwan" dan dialog rentas Selat mengenai kerjasama meteorologi.
 
Sumber: Pejabat Jawatankuasa Penganjur bagi Hari Belia Selat
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=435575

Kapsyen: Pemandangan pada Hari Belia Selat ke-10

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.