Direka bentuk hasil maklum balas yang diterima daripada pelanggan dan pesakit bagi mengembangkan pilihan untuk eCOA dan aktiviti Ujian Klinikal Terpencar (DCT) lain· Aplikasi myMedidata yang dikuasakan oleh alat binaan Pereka Bentuk Medidata baharu mampu mengurangkan masa permulaan kajian dengan ketara
· Penyepaduan penuh dengan platform Medidata termasuk Rave EDC
· Pesakit boleh menggunakan akaun myMedidata mereka secara bergantian dalam aplikasi, portal berasaskan web, peranti sendiri atau yang diperuntukkan, untuk memperkasa pilihan pesakit dan meluaskan akses
· Satu-satunya penyelesaian DCT lengkap dalam industri yang disokong oleh pasukan pakar Medidata yang dipercayai, serta standard data dan privasi yang menjadi contoh
NEW YORK, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, syarikat Dassault Systèmes, melancarkan
aplikasi myMedidata asal baharu yang berpusatkan pesakit, direka bentuk untuk memberikan peserta kajian pilihan lain untuk pengalaman platform yang lancar dan log masuk tunggal bagi semua aktiviti ujian kendalian jauh syarikat. Aplikasi ini akan menampilkan semua penyelesaian berpusatkan pesakit myMedidata, dengan tumpuan awal pada eCOA (penilaian hasil klinikal elektronik). Aplikasi myMedidata tersedia pada iOS dan Android, serta boleh digunakan pada peranti pesakit sendiri (BYOD) atau melalui peranti yang diperuntukkan.
“Tambahan terkini kami pada myMedidata membawakan aplikasi berinovatif kepada pesakit yang direka bentuk bersama dengan pasukan cerapan pesakit kami, maklum balas pelanggan dan pengalaman yang diperoleh daripada pengendalian DCT terbesar di dunia sejak 20 tahun yang lalu,” ujar Matt Noble, naib presiden kanan, Awan Pesakit Medidata. “Medidata memanfaatkan cerapan unik daripada penaja, CRO, tapak dan pesakit untuk membuat perbezaan bermakna dalam pengalaman ujian klinikal.”
Unik kepada industri, aplikasi myMedidata disatukan dengan Platform Medidata, termasuk Rave EDC (penangkapan data elektronik), lalu menghasilkan ekosistem selenggara diri sepenuhnya apabila input pesakit, aktiviti berasaskan tapak dan pengurusan data di balik tabir beroperasi bersama dengan lancar.
Aplikasi ini dikonfigurasikan dengan menggunakan Pereka Bentuk Medidata, alat konfigurasi platform baharu, membawa pembina aliran kerja mudah alih yang berpusatkan pesakit kepada aplikasi myMedidata. Apabila menggunakan Pereka Bentuk, penaja dan rakan kongsi CRO boleh membina pelbagai pengalaman pesakit melalui templat skrin seret dan lepas berintuitif dan alatan aliran kerja visual, yang menyediakan pangkalan data klinikal secara serentak di latar belakang tanpa memerlukan apa-apa kod tersuai. Pereka Bentuk mengurangkan masa binaan kajian secara drastik dengan menggunakan Medidata dan perpustakaan pelanggan, termasuk instrumen eCOA prabina, penterjemahan dan konfigurasi kajian.
Medidata ialah anak syarikat milik penuh Dassault Systèmes, yang bersama dengan platform 3DEXPERIENCE dijangka menerajui transformasi digital sains hayat dalam era perubatan yang diperibadikan dengan platform saintifik dan perniagaan komprehensif yang pertama, daripada penyelidikan kepada pengkomersialan.
Perihal MedidataMedidata menerajui transformasi digital sains hayat, mewujudkan harapan kepada jutaan pesakit. Medidata menjana bukti dan cerapan bagi membantu syarikat farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan dan diagnostik, serta penyelidik akademik mencepatkan nilai, 2,000+ pelanggan dan rakan kongsi mengakses platform paling dipercayai di dunia untuk data pembangunan klinikal, komersial dan dunia sebenar. Medidata, syarikat Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA), beribu pejabat di New York City dan mempunyai pejabat di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan pelanggan syarikat. Ketahui lebih lanjut di
www.medidata.com dan ikuti kami
@Medidata.
Perihal Dassault SystèmesDassault Systèmes, Syarikat 3DEXPERIENCE, ialah pemangkin kepada kemajuan manusia. Kami menyediakan persekitaran maya 3D kerjasama kepada perniagaan dan orang ramai untuk membayangkan inovasi mampan. Hasil penciptaan pengalaman maya berkembar dunia nyata bersama platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami, pelanggan kami berjaya menganjak sempadan inovasi, pembelajaran dan pengeluaran bagi mengecapi dunia yang lebih mampan untuk pesakit, orang ramai dan pengguna. Dassault Systèmes membawa nilai kepada lebih 300,000 pelanggan daripada pelbagai saiz, dalam semua industri, di lebih daripada 140 negara. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati
www.3ds.com3DEXPERIENCE, ikon Kompas, logo 3DS, CATIA, BIOVIA, GEOVIA, SOLIDWORKS, 3DVIA, ENOVIA, NETVIBES, MEDIDATA, CENTRIC PLM, 3DEXCITE, SIMULIA, DELMIA dan IFWE ialah tanda dagangan komersial atau tanda dagangan berdaftar Dassault Systèmes, “société européenne” Perancis (Daftar Komersial Versailles # B 322 306 440), atau anak syarikat di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Orang Hubungan
Tom Paolella
Pengarah Kanan, Komunikasi & Hal Ehwal Korporat
+1-848-203-7596
thomas.paolella@3ds.comPaul Oestreicher
Pengarah Komunikasi Luar
+1-917-522-4692
paul.oestreicher@3ds.com Sumber: Medidata
--BERNAMA