ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PPZ-MAIWP LANTIK RAIZ SEBAGAI EJEN KUTIPAN ZAKAT

Friday 09/12/2022



KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MOA) dan melantik Raiz Malaysia Sdn. Bhd. (“Raiz”) sebagai ejen kutipan zakat yang baru. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pembayar zakat khususnya pengguna aplikasi Raiz.
 
Raiz merupakan pengurus pelaburan digital berlesen dan syarikat usahasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Malaysia. Melalui aplikasi pelaburan mikronya yang unik, membantu orang ramai untuk menyimpan dan melabur duit baki harian secara automatik setiap kali berbelanja. Pengguna juga mendapat ganjaran bonus tunai apabila berbelanja dengan lebih 100 rakan jenama Raiz. Sejak dilancarkan pada Julai 2020, Raiz kini telah merekodkan lebih 1 juta muat turun dan lebih 300,000 akaun telah berjaya dibuka.
 
Dengan perlantikan ini, PPZ-MAIWP akan menjadi salah satu rakan jenama Raiz. Pembayar zakat dan pengguna Raiz kini boleh membuat bayaran bagi pelbagai jenis zakat termasuklah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Saham, Zakat Emas, Zakat Perak dan Zakat KWSP. Istimewanya, setiap pembayaran zakat yang berjaya dilakukan melalui aplikasi Raiz akan mendapat 1% bonus tunai yang akan disimpan dan dilaburkan terus ke dalam akaun Raiz dan ianya tidak sama sekali akan menjejaskan amaun zakat yang ditunaikan.
 
Kerjasama antara PPZ-MAIWP dan Raiz ini adalah sebagai salah satu usaha PPZ-MAIWP dalam mempelbagaikan kemudahan dan perkhidmatan bayaran zakat kepada orang ramai. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Raiz ini dijangka dapat menambah baik kesedaran berzakat kepada masyarakat di samping dapat meningkatkan jumlah kutipan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata PPZ-MAIWP sentiasa cakna akan kehendak semasa pembayar zakat dalam menguruskan pembayaran zakat mereka.
 
“Di PPZ-MAIWP, kami sering berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan penggunaan digital di kalangan pembayar kami. Kami yakin kolaborasi melalui digital bersama Raiz ini akan memberikan nilai tambah dan kemudahan pembayaran kepada semua pembayar Muslim di mana jua mereka berada, sama ada di Malaysia atau luar negara. Semoga dengan pelantikan Raiz sebagai ejen PPZ-MAIWP mampu menyumbang kepada peningkatan jumlah kutipan dan pembayar zakat.” 
 
Aidi Izham Mohd Khalil, Ketua Eksekutif Raiz berkata, “Di Raiz, kami sentiasa berinovasi untuk terus memperkaya pengalaman unik menabung dan melabur untuk para pelabur kami. Dengan kerjasama terkini bersama PPZ-MAIWP ini, kini, sambil anda membayar kewajiban berzakat anda, anda akan turut mendapat 1% bonus tunai yang akan dimasuk dan dilaburkan terus ke dalam akaun Raiz anda. Raiz akan menaja bonus tunai ini – inilah cara kami untuk terus membantu orang ramai menyimpan dan melabur disebalik tabir tanpa mengubah gaya hidup harian”
 
Pembayaran zakat boleh terus dilakukan di aplikasi Raiz. Resit rasmi dan rekod pembayaran boleh didapati daripada portal PPZ-MAIWP dalam masa 3 hari setelah pembayaran dibuat.

Latar Belakang PPZ-MAIWP
 
Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ-MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my
 
Latar Belakang RAIZ
 
Raiz Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat usahasama antara Raiz Invest Australia Limited dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakakan entiti pasaran modal yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengurus Pelaburan Digital. Sejak dilancarkan pada Julai 2020, Raiz kini telah merekodkan lebih 1 juta muat turun dan lebih 300,000 akaun telah berjaya dibuka.

SUMBER: PPZ-MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
PPZ-MAIWP
Nama: Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: ​017-393 5432
E-mel: aqilah@zakat.com.my

Nama: Nur Izzati Mazlan
​Tel: 011 - 1192 1956
E-mel: izzati@zakat.com.my 

RAIZ
Nama: Fadhlin Sakina
Tel: 012-385 1062
E-mel: fadhlin@raiz.com.my 

Nama: Umamah Amirah
Tel: 012-370 4804
E-mel: umamah@raiz.com.my 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.