ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  THE FOOD PURVEYOR MELANTIK KOK KIAN KEE SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU

Monday 12/12/2022



Table
Kok Kian Kee dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- The Food Purveyor (TFP) baru-baru ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Geoff King telah bersara berkuat kuasa 30 November 2022. “Sejak 2018, Geoff telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kejayaan organisasi, dan walaupun kami akan merindui beliau dan kepimpinannya, kami mendoakan yang terbaik dalam keputusannya untuk berundur dari jawatan dan untuk pengurusan beliau seterusnya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas perkhidmatan berdedikasi selama ini yang menyumbangkan banyak pencapaian penting,” kata Ong Kim Too, Pengerusi Eksekutif Kumpulan TFP.

Geoff King, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata: “Saya telah mengetuai pasukan berbakat yang menakjubkan sejak empat tahun lalu dalam pembinaan The Food Purveyor sehingga pencapaianya hari ini. Sepanjang tempoh ini, saya bekerjasama dengan ramai rakan kongsi perniagaan kami demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan mereka sepanjang tempoh saya sebagai CEO”.

TFP telah mengumumkan bahawa Kok Kian Kee (juga dikenali sebagai KK) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu. Seorang pemimpin perniagaan yang berpengalaman, KK akan menggantikan Geoff dan menjawat jawatan mulai 1 Disember 2022.

Kok Kian Kee telah bersama TFP sebagai Ketua Pegawai Dagangan sejak Jun 2020 dan penuh dengan pengalaman selama 32 tahun dalam peruncitan makanan dengan peruncit gergasi di seluruh pasaran.

"Jelas sekali bahawa KK adalah calon yang paling sesuai untuk jawatan ini," kata Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan TFP. "Dengan latar belakang pengalaman KK yang luas dalam kemahiran pembangunan perniagaan, kami percaya kepimpinan dan pengalamannya yang kukuh akan memimpin kami ke era baharu dengan strategi jangka panjang, ekosistem yang lebih baik dan potensi pengembangan geografi."

“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan atas peluang ini dan sangat teruja untuk terus memimpin pasukan ke sempadan baharu,” kata Kok Kian Kee. “Saya percaya TFP mempunyai model perniagaan yang hebat dan pasukan pengurusan berbakat yang menempatkannya di kedudukan yang unik mampu menguasai persekitaran pasaran dan pengguna yang sentiasa berubah. Sejajar dengan industri-industri yang berkembang melalui migrasi teknologi, saya percaya TFP mampu melonjak ke arah modul omni-channel untuk menyediakan akses mudah kepada barangan runcit dan terus menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggan kami.”

Sepanjang tempoh dengan TFP, KK telah menyumbang dalam penambahbaikan proses komersil dan strategi, pengoptimuman kos dan memperkenalkan jenama eksklusif terkenal dari Australia "Woolworths" yang menyumbang kepada pencapaian objektif perniagaan. Asas latar belakang pengalaman KK yang luas dibina daripada pelbagai peruncit utama di Malaysia, Carrefour, Tesco Stores, Dairy Farm International dan seterusnya. KK juga pernah bekerja di luar negara dengan Super Value Stores di Papua New Guinea. Semasa berkhidmat di Dairy Farm International, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Hasil Komersial Segar. Beliau telah membangunkan dan merancang strategi pemerolehan hasil segar untuk negara-negara di Asia Tenggara.

SUMBER: TFP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Rachel Lee
Tel: 012-931 9862
Emel: racheltt.lee@thefoodpurveyor.com / pr@thefoodpurveyor.com

Nama: Jamie Ng
Tel: 012-239 9329
Emel: jamiexw.ng@thefoodpurveyor.com / pr@thefoodpurveyor.com 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.