ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  NTHU MENERIMA ANUGERAH KELESTARIAN SEKALI LAGI

Monday 12/12/2022



Table
Presiden NTHU, W. John Kao (kanan) menerima Anugerah Kelestarian Universiti Taiwan daripada You Si-kun, presiden Badan Perundangan Yuan. (Foto: Universiti Kebangsaan Tsing Hua) 
 
HSINCHU, Taiwan, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Universiti Kebangsaan Tsing Hua (NTHU) di Taiwan telah diberikan Anugerah Kelestarian Universiti Taiwan untuk tahun kedua berturut-turut! Anugerah tersebut diumumkan pada majlis Anugerah Kelestarian Korporat Taiwan (TCSA) ke-15 yang diadakan oleh Institut untuk Tenaga Mampan Taiwan (TAISE) baru-baru ini. Sebagai institusi yang terserlah antara 47 universiti yang turut serta, NTHU menduduki tempat pertama dalam penilaian menyeluruh dan dalam pertandingan secara individu menerima Anugerah Emas Laporan Kelestarian Universiti.

Para hakim menjelaskan cara yang boleh dicontohi serta pendekatan berinovatif yang telah diterima pakai oleh NTHU untuk mengintegrasikan pembelajaran bilik darjah, aktiviti kampus dan perkhidmatan sosial, dengan itu memperkaya pendidikan pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran pelbagai, fleksibel dan antara disiplin selaras dengan prinsip “Berfikiran lokal, bertindak global.” Di samping itu, Jawatankuasa Kelestarian universiti telah merumus dan melaksanakan strategi pembangunan mampan yang mengintegrasikan sumber di dalam dan di luar NTHU dengan lancar, bagi merealisasikan moto sekolah, “Disiplin diri dan komitmen sosial.”

Chien Eugene, penganjur umum TCSA, memuji NTHU kerana mengorak langkah terlebih dahulu dengan melantik ketua pegawai kelestarian (CSO) pertama Taiwan dan menubuhkan program Matahari Terbit untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik. Ketua pegawai kelestarian ialah naib presiden kanan Tai Nyan-hwa, bertanggungjawab menyelia 26 pegawai kelestarian yang dilantik oleh setiap jabatan pentadbiran dan akademik, kesemuanya tergolong dalam Jawatankuasa Kelestarian yang ditadbir oleh Pusat Inovasi Serantau. Ditubuhkan pada tahun 2013, Biasiswa Matahari Terbit menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi yang mempamerkan potensi tinggi selepas memulakan pengajian mereka di NTHU.

Majlis anugerah itu diadakan di Hotel Grand di Taipei. Presiden NTHU, W. John Kao menerima anugerah tersebut, yang diberikan secara peribadi oleh You Si-kun, presiden Badan Perundangan Yuan.

Dalam ucapan penerimaannya, Kao berkata, “Kelestarian ialah sejenis pemikiran yang tiada penghujungnya. Oleh itu, kita perlu terus bergerak maju ke tahap kelestarian seterusnya.”

Presiden Kao menambah bahawa NTHU sedang merancang memberikan lebih penekanan kepada penajaan projek penyelidikan yang menggambarkan 17 matlamat pembangunan mampan yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dari segi pendidikan, pihak sekolah menggalakkan para guru dan pelajar untuk mengambil langkah praktikal dengan impak positif terhadap kelestarian; pada peringkat pentadbiran, peruntukan sumber sekolah mengambil kira penggunaan tenaga dan faktor persekitaran lain; dari segi interaksi dengan masyarakat yang lebih luas, pihak sekolah sedang merancang menyediakan platform untuk memudahkan kerjasama inovasi dengan sektor korporat dan kerajaan.

Dalam usaha berterusan bagi bidang kelestarian, pada tahun ini NTHU telah melantik 15 pelajar sebagai duta kelestarian. Tambahan pula, Huang Chuan, pelajar M.A. tahun kedua di Institut Sains Perkhidmatan, telah menganjurkan kelab GreenDot, yang mengadakan salun kelestarian bertujuan melaksanakan prinsip kelestarian di kampus. Huang juga sedang merancang menyediakan platform yang menggalakkan pelajar mengapungkan idea mereka, mencari rakan dan menghebahkan aktiviti.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/ 53008629/en  


Individu untuk dihubungi

Holly Hsueh

NTHU

(886)3-5162006 
hoyu@mx.nthu.edu.tw
 
Sumber: Universiti Kebangsaan Tsing Hua 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.