ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY MELINDUNGI LEMUR DAN HIDUPAN LIAR LAIN YANG SANGAT TERANCAM SECARA KERJASAMA DENGAN YAYASAN ARBOR DAY

Tuesday 13/12/2022



Table
(Kredit: Mary Kay Inc.) 
 
DALLAS, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Mary Kay Inc., penyokong global untuk kemampanan korporat dan pengawasan alam sekitar, mengumumkan penyempurnaan projek penghutanan semula di Madagascar secara kerjasama dengan Yayasan Arbor Day, Zoo dan Akuarium Henry Doorly Omaha dan Perkongsian Biodiversiti Madagascar. Pengumuman itu dibuat ketika wakil dari seluruh dunia berkumpul di Montreal di Konvensyen Kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 15) untuk menangani krisis biodiversiti dunia.

Pengurusan hutan yang mampan adalah penting untuk pemuliharaan biodiversiti. Projek 42,000 pokok di Madagaskar Tenggara memberikan tumpuan pada pembalikan pemusnahan hutan selama berdekad-dekad. Hutan merupakan habitat kepada lemur yang sangat terancam dan spesies hidupan liar lain yang tidak ditemukan lagi di tempat lain di bumi. Usaha penanaman pokok juga bertujuan untuk meningkatkan daya tahan hutan dan masyarakat jiran.

Yayasan Arbor Day menganggarkan* bahawa dalam tempoh 40 tahun akan datang, projek itu akan menghasilkan:

· 10,562 tan metrik karbon dioksida bersih terasing (bersamaan dengan 2,296 kurang kereta di jalan raya)
· 125 tan pencemaran udara disingkirkan (bersamaan dengan oksigen yang mencukupi untuk 10,500 orang)
· 2,627,176 gelen larian air yang dielakkan (bersamaan dengan air yang lebih bersih untuk 29,854 orang) 

“Impak kerjasama ini telah membolehkan kami mengorak langkah penting di salah satu kawasan hutan yang paling kritikal untuk biodiversiti, dengan banyak spesies bergantung kepada pokok ini untuk terus hidup,” kata Katie Loos, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Arbor Day. “Mary Kay terus menunjukkan sokongan berdedikasi mereka ke arah mengukuhkan hutan di planet kita yang amat diperlukan. Tindakan melindungi dan memelihara spesies kami yang paling terdedah kepada bahaya adalah penting bagi menyelesaikan krisis biodiversiti semasa dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang berkongsi nilai ini.”

Pada bulan lepas, Mary Kay telah mengumumkan penyempurnaan projek penghutanan semula seluas 69 ekar untuk menghidupkan semula Kawasan Pengurusan Hidupan Liar Econfina Creek Florida secara kerjasama dengan Yayasan Arbor Day. Yayasan tersebut dan Mary Kay yang berganding dengan Daerah Pengurusan Air Florida Barat Laut, bekerjasama untuk menanam 43,000 pokok pain berdaun panjang yang akan membantu melindungi sumber air yang kritikal di Bay County Florida. Faedah alam sekitar dan biodiversiti yang utama dalam projek ini termasuklah: memulihkan dan memelihara sumber utama air minuman untuk Bay County, Florida; menanam semula spesies pokok asli untuk mengembalikan kawasan ini kepada keadaan semula jadi; dan menambah baik habitat untuk hidupan liar kawasan termasuk rusa, puyuh bobwhite, tupai musang Sherman dan kura-kura gopher.

Pada awal tahun ini, Mary Kay juga telah mengeluarkan satu laporan yang memperincikan perkongsiannya yang telah lama terjalin dengan Yayasan Arbor Day. Mary Kay Inc. dan Yayasan telah menanam lebih daripada 1.2 juta pokok di seluruh dunia secara bersama-sama, justeru memberikan kesan yang boleh diukur pada ekosistem hutan yang penting.

Untuk membaca lebih lanjut tentang komitmen Mary Kay terhadap kemampanan, layari marykayglobal.com/sustainability dan muat turun strategi kemampanan global Mary Kay: Memperkaya Kehidupan Hari Ini demi Hari Esok yang Mampan.

*Anggaran impak dibuat menggunakan i-Tree, iaitu suit perisian tercanggih dan disemak rakan sebaya daripada Perkhidmatan Hutan USDA yang menyediakan alat analisis perhutanan bandar dan luar bandar serta alat penilaian faedah.

Perihal Yayasan Arbor Day

Yayasan Arbor Day yang diasaskan pada tahun 1972 dan mempunyai lebih daripada satu juta ahli, penyokong dan rakan kongsi yang dihargai telah berkembang menjadi organisasi keahlian bukan untung terbesar yang berdedikasi dalam penanaman pokok. Sepanjang 50 tahun yang lalu, hampir 500 juta pokok Yayasan Arbor Day telah ditanam di kawasan kejiranan, komuniti, bandar dan hutan di seluruh dunia. Visi kami adalah untuk menuju ke arah dunia yang pokok digunakan untuk menyelesaikan isu yang kritikal untuk terus hidup.

Sebagai salah sebuah yayasan pemuliharaan terbesar yang beroperasi di dunia, Yayasan Arbor Day, melalui ahli, rakan kongsi dan programnya, mendidik dan melibatkan pihak berkepentingan serta komuniti di seluruh dunia untuk menyertai misi menanam, memelihara dan meraikan pokok. Maklumat lanjut tersedia di arborday.org.

Perihal Mary Kay Inc.
Mary Kay Ash yang merupakan salah seorang wanita yang berjaya memanjat tangga kerjaya telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat berbilion dolar dengan berjuta-juta ahli tenaga jualan bebas di hampir 40 negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains yang menyokong kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan nutrisi dan wangian yang termaju. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini demi masa depan yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia dan bertumpu pada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa penderaan domestik yang terselamat, mengindahkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak agar mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53028537/en

Maklumat Hubungan
Mary Kay Inc.
Komunikasi Korporat
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.