ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PASUKAN NTHU MEMENANGI KEJOHANAN DI SCC

Thursday 15/12/2022



Table

Penasihat pasukan NTHU, Jerry Chou (dua dari kanan) bersama ahli pasukan (kanan ke kiri) Tsai, Wu, Kuo, Ting, Chang, Huang dan Mou (berkerusi roda). (Foto: Universiti Kebangsaan Tsing Hua)
 
 
HSINCHU, Taiwan, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pasukan pelajar daripada Jabatan Sains Komputer di Universiti Kebangsaan Tsing Hua (NTHU) di Taiwan telah memenangi kejohanan dalam Pertandingan Kluster Pelajar Superkomputer Dunia (SCC) yang diadakan di Dallas, Amerika Syarikat. Ini ialah kejohanan kelima yang dimenangi oleh pasukan NTHU di dua pertandingan superkomputer terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Penasihat pasukan itu ialah Profesor Jerry Chou. Enam ahli pasukan terdiri daripada peringkat senior Jabatan Sains Komputer iaitu Mou Chan-yu, Chang Fu-chiang dan Ting Hsu-tzu, manakala peringkat junior Jabatan Sains Komputer pula ialah Huang En-ming, Kuo Pin-yi dan Wu Pang-ning. Jurulatih pasukan itu ialah Tsai Kuo-Guang, pelajar siswazah daripada Jabatan Sains Komputer dengan pengalaman luas dalam pertandingan komputer.

SCC memberikan peluang kepada pelajar kolej untuk menguji kemahiran mereka dalam tiga bidang: integrasi perisian dan perkakasan, prestasi pengaturcaraan dan pengetahuan silang disiplin. Memandangkan pertandingan berlangsung selama 56 jam tanpa gangguan, keadaan ini juga memberikan cabaran yang ketara kepada stamina dan keupayaan peserta bekerja di bawah tekanan. Apabila keputusan diumumkan, Chou dan pasukannya bersorak dengan amat gembira.

Chou berkata bahawa beliau telah memimpin pasukan itu selama sepuluh tahun dan pada tahun ini mereka menghadapi banyak kejadian yang tidak diingini. Ketua pasukan, Mou Chan-yu, patah kaki akibat kemalangan jalan raya seminggu sebelum pertandingan dan beliau hampir-hampir terpaksa dikeluarkan. Lebih-lebih lagi, beberapa jam sebelum pertandingan bermula, mereka mendapati bahawa beberapa kelengkapan komputer mereka rosak semasa penghantaran, tetapi mereka berjaya mengatasi masalah tersebut dengan melaraskan konfigurasi komputer dan strategi pertandingan mereka. Namun akhirnya, pasukan itu berjaya mengatasi situasi tersebut dan menamatkan pertandingan dengan cemerlang.

Semasa menjalani pembedahan, kapten pasukan, Mou terpaksa menyerahkan kerja membina sistem kepada Kuo Pin-yi buat sementara waktu. Beliau bernasib baik kerana doktor memberikan kebenaran kepada Mou untuk menyertai pertandingan dengan bantuan kerusi roda. Meskipun mengalami kesakitan yang teruk, beliau berjaya memimpin pasukan mengharungi pelbagai situasi sepanjang pertandingan 3 hari itu berlangsung, termasuk usaha mereka mencari penyelesaian kepada Aplikasi Misteri.

Bahagian yang diuji dalam pertandingan pada tahun ini ialah analisis keretakan bahan, simulasi dinamik bendalir dan dinamik gempa bumi, yang kesemuanya memerlukan pengetahuan yang kuat tentang pelbagai bidang ini. Ting Hsu-tzu bertanggungjawab ke atas simulasi dinamik bendalir dan beliau menghabiskan banyak masa membiasakan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut semasa membuat persediaan untuk pertandingan itu. Chang Fu-chiang dan Huang En-ming memikul tanggungjawab berat menyelaraskan pasukan dan mengesahkan keputusan.

Chou mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pengkomputeran Berprestasi Tinggi Kebangsaan kerana menyediakan pembiayaan dan latihan, serta kepada Teknologi Awan Quanta kerana menyumbangkan kelengkapan penting dan perbelanjaan perjalanan sepanjang tempoh sepuluh tahun yang lepas. Pasukan itu juga berterima kasih kepada NTHU kerana menyediakan ruang, kelengkapan dan yang paling penting, persekitaran pembelajaran antara disiplin.

Sebelum ini, pasukan NTHU pernah memenangi SCC pada tahun 2010 dan 2011, serta memenangi Cabaran Superkomputer Pelajar pada tahun 2019 dan 2021.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw
 
Sumber: Universiti Kebangsaan Tsing Hua

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.