ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  SSM BIZDAY 2022 MENAWARKAN PRODUK, PERKHIDMATAN DAN PROGRAM MENARIK BUAT KOMUNITI USAHAWAN

Monday 19/12/2022



KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 17 Disember 2022 menganjurkan program SSM BizDay 2022, bertempat di AEON Mall, Taman Maluri dengan penyertaan lebih 250 orang.

Program yang membawa tema “Pelanggan Kami, Keutamaan Kami” ini, dirasmikan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

SSM BizDay 2022 dianjurkan bertujuan memperkenalkan keperluan pendaftaran serta formalisasi entiti perniagaan, memberi penjelasan tentang produk, perkhidmatan dan inisiatif yang ditawarkan oleh SSM kepada komuniti usahawan di samping memberi kesedaran berhubung manfaat kepada usahawan mendaftar perniagaan. 

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nor Azimah berkata kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh SSM dapat membantu usahawan menjalankan pendaftaran serta semua keperluan peruntukan perundangan yang ditadbir oleh SSM dengan lancar dan seterusnya membolehkan mereka memberi fokus terhadap usaha-usaha membangunkan perniagaan mereka. 

Semasa program berlangsung, Datuk Nor Azimah turut melancarkan Katalog Produk SSM. Katalog berkenaan merupakan satu lagi usaha SSM dalam menyediakan platform bagi menyalurkan maklumat mengenai pelbagai produk, perkhidmatan dan inisiatif-inisiatif SSM. 

Mengikut statistik SSM, setakat 30 November 2022, sebanyak 1,665,761 perniagaan, 646,737 syarikat dan 31,122 perkongsian liabiliti terhad aktif telah didaftarkan dengan SSM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 17 DISEMBER 2022  


SUMBER: Suruhanjaya Syarikat Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Pusat Panggilan SSM
Tel: 03-77214000
Emel: enquiry@ssm.com.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.