ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PELAKSANAAN PENGGUNAAN BEG BERKUNCI/KARUNG BERKUNCI UNTUK URUSAN SURAT-MENYURAT DAN NOTIS PERCUKAIAN KEPADA PEJABAT HASIL DI SETIAP NEGERI BERMULA 1 JANUARI 2023

Tuesday 20/12/2022



KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2023 semua urusan surat-menyurat dan notis percukaian kepada pejabat HASiL di setiap negeri akan menggunakan alamat Beg Berkunci/Karung Berkunci.
 
Pendekatan baharu ini dilaksanakan bagi memudahkan urusan pelanggan dan memastikan pengurusan pentadbiran cukai yang sistematik. Hal ini bermakna mulai tahun hadapan hanya satu alamat akan digunakan bagi mewakili semua pejabat cawangan HASiL di setiap negeri.
 
Berikut ialah alamat-alamat beg berkunci/karung berkunci yang telah ditetapkan untuk digunakan oleh para pelanggan bagi urusan surat-menyurat  dan notis percukaian yang ingin dikemukakan kepada HASiL:

Alamat-alamat Beg Berkunci atau Karung Berkunci

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

a)    Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b)    HASiL Live Chat; dan
c)    Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas 
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh:20
Disember 2022 

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Customer Care Officer: 019-651 1100
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.