ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PROTERIAL, LTD.: NOTIS BERKENAAN DENGAN PERTUKARAN NAMA DAGANGAN

Friday 06/01/2023



TOKYO, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Proterial, Ltd. dengan ini mengumumkan bahawa nama dagangan Syarikat telah ditukar daripada Hitachi Metals, Ltd. pada 4 Januari 2023.

1. Nama dagangan baharu

Proterial, Ltd.

2. Pemikiran di sebalik nama syarikat kami

“Proterial” menggambarkan intipati falsafah korporat kami, yang terdiri daripada tiga unsur: Misi: “Pastikan kualiti terbaik tersedia untuk semua orang,” Visi: “Menerajui kelestarian dengan berprestasi tinggi,” dan Nilai: “Integriti yang utuh” dan “Bersatu dengan saling menghormati.” Ia menggabungkan “pro-” dengan perkataan “material.
“Pro-” mewakili “tiga pro” kami:
Profesional — kerja yang melebihi jangkaan
Progresif — semangat yang terus mencabar
Proaktif —sikap keusahawanan
“Material” merujuk kepada bahan berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh teknologi asal kami dan yang diperkuatkan oleh tiga pro. Dengan fokus kami kepada penyelesaian isu pelanggan dan membawa tahap nilai baharu, kami berjanji untuk menyumbang kepada pembentukan masyarakat lestari melalui produk dan perkhidmatan yang terangkum dalam falsafah kami.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan

Akio Minami
Jabatan Komunikasi Korporat
Proterial, Ltd.
hmcc.sa@proterial.com
 
Sumber: Proterial, Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.