ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MISI BANTUAN BANJIR YAYASAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (HASIL) KEPADA 50 ORANG HASILIAN YANG TERKESAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU

Thursday 12/01/2023



KOTA BHARU, 12 Jan (Bernama) -- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan kisah sedih serta nasib yang dialami oleh seramai 50 orang Hasilian di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang terkesan berikutan musibah banjir yang berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu pada bulan Disember yang lepas. Menyedari akan tanggungjawab ini, Yayasan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Yayasan LHDNM) dengan kerjasama HASiL telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) dengan menyerahkan bantuan banjir berjumlah RM2,000 yang dibayar secara one-off  bagi setiap keluarga Hasilian yang terkesan bertujuan meringankan beban di samping membantu dalam penyediaan kelengkapan persekolahan yang bermula Januari 2023 pada tahun ini. Di samping itu, Hasilian Muslimin dan Muslimat turut menerima sumbangan berbentuk Dana Wakalah berjumlah RM1,000.
 
Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL. Turut sama hadir dalam majlis penyerahan ini ialah YBrs. Puan Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) HASiL, YBrs. Encik Wan Roslan bin Wan Ismail, Pengarah Negeri HASiL Kelantan dan YBrs. Encik Mohd Rosli bin Mamat, Pengarah Negeri HASiL Terengganu. YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi dalam ucapannya memaklumkan bahawa Yayasan LHDNM ini ditubuhkan bertujuan bagi memberi manfaat dan kebajikan kepada pegawai-pegawai HASiL, keluarga serta masyarakat setempat. Antara manfaat yang disalurkan oleh Yayasan LHDNM ini adalah melalui aktiviti pendidikan dan penyelidikan, aktiviti sukan dan rekreasi, bantuan kesihatan dan aktiviti peningkatan kesihatan, aktiviti sosial dan keagamaan, serta bantuan musibah bencana dan alam sekitar kepada Hasilian yang layak.
 
Sebagai tindakan awal, Skuad Sukarelawan Banjir HASiL telah diwujudkan khusus untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir seperti membantu membersihkan kediaman dan harta benda yang telah ditenggelami air. Usaha yang diambil ini bukan sahaja bertujuan untuk menampilkan HASiL sebagai sebuah organisasi yang prihatin, malah ia juga bagi memastikan hubungan antara kakitangan HASiL sentiasa erat dan kukuh. Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat menjadikan Yayasan LHDNM sebagai platform penghubung di antara HASiL dan pegawai-pegawainya demi memastikan kebajikan serta manfaat dapat dinikmati bersama.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c)  Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 12 Januari 2023

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Customer Care Officer: 019-651 1100
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.