ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  BARCELONA AKAN MENENTANG REAL MADRID DALAM PERLAWANAN AKHIR PIALA SUPER SEPANYOL

Monday 16/01/2023



Table
Barcelona akan menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol (Foto: AETOSWire) 
 
RIYADH, Arab Saudi, 16 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Barcelona berjaya melakar kemenangan hebat ke atas Real Betis selepas seri 2-2 dan menerusi sepakan penalti, di Stadium Antarabangsa Raja Fahd di Riyadh semalam, dalam separuh akhir kedua Piala Super Sepanyol. Kejohanan yang dibawakan oleh Kementerian Sukan untuk kali ketiga berturut-turut sebagai sebahagian daripada acara sukan semasa Musim Diriyah ke-2.

Bermain di hadapan peminat bola sepak yang ramai, Barcelona berupaya mencapai kemenangan yang berharga itu. Kemenangan ini membolehkan Barcelona menempah tempat dalam perlawanan akhir menentang Real Madrid yang akan diadakan pada hari Ahad depan, 15 Januari pukul 10:00 malam waktu di Riyadh di stadium yang sama.

Penganjuran acara utama Kerajaan ini merupakan sebahagian daripada banyak kejohanan dan acara sukan antarabangsa diadakan pada Musim Diriyah 2022 yang dibawakan oleh Kementerian Sukan, bertujuan mencapai matlamat Wawasan 2030 Kerajaan dan sebagai satu daripada inisiatif Program “Kualiti Kehidupan”, dengan menganjurkan acara sukan antarabangsa yang paling luar biasa dan terbesar, bagi memastikan pengalaman hebat untuk pengunjung Musim Diriyah melalui aktiviti yang mengagumkan.

*Sumber: AETOSWire
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53211941/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Sara Alghamdi – Pengarah Urusan
sara.alghamdi@squidnomad.com
 
Sumber: Kementerian Sukan Arab Saudi 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.