ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  YAYASAN TAJAAN SYARIKAT MARY KAY INC. MENYUMBANGKAN JUTAAN DOLAR MENYOKONG KEBAJIKAN WANITA DI SELURUH DUNIA

Monday 16/01/2023



Table
Program Keusahawanan Wanita Mary Kay telah membantu usahawan wanita di Chuxiong, Wilayah Yunan menambah pendapatan mereka dan membantu dalam memelihara industri budaya Sulaman Yunan. (Foto: Mary Kay Inc.)

DALLAS, 16 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sepanjang tahun 2022, jenama kecantikan ikonik Mary Kay—bersama yayasan tajaan syarikatnya—telah menyumbangkan lebih daripada 3 juta dolar untuk menyokong kebajikan wanita di seluruh dunia.

Apabila Mary Kay Ash, seorang ahli perniagaan wanita dan dermawan legenda, membuka perniagaannya pada tahun 1963, beliau mempunyai impian untuk memperkasa wanita pada peringkat antarabangsa melalui keusahawanan, inovasi, usaha gigih dan penyumbangan semula. Hampir 60 tahun kemudian, pekerja Mary Kay, Perunding Kecantikan Bebas dan ahli komuniti global terus merealisasikan impiannya melalui sumbangan yang banyak kepada empat yayasan tajaan syarikat yang menyampaikan sokongan berkesan kepada wanita dan keluarga mereka yang memerlukan sokongan.

Laporan penuh yayasan boleh dilihat di sini. Berikut ialah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak yayasan pada tahun 2022:

Kanser yang Menjejaskan Wanita

· Di Amerika Syarikat, Yayasan Mary Kay Ash (MKAF) telah membiayai 37 penyelidik kanser yang menjalankan penyelidikan rintisan terhadap kanser yang menjejaskan wanita.
· 43% daripada projek penyelidikan kanser MKAF dipimpin oleh wanita; 100% ujian klinikal diterajui oleh wanita.
· MKAF telah membiayai hampir $1.7 juta dalam bentuk geran untuk penyelidikan terhadap kanser yang menjejaskan wanita.

Keganasan Berasaskan Jantina
· MKAF telah membiayai hampir $1.4 juta dalam bentuk geran yang menyokong perkhidmatan untuk wanita yang terselamat daripada keganasan rumah tangga.
· MKAF telah menyokong 4 pusat perlindungan keganasan rumah tangga setempat di Texas Utara dengan menyediakan sumber dan keselamatan penting kepada wanita yang mencari bantuan.
· Melalui kerjasama dengan Mary Kay, MKAF telah menyokong rakan kongsi global yang komited untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk CARE dan Tabung Amanah PBB. Inisiatif bersama rakan global MKAF telah berjaya melaksanakan lebih daripada 550 projek di seluruh dunia.
· Instituto Mary Kay dan Mary Kay Brazil telah menerima Anugerah Perak untuk Kempen Palang Merah “Campanha Sinal Vermelho Contra a Violência Doméstica” di Kongres Tahunan ABEVD Associação Brasileira das Empresas de Venda Direta (Brazil DSA).
· Di Kanada, Yayasan Amal Mary Kay Ash telah memberikan $10,000 kepada setiap daripada 16 pusat perlindungan keganasan rumah tangga di seluruh Kanada yang berjumlah $160,000.
 
Wanita dan Keluarga Mereka

Mary Kay China serta program dan dana tajaan syarikat telah memberikan sokongan melalui usaha berikut:

·  Program Keusahawanan Wanita Mary Kay
o  Melalui kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Wanita China, pinjaman pusingan tanpa faedah telah diberikan kepada empat inisiatif usahawan wanita di wilayah Heilongjiang, Ningxia dan Jilin. Inisiatif tersebut telah memberikan manfaat secara langsung kepada 133 wanita dengan meningkatkan pendapatan per kapita tahunan mereka sebanyak RMB 20,000 yuan.

· Dana Masa Depan Wanita Muda
o  Melalui kerjasama dengan Yayasan Adream, baki Dana Masa Depan Wanita Muda akan digunakan untuk membina empat Bilik Darjah Impian Mary Kay di Jiangxi untuk meningkatkan pendidikan celik huruf kanak-kanak perempuan.

·  Program Amal China Mary Kay
o   Sejak bulan Mac 2022, Program Amal China Mary Kay telah memperuntukkan 1,049,800 yuan bagi menyediakan bahan perlindungan dan bekalan hidup kepada 73 komuniti di 15 bandar akibat penularan wabak COVID-19.
o   Berkat usaha bersama Mary Kay China dan Perunding Kecantikannya, projek "Smile 1000" telah berjaya mengumpulkan dana untuk 112 pembedahan pembaikan bibir rekah pada tahun 2022. Sehingga kini, Mary Kay China telah berjaya mengumpulkan dana untuk 991 pembedahan dan berada di landasan yang betul bagi mencapai matlamat 1,000 senyuman pada tahun 2023.
o  Menjelang bulan Mei, 1,391 sukarelawan Perunding Kecantikan telah menyampaikan 331 pelajaran kecantikan kepada 9,147 wanita.
 
Perihal Mary Kay

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash telah menubuhkan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di hampir 40 negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita dalam mengharungi perjalanan mereka menuju ke arah kebebasan ekonomi melalui pendidikan, pementoran, sokongan, perangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan nutrisi serta wangian yang termaju. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini demi hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang bertumpu pada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53210189/en

Maklumat Hubungan
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.