ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  BARCELONA DINOBATKAN SEBAGAI JUARA PIALA SUPER SEPANYOL DI RIYADH

Tuesday 17/01/2023



Table
Barcelona dinobatkan sebagai juara Piala Super Sepanyol di Riyadh (Foto: AETOSWire) 
 
RIYADH, Arab Saudi, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Barcelona memenangi gelaran Piala Super Sepanyol pada hari Ahad dalam perlawanan bersejarah di Riyadh. Kelab Catalan itu berjaya menewaskan juara bertahan Real Madrid 3-1 di Stadium Antarabangsa Raja Fahd di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.

Barcelona membuka tirai jaringan menerusi Gavi pada minit ke-33, kemudian Lewandowski menggandakan jaringan Barca sebelum tamat separuh masa pertama. Pedri meletakkan permainan di luar jangkauan dengan jaringan ketiga pasukannya pada minit ke-69. Benzema, kemudiannya lewat menjaringkan gol sagu hati untuk Real Madrid pada minit ke-93, tetapi sudah terlambat untuk mengubah keputusan.

Arab Saudi berjaya menganjurkan Piala Super Sepanyol, yang merupakan sebahagian daripada misi kerajaan untuk membawa kejohanan dan acara sukan antarabangsa ke negara itu, sekali gus mengesahkan keupayaan Kerajaan yang tinggi dalam menganjurkan acara paling terkemuka dan penting, serta menjadi hab bagi acara sukan global.

Penganjuran acara utama Kerajaan ini merupakan sebahagian daripada kejohanan dan acara sukan antarabangsa diadakan pada Musim Diriyah 2022 yang dibawakan oleh Kementerian Sukan, bertujuan mencapai matlamat Wawasan 2030 Kerajaan dan sebagai satu daripada inisiatif Program “Kualiti Kehidupan”, dengan menganjurkan acara sukan antarabangsa yang paling luar biasa dan terbesar, bagi memastikan pengalaman hebat untuk pengunjung Musim Diriyah melalui aktiviti yang mengagumkan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53220237/en


*Sumber: AETOSWire

Individu untuk Dihubungi

Dany Abadie – Pengarah Urusan
dany.abadie@squidnomad.com
 
Sumber: Kementerian Sukan Arab Saudi 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.