ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  ​MARY KAY INC. MEMBENTANGKAN PENEMUAN BAHARU MENGENAI MANFAAT EKSTRAK DAUN BOTANI DI PERSIDANGAN TAHUNAN PERSATUAN PEMAKANAN AMERIKA

Wednesday 25/01/2023



Table

“Kecantikan adalah tentang kesejahteraan holistik. Kami telah menyelidik manfaat suplemen nutrisi selama lebih daripada 15 tahun. Pengguna bukan sahaja mahu kelihatan cantik—mereka juga mahu rasa sihat. Kecantikan bermula dari dalam ke luar, dan penyelidikan terkini kami membantu memaklumkan kami tentang nutrisi pada masa hadapan,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk & Sains di Mary Kay. (Kredit: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., peneraju global dalam inovasi penjagaan kulit dan sains pemakanan, baru-baru ini menyelidik mengenai manfaat ekstrak daun botani apabila dimasukkan ke dalam minuman berkhasiat yang mengandungi protein, lemak dan serat. Penemuan tersebut, yang dikongsi oleh pasukan Penyelidikan & Inovasi Pemakanan Global Mary Kay di Persidangan Tahunan Persatuan Pemakanan Amerika, boleh memberikan impak yang ketara terhadap pemahaman kita tentang ekstrak daun botani yang kaya dengan polisakarida, flavonoid, alkaloid dan 1-deoksinojirimisin dan komponen lain yang aktif untuk menurunkan tindak balas glukosa dan menambah baik rasa kekenyangan dalam diri pengguna.

“Kecantikan ialah tentang kesejahteraan holistik,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk & Sains di Mary Kay. “Kami telah menyelidik manfaat suplemen pemakanan selama lebih daripada 15 tahun. Pengguna bukan sahaja mahu kelihatan sihat—mereka juga mahu berasa sihat. Kecantikan bermula dari dalam ke luar dan penyelidikan kami yang terkini membantu memberitahu kami mengenai masa depan pemakanan.”

Menurut penyelidikan oleh Mary Kay, pengambilan minuman berkhasiat dengan ekstrak ini menghasilkan tindak balas glukosa selepas makan yang rendah dengan ketara berbanding pengambilan minuman tanpanya. Data tersebut juga menunjukkan bahawa ekstrak ini menyokong sifat “Indeks Glisemik rendah”. Di samping itu, subjek yang mengambil minuman itu juga melaporkan rasa kekenyangan yang bertambah baik.

“Ini hanya satu contoh penyelidikan dan usaha menakjubkan saintis Mary Kay,” kata Jen Alfrey, Pengarah Kanan Pemakanan Global di Mary Kay. “Menyelidik cara meningkatkan kesihatan, meningkatkan kesejahteraan dan menambah baik kecantikan melalui pemakanan ialah keutamaan bagi pasukan ini.”

Penyelidikan yang didedahkan hanya usaha terkini oleh Mary Kay untuk memperkukuh komitmen jangka panjang jenama itu untuk memajukan kesihatan kulit, penyelidikan dan pembangunan, serta pemakanan. Mary Kay memegang lebih daripada 1,600 paten untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan dalam portfolio global.

Maklumat Tentang Mary Kay

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash menubuhkan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di hampir 40 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka menuju kebebasan ekonomi melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang lestari, bekerjasama dengan organisasi daripada seluruh dunia yang menumpukan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20230119005863/en/
 
Bahagian untuk Dihubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc. 
marykay.com/newsroom 
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.