ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  GEEKPLUS, PENERAJU KENDERAAN TERPANDU AUTOMATIK DI JEPUN, MEMILIH BOOMI UNTUK MENGAUTOMASIKAN PLATFORM LOGISTIK PINTAR

Friday 27/01/2023



Table
Boomi Dipilih oleh Geekplus, Pemimpin Dalam Kenderaan Berpandu Automatik di Jepun Untuk Mengautomasikan Sistem Logistik Pintar (Grafik: Business Wire) 
 
· Platform penyepaduan sebagai perkhidmatan (iPaaS) Boomi yang memenangi anugerah telah dipilih kerana ciri serba guna, kelajuan pembangunan dan kemudahan penggunaan platform tersebut
· Boomi akan memudahkan dan memperkemas penyepaduan aplikasi dan data merentasi rangkaian penghantar dan syarikat logistik pihak ketiga Geekplus

TOKYO & CHESTERBROOK, Pa., Jan 27 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, sebuah syarikat peneraju keterhubungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan bahawa Geekplus Co., Ltd. (Geekplus), yang memegang bahagian pasaran terbesar di Jepun selama empat tahun berturut-turut bagi kenderaan terpandu automatik (AGV), telah memilih Platform Boomi AtomSphere™ untuk mengautomasikan platform logistik pintar generasi seterusnya.

Geekplus telah ditubuhkan di Jepun pada tahun 2017 sebagai usaha sama antara Beijing Geekplus Technology Company Limited, sebuah syarikat “unicorn” yang mempunyai bahagian pasaran terbesar di dunia dalam bidang robot mudah alih berautonomi (AMR), dengan modal Jepun. Syarikat ini menyumbang kepada peningkatan nilai korporat syarikat logistik dengan menyediakan perkhidmatan seperti jualan, pemasangan, penyelenggaraan 24/7/365 dan perundingan peningkatan produktiviti.

Dengan adanya pelanggan dalam bidang runcit, pakaian, farmaseutikal, automotif, bateri litium, fotovoltan, elektronik dan banyak lagi di beribu-ribu lokasi di seluruh dunia serta kira-kira seratus lokasi di Jepun, Geekplus ingin mengembangkan dan menjana aliran pendapatan baharu untuk menerajui syarikat ke fasa pertumbuhan yang seterusnya. Syarikat ini sedang berusaha untuk membina platform logistik pintar secara dalaman bagi rangkaian penghantar dan pembekal logistik pihak ketiga (3PL) dengan memanfaatkan kekuatan syarikat dalam industri rantaian bekalan. Geekplus memerlukan alat untuk memudahkan dan memperkemas penyepaduan semua aplikasi dan data kerana berdepan dengan kerumitan pelbagai format data dan pengenalan teknologi seperti Internet benda (IoT).

“Kami berhasrat untuk mencipta piawaian logistik baharu secara bersama dengan menggunakan teknologi robotik generasi akan datang untuk menyelesaikan masalah kekurangan buruh yang semakin serius di Jepun dan jurang antara pertumbuhan permintaan e-dagang dengan pertumbuhan volum fizikal,” kata Encik Yusuke Arima, Kumpulan Pembangunan Sistem, Geekplus. “Selepas menilai pelbagai platform penyepaduan, Geekplus telah memilih platform natif awan Boomi yang pintar dan berkod rendah kerana ciri serba guna, kelajuan pembangunan dan kemudahan penggunaan platform tersebut. Platform Boomi akan membolehkan kami menghubungkan operasi kami dengan penghantar, pembekal dan rakan kongsi kami, sambil mengurangkan isu rantaian bekalan masa nyata yang mungkin berlaku.”

“Geekplus sedang membentuk revolusi logistik pintar dan memerlukan penyelesaian penyepaduan yang disatukan untuk menyingkirkan kerumitan,” kata Kazunori Hori, Pengarah, Jepun di Boomi. “Platform kami menyediakan saluran set data tunggal merentasi semua teknologi dan proses di seluruh rangkaian rakan kongsi global mereka, membolehkan Geekplus berhubung dengan sistem penghantaran serta sistem operasi dan gudang 3PL dengan cepat dan mudah.”

Sebagai sebuah syarikat perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) global dan terkemuka dalam kategorinya yang mempunyai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform penyepaduan, Boomi menyasarkan komuniti pengguna yang semakin berkembang, iaitu seramai lebih daripada 100,000 ahli, rangkaian di seluruh dunia yang merangkumi kira-kira 800 rakan kongsi dan salah satu kumpulan penyepadu sistem global (GSI) yang terbesar dalam kategori iPaaS. Syarikat ini telah mengembangkan jejak globalnya di Jepun baru-baru ini untuk menangani permintaan yang semakin meningkat di seluruh Asia Pasifik, sambil memperoleh pengiktirafan dalam senarai Deloitte Technology Fast 500™ dan Inc. 5000 sebagai salah satu syarikat teknologi yang paling pesat berkembang dan paling inovatif di Amerika.

Boomi juga telah memenangi dua Anugerah Stevie® Antarabangsa, untuk Syarikat Terbaik dan Inovasi ProdukAnugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS); Anugerah Merit untuk Teknologi dalam kategori Perkhidmatan Awan; Anugerah Stratus sebagai Peneraju Global dalam Pengkomputeran Awan 2022 dan menerima penarafan 5 bintang yang berprestij dalam Panduan Program Rakan Kongsi CRN.

Sumber Tambahan

·  Ketahui lebih lanjut tentang Platform Boomi AtomSphere
·  Terokai Komuniti Boomiverse
·  Ikuti Boomi di TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Perihal Boomi
Boomi berhasrat untuk menambah baik dunia ini dengan menghubungkan semua orang kepada segala-galanya, di mana-mana sahaja. Boomi yang merupakan perintis platform penyepaduan sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini sebuah syarikat perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) global dan terkemuka dalam kategorinya, menyasarkan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform penyepaduan dan rangkaian di seluruh dunia yang merangkumi kira-kira 800 rakan kongsi – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform Boomi yang memenangi anugerah untuk menemukan, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan orang bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari http://www.boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’, Boomiverse dan AtomSphere ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutunya. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53291333/en


Maklumat Hubungan
Boomi:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media dan Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.