- Menyumbang kepada usaha DX dengan memajukan infrastruktur maklumat dan telekomunikasi Uzbekistan -TOKYO, 30 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toyota Tsusho Corporation ("Toyota Tsusho"), Internet Initiative Japan Inc. ("IIJ"), NEC Corporation ("NEC") dan NTT Communications Corporation ("NTT Com") mengumumkan pada hari ini pembuatan kontrak dengan Uzbektelecom, pengendali telekomunikasi milik kerajaan di Uzbekistan, untuk projek pembangunan infrastruktur telekomunikasi ("Projek") bertujuan menyediakan pusat data dan infrastruktur telekomunikasi bagi sistem komunikasi data lanjutan ("Sistem").
Pemasangan Sistem tersebut dijadualkan akan bermula pada tahun 2023 dan pelancaran berjujukan operasi dijangkakan dapat menambah baik persekitaran komunikasi Uzbekistan dengan ketara.
1. Latar BelakangSebagai respons kepada permintaan komunikasi data yang berkembang pesat, didorong oleh pendigitalan pelbagai industri, Uzbekistan sedang mengembangkan infrastruktur telekomunikasi yang bertujuan menangani isu seperti menambah baik kualiti komunikasi dan menutup jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar. Bertepatan dengan latar belakang ini, kerajaan Uzbekistan telah membuat keputusan mempercepat transformasi digital (DX) dan memperkenalkan teknologi maklumat terkini untuk strategi pendigitalan negara tersebut, Uzbekistan Digital 2030.
2. Gambaran KeseluruhanBagi Projek berkenaan, dilancarkan di bawah Uzbekistan Digital 2030, empat syarikat tersebut akan menyediakan kelengkapan dan perkhidmatan telekomunikasi yang diperlukan untuk pusat data Uzbektelecom di tiga bandar utama (Tashkent, Bukhara dan Kokand), pengembangan pengangkutan telekomunikasi dan rangkaian data, serta rangkaian komunikasi data antarabangsa. Ini dijangka akan meningkatkan kelajuan, kapasiti dan kualiti infrastruktur telekomunikasi dengan ketara dan menyumbang kepada pemacuan DX di Uzbekistan, dengan itu memudahkan peralihan negara kepada ekonomi digital pada masa hadapan.
Projek ini dibiayai oleh Japan Bank for International Cooperation (JBIC), Nippon Export and Investment Insurance (NEXI) dan MUFG Bank, Ltd.
3. ProspekMelalui Projek tersebut, empat syarikat berkenaan akan menyumbang kepada merealisasikan masyarakat yang lebih mudah dan selesa, serta pembangunan industri mampan di Uzbekistan dan negara lain di Asia Tengah.
[Peranan Syarikat yang Menyertai]
· Toyota Tsusho
Sebagai kontraktor utama untuk Projek itu, Toyota Tsusho akan bertindak sebagai penyelaras keseluruhan dan memastikan kelancaran kemajuan Projek.
· IIJ
Dalam projek pembinaan storan data dan pusat pemprosesan data (pusat data), IIJ akan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur digital mampan di Uzbekistan dengan menyediakan “co-IZmo/I”, modul IT berkontena yang jimat tenaga, berkualiti tinggi dan amat cekap, membina platform awan dan menyediakan latihan untuk kakitangan operasi pusat data Uzbektelecom.
· NEC
Dalam projek pengembangan rangkaian pengangkutan telekomunikasi dan rangkaian data Uzbektelecom, NEC akan menyumbang kepada operasi infrastruktur telekomunikasi kebangsaan dengan menyediakan kelengkapan dan latihan komunikasi pemultipleks jarak gelombang optik untuk kakitangan operasi Uzbektelecom, dengan memanfaatkan bertahun-tahun pengalaman dalam menyokong infrastruktur telekomunikasi Uzbekistan.
· NTT Com
Dalam projek pengembangan rangkaian komunikasi data antarabangsa, NTT Com akan menyumbang kepada merealisasikan DX di Uzbekistan melalui pengembangan rangkaian komunikasi data antarabangsa bagi negara dengan menyediakan kelengkapan untuk rangkaian dan pendidikan komunikasi berskala besar untuk kakitangan operasi Uzbektelecom.
Klik di sini untuk
Jadual Gambaran KeseluruhanTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk Dihubungi[Untuk Pertanyaan Pihak Media Berkenaan Pelancaran Ini]
Toyota Tsusho Corporation
Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Komunikasi Korporat Tokyo
Tel: +81-3-4306-8200
Internet Initiative Japan Inc.
Jabatan Komunikasi Korporat
Tel: +81-3-5205-6310
E-mel:
press@iij.ad.jpNEC Corporation
Jabatan Komunikasi Korporat
Tel: +81-3-3798-6511
E-mel:
press@news.jp.nec.comNTT Communications Corporation
Pejabat Perhubungan Awam, Jabatan Perancangan Strategi Korporat
Tel: +81-3-6700-4010
[Untuk Pertanyaan Pihak Pelanggan Berkenaan Pelancaran Ini]
NEC Corporation
Bahagian Penyelesaian Penyedia Perkhidmatan
E-mel:
contact@spsl.jp.nec.com Sumber: NTT Communications Corporation
--BERNAMA