TOKYO, 30 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kira-kira 100,000 pengunjung dari luar negara mengunjungi
teamLab Planets di Toyosu, Tokyo, antara 9 Disember 2022 dan 9 Januari 2023. (*1)
Daripada jumlah pengunjung sepanjang tempoh sebulan itu, lebih kurang 60% , atau 1 dalam 2 pengunjung, bukan pemastautin yang mengunjungi Jepun (*1) dan bilangan pengunjung dari luar negara telah meningkat tiga kali ganda berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 (sebelum penularan COVID-19).
Tambahan pula, menurut tinjauan yang dijalankan oleh pihak muzium, kira-kira 70% daripada pengunjung dari luar negara mengetahui tentang muzium itu sebelum mempertimbangkan perjalanan mereka ke Jepun dan terdapat trend apabila muzium menjadi satu daripada tujuan utama mengunjungi Tokyo. (*2)
*1 Daripada laman web rasmi data pembeli tiket (tempoh tinjauan: 9 Disember 2022 - 9 Januari 2023)
*2 Daripada data tinjauan pengunjung (tempoh tinjauan: 17 Disember 2022 - 10 Januari 2023)
Kami akan terus memberikan pengalaman kepada orang ramai di seluruh dunia dengan pengalaman berasaskan konsep
teamLab Planets, “Selubungi Diri Anda Bersama yang Lain, Menjadi Satu dengan Dunia”.
Dari hari Rabu, 1 Mac 2023 hingga hari Ahad, 30 April 2023, dua karya,
Terapung di dalam Alam Semesta Bunga yang Berguguran dan
Lukisan di Permukaan Air Dicipta oleh Tarian Koi dan Orang Ramai - Infiniti, akan menampilkan bunga sakura yang mekar merentasi angkasa, dipamerkan semasa musim bunga sahaja.
Terapung di dalam Alam Semesta Bunga yang Berguguran, karya seni yang menunjukkan bunga mekar dan berubah mengikut peredaran masa dan alam semesta kehidupan tersebar merentasi angkasa, akan dipenuhi dengan bunga sakura semasa tempoh terhad ini. Dalam karya
Lukisan di Permukaan Air Dicipta oleh Tarian Koi dan Orang Ramai - Infiniti, pengunjung berjalan di dalam air dan ikan koi berenang di permukaan air yang mengembang secara tidak terhingga. Apabila koi bertembung dengan orang ramai, ikan tersebut berubah menjadi bunga sakura dan bertaburan.
[Karya yang akan menampilkan bunga sakura yang mekar]
Terapung di dalam Alam Semesta Bunga yang BerguguranteamLab, 2016-2018, Pemasangan Digital Berinteraktif, Tanpa Henti, Bunyi: Hideaki Takahashi
Karya Seni:
https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/fitfuof/Video:
https://youtu.be/FzJ5svgIueQTahun bermusim bunga mekar dan berubah mengikut masa, kehidupan tersebar ke dalam alam semesta.
Baring atau duduk diam di dalam suatu ruang dan akhirnya badan anda terapung dan anda terlerai dalam karya seni.
Bunga tumbuh, berputik, mekar dan tiba masanya, kelopak jatuh dan bunga layu lalu mati. Kitaran kelahiran dan kematian berterusan untuk selama-lamanya.
Karya seni bukan imej prarakam yang dimainkan semula; ia dicipta oleh atur cara komputer yang menghasilkan karya seni secara berterusan dalam masa nyata. Secara keseluruhannya, ini sentiasa berubah dan keadaan visual sebelumnya tidak pernah direplikakan. Pada masa ini, alam semesta tidak dapat dilihat lagi.
Lukisan di Permukaan Air Dicipta oleh Tarian Koi dan Orang Ramai - InfinititeamLab, 2016-2018, Pemasangan Digital Berinteraktif, Tanpa Henti, Bunyi: Hideaki Takahashi
Karya Seni:
https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/koi_and_people/Video:
https://youtu.be/SsRNptTOniwIkan koi berenang di permukaan air yang terbentang luas pada infiniti. Orang ramai boleh berjalan di dalam air.
Pergerakan ikan koi dipengaruhi oleh kehadiran orang ramai di dalam air dan juga koi lain. Apabila ikan bertembung dengan orang ramai, ia berubah menjadi bunga sakura dan bertaburan. Sepanjang tahun, bunga yang mekar akan berubah sejajar mengikut musim.
Laluan koi ditentukan oleh kehadiran orang ramai dan laluan ini melakarkan garisan di permukaan air.
Karya itu dihasilkan dalam masa nyata oleh atur cara komputer. Karya tersebut bukan prarakam mahupun dalam gelung. Interaksi antara penonton dan pemasangan menyebabkan perubahan berterusan dalam karya seni. Keadaan visual sebelum ini tidak boleh direplikakan dan tidak akan berlaku lagi.
[Nikmati ramen vegan di ruang seni]
Vegan Ramen UZU Tokyo, restoran ramen vegan dari Kyoto, dibuka pada bulan Oktober 2021, di premis yang sama dengan
teamLab Planet. Pelanggan boleh menikmati ramen di dalam ruang karya seni
Putaran Boleh Diterbalikkan - Ruang Abstrak teamLab, serta
Meja Langit dan Api dan
Bangku Bersambung Tunggal di luar restoran. Vegan Ramen UZU Tokyo juga mempunyai ais krim vegan dan pelbagai teh yang hanya boleh didapati di Tokyo. Restoran ini boleh dikunjungi tanpa perlu memasuki ke
teamLab Planets.
Vegan Ramen UZU Tokyo:
https://vegan-uzu.com/pages/uzu-tokyo[
teamLab Planets TOKYO]
teamLab,
Taman Bunga Terapung; Bunga dan aku daripada Akar yang Sama, Taman dan aku menjadi Satu © teamLabteamLab Planets ialah muzium tempat anda berjalan mengharungi air dan taman tempat anda menjadi satu bersama bunga. Terdapat empat ruangan pameran dan dua taman yang agam.
Apabila menyelubungi keseluruhan badan anda bersama orang lain di dalam karya seni yang agam ini, sempadan antara badan dan karya seni terlerai. Diri anda, orang lain dan dunia menjadi selanjar dan kita menerokai hubungan baharu tanpa sempadan antara diri kita dan dunia.
Masuk dengan berkaki ayam, selubungi badan anda bersama orang lain di dalam ruangan karya seni dan menjadi satu dengan dunia.
[Butiran mengenai pameran]
teamLab Planets TOKYOLokasi: teamLab Planets TOKYO, 6-1-16 Toyosu, Koto-ku, Tokyo
[Waktu operasi]
Januari - April
Isnin - Jumaat 10:00 - 20:00
Sabtu, Ahad dan hari cuti umum 9:00 - 21:00
*20 Mac (Isnin), 22 Mac (Rabu) - 24 Mac (Jumaat) 9:00 - 21:00
*25 Mac (Sabtu) - 2 April (Ahad) 9:00 - 22:00
*29 April (Sabtu), 30 April (Ahad) 9:00 - 22:00
*Kemasukan terakhir ialah 1 jam sebelum ditutup
[Ditutup]
9 Februari (Khamis), 2 Mac (Khamis), 13 April (Khamis)
*Waktu operasi adalah tertakluk kepada perubahan. Sila semak laman web rasmi untuk butiran terkini.
Laman web rasmi:
https://planets.teamlab.art/tokyo/Video Sorotan
teamLab Planets:
https://youtu.be/oiQoe9Ow9o0*
teamLab Planets akan dibuka di Toyosu, Tokyo sehingga akhir tahun 2023.
[Tiket]
Dewasa: 3,200 Yen
Pelajar sekolah rendah dan menengah: 2,000 Yen
Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun): 1,000 Yen
3 tahun dan ke bawah: Percuma
Diskaun hilang upaya: 1,600 Yen
*Mulai hari Sabtu, 1 April 2023: harga tiket untuk hujung minggu, hari cuti umum dan tarikh dengan waktu operasi dilanjutkan akan berubah kepada harga seperti di bawah.
Dewasa: 3,500 Yen
Pelajar sekolah rendah dan menengah: 2,300 Yen
Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun): 1,300 Yen
3 tahun dan ke bawah: Percuma
Diskaun hilang upaya: 1,900 Yen
Kedai Tiket teamLab Planets TOKYO DMM:
https://teamlabplanets.dmm.com[Beberapa langkah mencegah penularan COVID-19]
Sila semak pautan di bawah untuk butiran mengenai langkah pencegahan jangkitan yang dilaksanakan di
teamLab Planets:
https://teamlabplanets.dmm.com/covid-19[HP/Media Sosial Rasmi]
Laman web rasmi:
https://planets.teamlab.art/tokyo/Instagram:
https://www.instagram.com/teamlab.planets/Facebook:
https://www.facebook.com/TL.Planets/Twitter:
https://twitter.com/teamLabPlanets#teamLabPlanets
[Makanan & Kedai]
Vegan Ramen UZU Tokyo:
https://vegan-uzu.com/pages/uzu-tokyoKedai Bunga & Kesenian teamLab
*Sila semak laman web rasmi untuk waktu operasi
*Ditutup pada hari yang sama seperti
teamLab Planets[Beberapa langkah mencegah penularan COVID-19 (diguna pakai kepada Makanan & Kedai)]
・Pelaksanaan pembersihan dan pembasmian kuman secara berkala
・Pembasmian kuman di tempat duduk selepas digunakan oleh setiap pelanggan
・Pembasmian kuman di tangan semasa kemasukan
・Had ke atas bilangan individu di dalam sesuatu ruang
・Memastikan ruang yang mencukupi antara tempat duduk
・Pekerja memakai pelitup muka
・Membuang item atas meja
・Pengambilan suhu
[Kumpulan risalah akhbar]
https://goo.gl/tQXMLm[PLANETS Co., Ltd.]
Ditubuhkan pada tahun 2017. Mengoperasi dan menguruskan kemudahan teamLab Planets TOKYO.
Lokasi: Tokyo Nihonbashi Tower 10F, 2-7-1 Nihonbashi, Chuo-ku, Tokyo
Wakil: Takumi Nomoto
[teamLab]
teamLab (f. 2001) ialah kolektif kesenian antarabangsa. Amalan kerjasama teamLab bertujuan mengemudi pertemuan antara seni, sains, teknologi dan dunia semula jadi. Melalui seni, kumpulan pakar antara disiplin, termasuk artis, pengatur cara, jurutera, juruanimasi CG, ahli matematik dan arkitek, yang mempunyai tujuan menerokai hubungan antara diri dan dunia, serta bentuk persepsi baharu.
Dalam usaha untuk memahami dunia di sekeliling mereka, individu memisahkannya kepada entiti bebas dengan sempadan yang diamati antara mereka. teamLab berusaha menjangkau sempadan ini dalam persepsi kita mengenai dunia, hubungan antara diri dan dunia, serta keselanjaran masa. Segalanya wujud dalam keselanjaran yang panjang, rapuh lagi menakjubkan, serta tanpa sempadan.
Pameran teamLab telah diadakan di beberapa bandar di seluruh dunia, termasuk New York, London, Paris, Singapura, Silicon Valley, Beijing dan Melbourne antara lainnya. Muzium teamLab dan pameran tetap berskala besar termasuk
teamLab Borderless dan
teamLab Planets di Tokyo,
teamLab Borderless Shanghai dan
teamLab SuperNature Macau dan
teamLab Massless Beijing, dengan lebih banyak lagi yang akan dibuka di beberapa bandar termasuk Abu Dhabi, Beijing, Hamburg, Jeddah dan Utrecht.
Karya teamLab terdapat dalam koleksi tetap Muzium Seni Kontemporari, Los Angeles; Galeri Seni New South Wales, Sydney; Galeri Seni Australia Selatan, Adelaide; Muzium Seni Asia, San Francisco; Muzium Masyarakat Asia, New York; Koleksi Seni Kontemporari Borusan, Istanbul; Galeri Kebangsaan Victoria, Melbourne; dan Amos Rex, Helsinki.
Laman Web
https://www.teamlab.art/Instagram:
https://instagram.com/teamlab/Facebook:
https://www.facebook.com/teamLab.incTwitter:
https://twitter.com/teamLab_netYouTube:
https://www.youtube.com/c/teamLabARTGaleri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53291533/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk Dihubungi
[Pertanyaan berkenaan siaran dan wawancara]
PLANETS Co., Ltd. Jabatan Perhubungan Awam
E-mel:
pr-info@planets.artWawancara:
https://forms.gle/fAtnDKLpQKFME6XR9 Sumber: PLANETS Co., Ltd.--BERNAMA