ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PEMENANG HADIAH JEPUN 2023 DIUMUMKAN

Monday 30/01/2023

AsiaNet 99496

TOKYO, 30 Jan., 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Yayasan Hadiah Jepun telah mengumumkan pemenang bagi Hadiah Jepun 2023 pada 24 Januari, 2023. Prof. Masataka Nakazawa dan Encik Kazuo Hagimoto, kedua-dua mereka dari Jepun, adalah merupakan pemenang bersama bagi Hadiah Jepun di dalam bidang Elektronik, Maklumat dan Komunikasi, dan Prof. Gero Miesenboeck dari Austria dan Prof. Karl Deisseroth dari Amerika Syarikat adalah pemenang bersama bagi Hadiah Jepun di dalam bidang Sains Hayat.

- Bidang Elektronik, Maklumat dan Komunikasi
 
Prof. Masataka Nakazawa
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202301122017/
_prw_PI1fl_6Rl1J1P6.jpg

 
 
Encik Kazuo Hagimoto
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202301122017/
_prw_PI2fl_92oy84V5.jpg

 
 
- Bidang Sains Hayat
 
Prof. Gero Miesenboeck
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202301122017/
_prw_PI3fl_umu1Iz4Y.jpg

 
 
Prof. Karl Deisseroth
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202301122017/
_prw_PI4fl_NHukgJH3.jpg

 
 
Untuk Hadiah Jepun pada tahun ini, Prof. Nakazawa dan Encik Hagimoto diiktiraf di atas sumbangan cemerlang mereka kepada rangkaian gentian optik jarak jauh dan berkapasiti tinggi global melalui pembangunan penguat optik pam laser semikonduktor, manakala Prof. Miesenboeck dan Prof. Deisseroth diiktiraf kerana pembangunan mereka bagi kaedah yang menggunakan protein membran yang sensitif kepada cahaya yang boleh ditangani secara genetik untuk membongkar fungsi litar saraf.
 
Untuk Hadiah Jepun 2023, Yayasan itu telah meminta kira-kira 15,500 ahli sains dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia untuk mencalonkan penyelidik yang bekerja di dalam bidang untuk tahun ini. Ia telah menerima 123 pencalonan di dalam bidang Elektronik, Maklumat dan Komunikasi, dan 204 pencalonan bagi bidang Sains Hayat. Pemenang tahun ini dipilih daripada sejumlah 327 orang calon itu.

Maklumat mengenai Hadiah Jepun
Penubuhan Hadiah Jepun pada tahun 1981 telah didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan  sebuah anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan daripada pelbagai sumbangan, Yayasan Hadiah Jepun telah menerima pengesahan daripada Pejabat Kabinet pada tahun 1983.

Hadiah Jepun itu dianugerahkan kepada ahli sains dan jurutera dari seluruh dunia yang telah membuat pencapaian kreatif dan dramatik yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara signifikan untuk merealisasikan keamanan dan kemakmuran bagi manusia sejagat. Penyelidik di dalam semua bidang sains dan teknologi layak bagi anugerah itu, dengan dua bidang dipilih setiap tahun dengan mengambil kira trend semasa di dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu di dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah itu, dan menerima sebuah sijil, sebuah pingat, dan hadiah wang. Setiap Majlis Penganugerahan dihadiri oleh Maharaja dan Maharani semasa, ketua bagi tiga cabang kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, dan wakil daripada pelbagai elemen masyarakat yang lain.
 
SUMBER: Yayasan Hadiah Jepun

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.