ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  NTT COM MELANCARKAN SDK SKYWAY YANG DIPERBAHARUI UNTUK PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI DALAM TALIAN YANG LEBIH SERBA BOLEH

Thursday 02/02/2023



TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam kumpulan NTT, pada hari ini mengumumkan pelancaran segera kit pembangunan perisian (SDK) SkyWay yang diperbaharui. SDK SkyWay baharu menjadikannya lebih mudah melaksanakan komunikasi suara, video dan data masa nyata untuk aplikasi dan laman web berbanding sebelum ini.

Orang ramai yang berminat merancang atau membangunkan perkhidmatan komunikasi dalam talian boleh memohon untuk menghadiri webinar percuma secara peribadi (50 orang) atau secara dalam talian (100 orang) untuk mengetahui tentang SDK SkyWay yang diperbaharui di ibu pejabat NTT Communications di Tokyo mulai dari 3:00 petang (JST) pada 23 Februari.

Mudah digunakan dan disokong dengan dokumentasi meluas, SkyWay tidak memerlukan kemahiran teknikal atau pengetahuan khas dalam komunikasi suara/video atau membina pelayan dan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi, seperti pelajaran dalam talian, Internet Benda (IoT) dan robot. Sehingga kini, SkyWay telah digunakan untuk pembangunan lebih daripada 20,000 perkhidmatan.

SkyWay sesuai untuk format panggilan pelbagai termasuk suara dan video, panggilan seorang ke seorang dan kumpulan, serta komunikasi video semasa berkongsi skrin. Perisian ini juga merupakan SDK berbilang platform untuk membangunkan perkhidmatan komunikasi yang sesuai dengan kategori industri dan perniagaan tertentu. SkyWay memastikan komunikasi masa nyata yang berkualiti tinggi, sebagaimana yang dibuktikan oleh kadar masa hidup perkhidmatannya sebanyak 99.96% pada tahun fiskal 2021. Perisian ini juga mencapai panggilan luar negara yang berkualiti tinggi dengan menyediakan pelayan untuk menyampaikan komunikasi ke/dari Asia, Amerika Utara dan Eropah¹. Di samping itu, SkyWay boleh digunakan secara percuma untuk tujuan pengesahan dan pembangunan perkhidmatan sehingga perkhidmatan pengguna benar-benar berjaya dilancarkan. Tambahan pula, yuran diselaraskan mengikut skala perkhidmatan dan pengebilan dibuat berasaskan bayar waktu keluar.

Disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19, komunikasi dalam talian telah dipelbagaikan dengan pesat dan kini kebiasaannya memasukkan acara yang melibatkan puluhan individu, serta robot komunikasi. Sebagai respons, NTT Com memutuskan untuk menaik taraf seni bina SkyWay dan melancarkannya sebagai perkhidmatan baharu bersama fungsi yang dipertingkat untuk menjadi lebih serba boleh, termasuk:

· Lebih ramai pemanggil serentak (dibesarkan bilangan pemanggil daripada 20 kepada maksimum 100.)
· Pengurangan beban terminal mengikut persekitaran pengguna akhir (simulcasting²  (siaran serentak) dan API untuk penghantaran/penerimaan media yang fleksibel, seperti video/audio tertentu sahaja)
· Pengesahan dan keizinan untuk mengawal penghantaran video/audio kepada setiap pengguna akhir

Berikut ialah dua contoh kefungsian SkyWay yang diperluas.

1. Pejabat maya
SkyWay boleh digunakan untuk mencipta sistem bagi pembentangan di seluruh pejabat yang menjangkau sehingga 100 orang, dengan siaran serentak yang membolehkan orang ramai menerima audio/video yang dilaraskan dengan sesuai kepada setiap pengguna, seperti video resolusi rendah bagi mengurangkan beban sistem dan bateri untuk peranti mudah alih atau terminal dengan kuasa pemprosesan yang rendah. Penyertaan juga boleh dikawal untuk persidangan peribadi.

2. Sokongan kerja jauh
SkyWay juga boleh digunakan untuk mencipta sistem yang membolehkan penyelia mengarahkan beberapa individu dari jauh di tapak kerja, dengan menggunakan video untuk arahan terperinci dan hanya audio sekiranya arahan lisan mudah sudah mencukupi. Penggunaan video dan/atau audio secara terpilih membolehkan sistem menjangkau ramai individu dengan beban yang minimum.

Permohonan perkhidmatan akan diterima mulai dari 31 Januari. Untuk maklumat terperinci, sila kunjungi laman web atau hubungi wakil jualan NTT Com dan untuk kadar perkhidmatan, sila lihat di sini. (Sebahagiannya dalam Bahasa Jepun sahaja)

Melalui perancangan masa hadapan, NTT Com menjangkakan untuk terus menaik taraf SkyWay dengan mengembangkan skala panggilan suara dan video, meningkatkan komunikasi data untuk penyegerakan lebih ramai individu dan menyokong platform permainan untuk penstriman secara langsung dan metasemesta. Selain itu, pengalaman panggilan suara dan video akan diperbaiki supaya menjadi lebih baik. Fungsi SkyWay baharu untuk mengukur kualiti dan menganalisis masalah juga akan terus menaik taraf video dan suara dalam persekitaran yang pelbagai. Pada masa hadapan, NTT Com akan terus membangunkan perniagaan berkaitan SkyWay bertujuan menyokong perkembangan selanjutnya dalam komunikasi masa nyata dan pelaksanaannya yang mudah oleh bukan pakar dalam dunia yang orang ramai berkomunikasi dengan penuh bermakna melalui kuasa teknologi digital.

Untuk maklumat lanjut tentang SkyWay, sila kunjungi di sini.

¹Teknologi yang membolehkan terminal memilih peranti geganti paling sesuai untuk meminimumkan kelewatan antara terminal (No. paten yang diberikan ialah 6254620).
² Teknologi untuk menghantar video yang sama ke terminal berlainan dengan menggunakan kadar bit berbeza, seperti resolusi rendah ke peranti mudah alih dengan kuasa pemprosesan dan lebar jalur yang terhad, serta resolusi tinggi ke PC.

Maklumat Tentang NTT Communications
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi global dengan membantu perusahaan menggunakan penyelesaian infrastruktur IT terurus bagi mengatasi kerumitan dan risiko dalam persekitaran IT. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian yang terkemuka dalam industri, tahap 1 global yang menjangkau lebih daripada 190 negara/rantau dan lebih daripada 500,000m2 kemudahan pusat data paling maju di dunia. Sebagai penyedia teras perkhidmatan dan penyelesaian perniagaan perusahaan kumpulan DOCOMO, kami mencipta nilai dengan menyediakan sokongan berskala global untuk penstrukturan semula dalam industri dan masyarakat, gaya kerja baharu dan transformasi digital dalam komuniti. Bersama dengan NTT Ltd., NTT Data dan NTT DOCOMO, kami ialah NTT Group.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut
Pejabat Promosi SkyWay
Bahagian Perkhidmatan Platform
NTT Communications Corporation
E-mel: skyway@ntt.com 
 
Sumber: NTT Communications Corporation 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.