ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  IDC MARKETSCAPE MENAMAKAN MEDIDATA SEBAGAI PENERAJU DALAM PENILAIAN VENDOR PENYELESAIAN PEMANTAUAN BERASASKAN RISIKO R&D SAINS HAYAT

Tuesday 07/02/2023



IDC MarketScape menyatakan:

· “Pertimbangkan Medidata apabila mencari platform teknologi berasaskan awan modular yang disatukan, pelaksanaan dan penyepaduan teknologi, pustaka penunjuk risiko utama (KRI), kepakaran domain RBQM mantap, latihan dan pemilihan tapak pintar untuk RBQM.”
· “Model analitik Medidata dibentuk berdasarkan set data penanda aras sejarah dan industri yang kaya merentasi ribuan percubaan dan tapak, memberikan gambaran merentasi kitaran hayat percubaan.”

NEW YORK, 7 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, sebuah syarikat Dassault Systèmes, mengumumkan bahawa syarikat ini diberi kedudukan sebagai Peneraju dalam “Penilaian Vendor Penyelesaian Pemantauan 2022 Berasaskan Risiko R&D Sains Hayat di Seluruh Dunia (dok #US48061722) oleh IDC MarketScape.” Penilaian IDC MarketScape menilai keupayaan RBQM (Pengurusan Kualiti Berasaskan Risiko) menyeluruh Medidata termasuk Medidata Detect, yang memberikan keupayaan kepada pasukan operasi klinikal untuk memantau dan mengurangkan risiko kepada integriti data dan keselamatan pesakit secara proaktif.

“Kedudukan kami dalam IDC MarketScape diperoleh daripada kejayaan yang diperoleh oleh pelanggan kami dengan analitik Medidata yang terbaik dalam industri, Detect, dan tawaran Perkhidmatan Profesional kami,” kata Fareed Melhem, naib presiden kanan, Medidata Al. “Ujian klinikal adalah lebih cepat dan memberikan data yang lebih menyeluruh berbanding sebelum ini, memerlukan anjakan seismos dalam cara pasukan operasi klinikal dan pengurusan data boleh–dan seharusnya–memantau dan menganalisis data tersebut untuk mendapatkan gambaran tentang tindakan yang boleh dilaksanakan.”

Medidata Detect ialah platform pengawasan risiko dan data hujung ke hujung, memberikan keupayaan kepada pasukan operasi rentas fungsi untuk mengenal pasti, mendokumenkan, memantau dan mengurangkan risiko kepada integriti data serta keselamatan pesakit.  Pengguna Detect mempunyai akses kepada aktiviti dan aliran kerja berasaskan peranan yang disokong oleh data masa nyata, pemvisualan dan gambaran automatik untuk perancangan yang lebih baik dan peningkatan kecekapan.

Seperti semua penyelesaian syarikat ini, pelanggan RBQM disokong oleh pasukan Perkhidmatan Profesional Medidata – pakar yang diiktiraf mempunyai kepakaran ujian klinikal yang mendalam.  Pasukan ini menyokong pelaksanaan pantas dan pendayaan klien, peningkatan proses, pengurusan perubahan, transformasi perniagaan serta memainkan peranan kritikal dalam pemaksimuman ROI.

Perihal IDC MarketScape

Model penilaian vendor IDC MarketScape direka untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang kecergasan kompetitif pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan menggunakan metodologi penskoran yang ketat berdasarkan kedua-dua kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan ilustrasi grafik tunggal bagi kedudukan setiap vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape memberikan kerangka kerja jelas yang membolehkan tawaran produk dan perkhidmatan, keupayaan dan strategi, serta faktor kejayaan pasaran semasa dan masa hadapan vendor IT dan telekomunikasi dibandingkan secara bermakna.  Kerangka kerja ini juga memberikan penilaian 360 darjah terhadap kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan bakal vendor kepada pembeli teknologi.

Medidata ialah subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Dassault Systèmes. Dengan platform 3DEXPERIENCE, Medidata berada pada kedudukan untuk meneraju transformasi digital sains hayat pada era perubatan peribadi dengan platform saintifik dan perniagaan hujung ke hujung yang pertama, daripada penyelidikan hingga pengkomersialan.

Perihal Medidata

Medidata ialah peneraju transformasi digital sains hayat, yang memberikan harapan kepada jutaan pesakit. Medidata membantu menjana bukti dan gambaran untuk membantu syarikat farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan dan diagnostik serta penyelidik akademik meningkatkan nilai, meminimumkan risiko dan mengoptimumkan hasil. Lebih daripada sejuta pengguna berdaftar merentasi 2,000+ pelanggan dan rakan kongsi mengakses platform yang paling berwibawa di dunia untuk pembangunan klinikal, komersial dan data dunia nyata. Medidata, sebuah syarikat Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA), mempunyai ibu pejabat di Bandaraya New York dan pejabat di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan pelanggannya. Ketahui lebih lanjut di www.medidata.com dan ikuti kami @Medidata

Perihal Dassault Systèmes

Dassault Systèmes, Syarikat 3DEXPERIENCE, ialah pemangkin untuk kemajuan manusia. Kami menyediakan persekitaran maya 3D kolaboratif kepada perniagaan dan orang ramai yang membolehkan mereka membayangkan inovasi yang lestari. Dengan mencipta pengalaman berkembar maya dunia nyata dengan platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami, pelanggan kami mencapai lebih daripada biasa dari segi inovasi, pembelajaran dan pengeluaran untuk merealisasikan dunia yang lebih lestari untuk pesakit, rakyat dan pengguna. Dassault Systèmes memberikan nilai kepada lebih daripada 300,000 pelanggan dalam semua saiz, semua industri dan kepada lebih daripada 140 negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.3ds.com

3DEXPERIENCE, ikon Kompas, logo 3DS, CATIA, BIOVIA, GEOVIA, SOLIDWORKS, 3DVIA, ENOVIA, NETVIBES, MEDIDATA, CENTRIC PLM, 3DEXCITE, SIMULIA, DELMIA dan IFWE ialah tanda dagangan komersial atau tanda dagangan berdaftar Dassault Systèmes, “société européenne” (Daftar Komersial Versailles B 322 306 440) Perancis atau subsidiarinya di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan
Tom Paolella
Pengarah Kanan, Komunikasi & Hal Ehwal Korporat
+1-848-203-7596
thomas.paolella@3ds.com

Paul Oestreicher
Pengarah Komunikasi Luar
+1-917-522-4692
paul.oestreicher@3ds.com
 
Sumber: Medidata 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.