ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  FPT SOFTWARE DAN ANAPLAN ASIA PACIFIC MENGADAKAN PERKONGSIAN BAGI MENINGKATKAN PRESTASI PERUSAHAAN DI SELURUH ASIA TENGGARA

Thursday 09/02/2023



Table
 
FPT Software dan Anaplan Asia Pacific Mengadakan Perkongsian bagi Meningkatkan Prestasi Perusahaan di seluruh Asia Tenggara (Foto: Business Wire)


HANOI, Vietnam, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FPT Software, penyedia perkhidmatan teknologi dan IT terkemuka Vietnam, baru-baru ini mengadakan perkongsian strategik dengan platform perancangan perniagaan dan membuat keputusan, Anaplan Asia Pacific. Sebagai rakan integrasi serantau Anaplan Asia Pacific, FPT Software bersedia menyampaikan perkhidmatan Pengurusan Prestasi Perusahaan berasaskan awan kepada perniagaan di seluruh Asia Tenggara.

Gabungan tersebut meluaskan capaian Anaplan kepada segmen pelanggan baharu dalam portfolio peneraju transformasi digital dunia FPT Software di seluruh rantau Asia Tenggara. Pelanggan perniagaan akan dapat merangsangkan prestasi dengan perancangan seluruh perusahaan, pengumpulan dan analisis data. Tambahan pula, dengan memanfaatkan keupayaan kedua-dua belah pihak, perkongsian itu juga memberikan tumpuan kepada menggalakkan kerjasama berterusan dalam kalangan jabatan kewangan dan operasi.

Sebagai rantau perdagangan dan penggunaan keempat terbesar di dunia, dengan satu daripada segmen celik digital terbesar, perniagaan di Asia Tenggara terus melabur dalam membina keupayaan dan teknologi digital baharu bagi mengekalkan daya saing. Penyelidikan oleh Altimeter mendedahkan bahawa sebilangan besar pemimpin di Asia Tenggara (72%) bukan sahaja secara aktif menaja transformasi digital ini, malah mereka juga menganggap transformasi digital sebagai satu daripada tiga keutamaan perniagaan paling penting bagi mereka pada tahun yang akan datang.

Dipimpin oleh Kumpulan Transformasi Digital FPT Software, perkongsian itu menggabungkan kepakaran FPT Software dalam memanfaatkan teknologi digital dengan platform perancangan bersambung Anaplan. Pelanggan FPT Software dalam beberapa industri: automotif, pembuatan, logistik & pengangkutan dan utiliti akan dapat memanfaatkan kuasa unik keupayaan perancangan, peramalan dan membuat keputusan Anaplan. Lantaran, meningkatkan prestasi kewangan, rantaian bekalan, jualan, pemasaran dan tenaga kerja syarikat masing-masing. Bersama penyelesaian perancangan yang menyambungkan data dan menerangi titik buta merentasi jabatan, perusahaan boleh membina sumber kebenaran tunggal, menghapuskan keperluan kepada anggaran dan mengakses kecerdasan yang diperlukan untuk bersedia menghadapi masa depan yang tidak menentu dengan penuh keyakinan.

“Perkongsian dengan Anaplan akan membolehkan FPT Software meluaskan jangkauannya dalam portfolio perkhidmatan Transformasi Digital. Kami berasa gembira kerana Anaplan berkongsi wawasan yang sama dalam infrastruktur awan sambil membawa masuk tawaran berguna dalam perancangan perniagaan. Melalui perkongsian dengan Anaplan ini, kami mempersiapkan diri untuk berusaha keras demi mengukuhkan keupayaan kami dalam Perancangan Kewangan Awan bagi membantu pelanggan kami dengan lebih baik, terutamanya syarikat dalam Fortune 500, kerana perusahaan ini mempunyai pandangan yang mantap berkenaan strategi perniagaan,” ikrar Frank Bignone, Naib Presiden Transformasi Digital Global FPT Software.

Mark Micallef, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, Anaplan berkata: “Perusahaan di seluruh Asia Tenggara daripada banyak industri telah menerima Anaplan untuk mempercepat dalam membuat keputusan, memacu kecekapan dan kekal berdaya tahan. Kerjasama kami dengan FPT Software akan membolehkan pelanggan mencipta sokongan digital untuk organisasi masing-masing dan membina rancangan yang tangkas, serta berpandangan ke hadapan yang menyemarakkan inovasi dan pertumbuhan merentasi kewangan, rantaian bekalan, tenaga kerja dan jualan dengan penuh keyakinan.”

Maklumat Tentang Anaplan

Anaplan ialah cara transformatif untuk melihat, merancang dan menjalankan perniagaan anda. Melalui penggunaan teknologi Hyperblock™ proprietari kami, Anaplan membolehkan anda mengkontekskan prestasi masa nyata dan meramalkan hasil masa depan untuk keputusan yang lebih pantas dan penuh keyakinan. Anaplan mengaktifkan strategi dan perancangan bersambung di seluruh perusahaan anda bagi memajukan perniagaan. Berpangkalan di San Francisco, Anaplan mempunyai lebih daripada 200 rakan niaga dan 2,000 pelanggan di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.anaplan.com.

Maklumat Tentang FPT Software

FPT Software ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan IT global yang beribu pejabat di Vietnam, dengan memperoleh hasil pendapatan lebih daripada $632.5 juta dan mempunyai seramai 25,500 pekerja di 28 negara. Sebagai perintis dalam transformasi digital, syarikat ini memberikan perkhidmatan bertaraf dunia di kilang Pintar, platform Digital, Automasi Proses Robotik (RPA), Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT), Awan, Realiti Terimbuh/Realiti Maya (AR/VR), Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO) dan banyak lagi. Syarikat ini juga telah memberikan perkhidmatan kepada 1000+ pelanggan di seluruh dunia, ratusan daripada pelanggan tersebut ialah syarikat Fortune Global 500 dalam bidang Automotif, Perbankan dan Kewangan, Logistik & Pengangkutan, Utiliti dan banyak lagi. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi http://www.fpt-software.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53305143/en

Individu untuk Dihubungi
Media
Cik Mai Duong
FPT Software
Pengurus PR
E-mel: MCP.PR@fsoft.com.vn
Laman web: https://www.fpt-software.com/newsroom/

Media Anaplan: Kate Hegarty – kate.hegarty@anaplan.com
 
Sumber: FPT Software

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.