ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  EIG MEMASUKI RANCANGAN PERDAGANGAN HARBOUR ENERGY PLC

Thursday 09/02/2023



WASHINGTON, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan bahawa ia telah mewujudkan rancangan perdagangan yang sudah diatur terlebih dahulu (“Rancangan Perdagangan”) bagi membenarkan penjualan sehingga 2 juta saham (“Saham”) Harbour Energy plc (HBR.L atau “Syarikat”) yang dipegang oleh gabungan terkawal EIG yang tertentu. Seperti yang diumumkan sebelum ini pada 8 Julai 2022, EIG menyempurnakan pengagihan Saham kepada pelbagai pelabur dana EIG dan pemegang saham gabungan EIG. Pengagihan itu merupakan peristiwa yang boleh dikenakan cukai bagi pemegang saham gabungan EIG tertentu dan disebabkan itu, EIG melaksanakan penjualan Saham menurut Rancangan Perdagangan terutamanya untuk menampung kewajipan cukai tersebut. Rancangan Perdagangan, yang dipersetujui pada 6 Februari 2023 itu, akan membenarkan Saham dijual hingga 9 Mac 2023 pada masa yang EIG sebaliknya mungkin dihalang daripada berbuat demikian di bawah undang-undang perdagangan orang dalam atau sekatan perdagangan Harbour Energy plc. Rancangan Perdagangan ini akan ditadbir oleh broker bebas dan tertakluk kepada sekatan harga prasedia, jumlah dan masa yang telah ditetapkan dalam Rancangan Perdagangan. Berikutan penamatan Rancangan Perdagangan, EIG akan kekal sebagai pemegang saham terbesar Syarikat, memiliki kira-kira 15% daripada saham yang diterbitkan melalui pemilikan kenderaan dan proprietari terurus.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.7 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2022. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 40 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen sebanyak $44.6 bilion dalam 396 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. EIG beribu pejabat di Washington, D.C., mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Media

FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com
 
Sumber: EIG

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.