|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
WORLD MODE MALAYSIA: PAKAR PERUNDING PERUNCITAN FESYEN TERKEMUKA JEPUN KINI DI MALAYSIA
Thursday 09/02/2023
Perkhidmatan WM Malaysia (Grafik: Business Wire)
World Mode Malaysia menyasarkan untuk membina komuniti seramai 1,000 orang peruncit profesional yang berkelayakan di Malaysia menjelang akhir tahun 2023
TOKYO & KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- World Mode Holdings Group (WMH Group) bersedia untuk memartabatkan industri peruncitan kecantikan dan fesyen di negara ini dengan menubuhkan World Mode Malaysia (WM Malaysia) dan mula menawarkan perkhidmatan pada Februari 2023. WM Malaysia merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan WMH Group ke beberapa buah pasaran baharu lain termasuk Thailand, Indonesia dan Vietnam.
WMH Group ialah pakar perunding peruncitan fesyen dan kecantikan terkemuka Jepun dengan rekod terbukti meningkatkan kehadiran jenama pelanggannya dalam landskap runcit yang sentiasa berubah, memiliki pegangan pasaran terbesar bagi merekrut profesional jualan untuk industri fesyen dan kecantikan Jepun.
Kehadiran WM Malaysia di Malaysia menyokong komitmen negara untuk menghidupkan semula dan mengubah suasana peruncitan dengan memberikan sokongan profesional dan perkhidmatan perundingan untuk meningkatkan ciri kemahiran kakitangan industri peruncitan. Dengan senarai pengiktirafan dan rekod prestasi yang terbukti di Jepun, Singapura, Vietnam, Australia dan Taiwan, WMH Group percaya bahawa mereka berada dalam kedudukan utama untuk melatih kakitangan runcit bagi generasi akan datang melalui penyelesaian dan metodologi bersepadu yang disesuaikan.
“Kami mempunyai pegangan pasaran terbesar dalam penempatan kerja peruncitan yang berjaya di Jepun, setelah berjaya menempatkan 120,000 kakitangan runcit dalam senarai panjang pelanggan kami yang berjumlah sekitar 1,200 pelanggan dengan kebanyakannya dalam industri fesyen dan mewah. Perkhidmatan pengambilan dan latihan untuk peruncit profesional kekal sebagai perniagaan terbesar kami di WMH. Kami ingin membawa kepakaran kami ke Malaysia dan memperkenalkan konsep 'Kerja Impian'. Konsep ini mewakili sokongan yang boleh kami berikan untuk menjadikan impian peruncit profesional agar berjaya dalam kerjaya peruncitan menjadi kenyataan.”, kata Shinsuke Kafuku, Ketua Pegawai Eksekutif WMH Group.
Terdapat 6 tonggak perniagaan di bawah pelbagai kepakaran perundingan oleh WMH Group, iaitu iDA, BRUSH, Four Ambition, AIAD, AIAD LAB dan Visual Merchandising Studio; setiap tonggak mengkhususkan dalam pelbagai aliran perkhidmatan seperti pengambilan pekerja, penempatan, latihan, pengurusan operasi kedai, pemasaran digital, E-dagang, CRM, promosi kedai, teknologi runcit dan barang niaga visual.
Cawangan di Malaysia, WM Malaysia, akan menumpukan terhadap menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan HR; tidak terhad kepada pengambilan pekerja, program pembelajaran dan pembangunan, bimbingan kerjaya, latihan dan bimbingan untuk peruncit profesional. Selain itu, pelbagai perkhidmatan perundingan yang terdiri daripada Operasi dan Pengurusan Kedai Runcit, Barang Niaga Visual, Pemasaran Digital serta Teknologi Runcit yang baru muncul juga merupakan sebahagian daripada penyelesaian runcit lanjutan untuk menyokong organisasi runcit di semua saluran.
“Mengambil kira misi WMH, visi kami di WM Malaysia adalah untuk terus menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia melalui pengambilan pekerja dan latihan profesional runcit yang strategik sambil mempromosikan dan memartabatkan industri runcit. Kami berharap agar dapat membina komuniti seramai kira-kira 1,000 orang peruncit profesional yang berkelayakan, yang boleh kami berikan bimbingan kerjaya dan perkhidmatan peningkatan kemahiran menjelang akhir tahun 2023. Kami sentiasa mempunyai matlamat Triple Win – pertama, meningkatkan kemahiran dan membangunkan peruncit profesional, terutamanya melalui amalan 'Omotenashi' yang akan menghasilkan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti; kedua, membantu pelanggan runcit kami memperoleh dan mendapat manfaat daripada perniagaan dan penjenamaan yang dipertingkatkan; dan akhirnya, menyediakan perjalanan pelanggan yang dipertingkatkan di kedai runcit yang akan menghasilkan lawatan berulang oleh pelanggan. Inilah yang kami fikirkan untuk Singapura dan pasaran lain.", kata Angeline Yap, Pengarah Urusan iDA Singapore (iDA’SG) dan Pengarah WMH Asia Pacific.
Pada bulan April, WM Malaysia akan menawarkan platform portal pekerjaan khusus dalam pekerjaan fesyen dan kecantikan, yang dinamakan MyBRANDS. Ia merupakan platform pekerjaan yang kini disertai oleh banyak jenama utama di Jepun dan Singapura; dan akan diperluaskan ke Malaysia dan tidak lama lagi ke seluruh APAC. Kami merancang untuk mengembangkan pangkalan data calon berdaftar dengan pantas.
Bertujuan untuk menyokong pengembangan dan penjenamaan perniagaan pelanggan untuk bersaing dengan pendigitalan runcit, WMH Malaysia akan melancarkan platform e-pembelajaran dan teknologi runcit lanjutan. Dengan menyediakan program pembelajaran tersuai dalam talian dan luar talian menggunakan platform e-pembelajaran, kami akan menawarkan penyelesaian sehenti berkenaan isu HR dan menawarkan sokongan untuk memperkasakan dan melibatkan pelajar pada Sistem Pengurusan Pembelajaran teguh yang mudah dipasang dan boleh diakses di seluruh APAC. Selain itu, kami akan menyediakan platform analisis data berkenaan aliran manusia menggunakan AI yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan kedai berdasarkan data kuantitatif.
Perihal World Mode Malaysia https://wm-malaysia.com/
World Mode Malaysia ditubuhkan pada November 2022 sebagai syarikat luar negara ke-5 bagi WMH Group. Ia merupakan anak syarikat milik penuh WMH ASIA PACIFIC PTE. LTD berada di bawah WMH Group dan memenuhi pasaran Malaysia melalui kepakaran syarikat induk. WM Malaysia terdiri daripada dua buah syarikat berikut sebagai memenuhi undang-undang tempatan.
WORLD MODE CONSULTANCY MY SDN. BHD. (Perundingan, Operasi kedai runcit, Latihan) AGENSI PEKERJAAN WORLD MODE MALAYSIA SDN. BHD (Pengambilan pekerja, Pengoperasian platform portal pekerjaan) alamat: Tingkat 16, Menara Pavilion, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
Perihal World Mode Holdings Group https://wmh.co.jp/english/
Ditubuhkan pada tahun 2012, World Mode Holdings Group merupakan pakar perunding sehenti untuk peruncit dalam industri fesyen dan kecantikan. Syarikat ini mempunyai rekod prestasi terbukti dalam meningkatkan perniagaan dan bilangan pelanggan yang memasuki kedai melalui penyelesaian tersuai untuk sekian ramai pelanggannya yang mengagumkan. Ia juga merupakan peneraju terkemuka penempatan kerja untuk peruncit dan kakitangan peruncitan di Jepun, Singapura, Australia, Taiwan, Vietnam dan Malaysia.
Perihal “Omotenashi”
Ini ialah tatakelakuan tradisional Jepun yang menggariskan hubungan tetamu-tuan rumah yang ideal, hospitaliti dan sambutan tetamu. Ia diselitkan dengan prinsip seperti jangkaan terhadap keperluan orang lain, fleksibiliti dan kebolehsesuaian dengan situasi serta mendekati hubungan dengan rendah hati dan hormat. “Omotenashi” ialah salah satu faktor utama yang menjadikan perkhidmatan pelanggan di Jepun terkenal di serata dunia. Pada zaman ini, apabila perjalanan pelanggan yang berkualiti dan pengalaman dengan sentuhan manusia dan empati adalah penting untuk berjaya dalam peruncitan, “Omotenashi” mempunyai pelbagai pengaplikasian tidak kira sejauh mana trend membeli-belah dalam talian itu dianggap mudah.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53288778/en
Hubungi
Mengalu-alukan pertanyaan daripada perniagaan, pencari kerja dan profesional runcit. Pihak yang berminat boleh e-melkan kepada: Pertanyaan Umum: E-mel Angeline Yap: angeline@wmh.co.jp E-mel Takemi Morimoto: morimoto@wmh.co.jp Info-malaysia@wmh.co.jp
Pertanyaan Media: E-mel Masako Ishizuka: ishizuka@wmh.co.jp * Berhubung dengan kami di LinkedIn Sumber: World Mode Holdings Group
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|