ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PROGRAM MYTAX RIDE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) SABAH

Monday 27/02/2023



TAWAU, 27 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Sabah lokaliti Tawau telah mengadakan satu program kayuhan MyTax Ride yang telah disertai oleh seramai 150 orang peminat sukan berbasikal di Daerah Tawau termasuk dari Daerah Lahad Datu dan Kunak, Sabah.
 
Program ini membabitkan jarak 32 kilometer yang bermula dan berakhir di perkarangan Menara HASiL Tawau dan kesemua peserta pelbagai peringkat usia telah berjaya menamatkan kayuhan tersebut. Peserta telah dilepaskan pada jam 7.00 pagi oleh Pengarah Operasi Negeri HASiL Sabah, Seksyen Khidmat Pelanggan, Encik Mohamad Razli Mohamad Ali yang turut bersama-sama menyertai kayuhan berkenaan.
 
Penganjuran program ini selain daripada menggalakkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat, HASiL MyTax Ride turut diadakan bertujuan untuk mempromosikan aplikasi MyTax yang sangat mudah dan selamat untuk semua urusan percukaian, di samping memberikan pendidikan dan kesedaran cukai kepada pembayar cukai seiring dengan hasrat pengurusan tertinggi HASiL yang memberikan penekanan kepada pendekatan AES (Awareness, Education and Services).
 
Antara pengisian program MyTax Ride yang dianjurkan oleh Pejabat HASiL lokaliti Tawau adalah:
 
i.   Hari Bertemu Pelanggan;
ii.  Kaunter Perkhidmatan Percukaian;
iii. Booth Pameran;
iv. Cabutan Bertuah; dan
v.  Aktiviti Tanggungjawab Sosial (CSR) – pengumpulan sumbangan buku ilmiah untuk sekolah rendah dan menengah.
 
Program ini juga diadakan bersempena dengan perkhidmatan e-Filing untuk kategori pembayar cukai individu dan selain individu tahun taksiran 2022 yang akan dibuka mulai 1 Mac 2023. Adalah diharapkan agar program ini akan menjadi platform serta medium penyampaian maklumat percukaian terkini yang berkesan kepada masyarakat di Daerah Tawau dalam usaha HASiL meningkatkan tahap pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat setempat dan mempromosikan Program Jom Klik HASiL Tahun 2023. HASiL akan terus komited dalam membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang celik cukai dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan percukaian yang terbaik menerusi tadbir urus yang adil, telus, profesional dan mesra pelanggan. 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a)  Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b)  HASiL Live Chat; dan

c)  Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public. 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 26 Februari 2023 

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi |
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.