ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KISAH INDOSAT, PENGGABUNGAN PALING BERJAYA YANG MEMPERKASA INDONESIA

Wednesday 01/03/2023



Table

Vikram Sinha, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Indosat Ooredoo Hutchison (Foto: Business Wire)


BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac (Bernama-
BUSINESS WIRE)-- Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Indosat Ooredoo Hutchison (Indosat), Vikram Sinha, membincangkan kisah Indosat, penggabungan paling berjaya dilaksanakan yang memperkasa Indonesia. Indosat ialah syarikat telekomunikasi digital dan internet baharu bertaraf dunia bagi Indonesia yang terhasil daripada penggabungan Indosat Ooredoo dan Hutchison 3 Indonesia.

Semasa perbincangan meja bulat, Sinha menegaskan bahawa penggabungan syarikat telekomunikasi sering gagal atas pelbagai sebab, seperti kesukaran mengintegrasikan teknologi dan sistem berbeza, halangan peraturan dan cabaran dalam mengekalkan kakitangan dan pelanggan utama. Walau bagaimanapun, kejayaan penggabungan Indosat telah mengubah industri telekomunikasi dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia.

Indonesia ialah satu daripada ekonomi paling pesat berkembang di dunia dan satu daripada ekonomi digital paling terkemuka di ASEAN. Penerimagunaan digital membolehkan Indonesia menjimatkan masa untuk merealisasikan matlamat jangka panjangnya, iaitu mencapai status berpendapatan tinggi. Indosat, syarikat telekomunikasi digital dengan 100 juta pelanggan, sedang melakukan perubahan dengan pesat untuk membantu memacu revolusi digital di negara itu.

Sinha membincangkan cara penggabungan Indosat Ooredoo dan Hutchison 3 Indonesia telah melebihi semua jangkaan untuk tahun 2022, memberikan prospek positif untuk pasaran Indonesia dan peluang berkembang dalam industri telekomunikasi. Indosat mempunyai rancangan integrasi 9 suku tahun yang berterusan dan pelaksanaan sinergi gabungan berkenaan berjalan lancar dan telah disempurnakan lebih awal daripada rancangan. Melalui penggunaan teknologi Rangkaian Teras Berbilang Pengendali (MOCN), integrasi rangkaian disasarkan akan diselesaikan pada suku tahun pertama ini.

Indosat melancarkan laporan penyelidikan bertajuk Memperkasa Indonesia 2023, yang mengkaji tonggak ekonomi digital Indonesia dan peranan teknologi dalam mempercepat pertumbuhan masa depan. Laporan tersebut menunjukkan bahawa Indosat ialah pemacu utama industri telekomunikasi dan pertumbuhan KDNK Indonesia, didorong oleh pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2022.

Pencapaian Penuh Tahun 2022 Indosat menunjukkan prestasi yang kukuh dari segi kewangan dan operasi. Jumlah hasil meningkat sebanyak 48.9% YoY, EBITDA direkodkan pada Rp19,468.7 bilion dan keuntungan bersih bagi tahun itu yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat induk ialah Rp4,723.4 bilion, keuntungan bersih normal meningkat sebanyak 76.2% YoY. Pelanggan selular syarikat meningkat sebanyak 62.5% kepada 102.2 juta untuk Tahun Kewangan (TK) 2022.

"Kami telah menafikan jangkaan dan menjadi penggabungan yang berjaya di dunia. Indosat bukan sahaja baik untuk industri; tetapi ia juga baik untuk Indonesia. Kami akan terus memacu revolusi digital dan mencipta nilai untuk semua pemegang kepentingan kami," kata Vikram Sinha, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Indosat Ooredoo Hutchison.

Maklumat Tentang Indosat Ooredoo Hutchison

Wawasan Indosat Ooredoo Hutchison (IDX: ISAT) ialah menjadi syarikat telekomunikasi digital pilihan utama di Indonesia. Melalui perkhidmatan telekomunikasi digital bertaraf dunia dan rangkaian cemerlang, Indosat Ooredoo Hutchison berusaha menghubungkan dan memperkasa setiap warga Indonesia. Dikawal bersama oleh Ooredoo Group dan CK Hutchison, Indosat Ooredoo Hutchison ditubuhkan melalui penggabungan PT Indosat Tbk dan PT Hutchison 3 Indonesia pada tahun 2022.

Laman Web: www.IOH.co.id

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UChs2x7pZ2D8UgHz9cgrn3sQ

Facebook: https://www.facebook.com/indosat

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53353270/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Steve Saerang, Timbalan Presiden Kanan (SVP) – Ketua Komunikasi Korporat
+62 816 100 930
E-mel: steve.saerang@IOH.co.id
 
Sumber: Indosat Ooredoo Hutchison

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.