ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  IC PEMACU GET TOSHIBA YANG BAHARU DILANCARKAN UNTUK MOTOR DC TANPA BERUS AUTOMOTIF MEMBANTU MENAMBAH BAIK KESELAMATAN KOMPONEN ELEKTRIK

Wednesday 01/03/2023



Table
Toshiba: TB9083FTG, IC pemacu get untuk motor DC tanpa berus automotif yang membantu menambah baik keselamatan komponen elektrik. (Grafik: Business Wire) 
 
KAWASAKI, Jepun, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan “TB9083FTG,” IC pemacu get[1] untuk motor DC tanpa berus automotif yang digunakan dalam aplikasi seperti stereng kuasa elektrik (EPS), brek elektrik dan anjakan dengan wayar. Jumlah penghantaran bermula pada hari ini.

Kelengkapan automotif mesti memberikan prestasi yang memenuhi keperluan ISO 26262, standard keselamatan fungsian untuk kenderaan jalan raya. Cip semikonduktor dan komponen elektronik yang dipasang di dalam kelengkapan automotif tidak terkecuali daripada ini.
Produk baharu TB9083FTG mengawal dan memacu MOSFET kuasa saluran N luaran untuk memacu motor DC tanpa berus tiga fasa. Produk ini berkemampuan tinggi terhadap keselamatan fungsian edisi ke-2 ISO 26262[2] dan menyokong ASIL-D[3] untuk penggunaan dalam sistem automotif keselamatan kritikal. Ini menjadikan produk baharu sesuai untuk aplikasi automotif yang menggunakan motor DC tanpa berus, seperti EPS, brek elektrik dan anjakan dengan wayar.

Bagi sistem yang memerlukan geganti keselamatan seperti EPS, TB9083FTG mempunyai pemacu get tiga saluran terbina dalam untuk geganti keselamatan yang mengawal dan memacu geganti motor dan bekalan kuasa. Ini menghapuskan keperluan untuk komponen luaran dan membantu mengurangkan bilangan bahagian.

TB9083FTG ditempatkan dalam pakej P-VQFN48-0707-0.50-005 dengan struktur sisi boleh basah[4]. Ini membolehkan pemeriksaan visual sambungan pateri dengan menggunakan sistem pemeriksaan optik automatik (AOI) dan menyumbang kepada keandalan sambungan pateri yang lebih baik.
Selain itu, Toshiba telah mengesahkan bahawa ia boleh melepasi 3000 kitaran dalam ujian kitaran suhu pemasangan dan telah mendapat data yang akan membolehkan pelanggan menggunakan pakej QFN ini dengan penuh keyakinan.

Dengan menggunakan pakej kecil ((7.0mm x 7.0mm (tipikal)), kawasan pemasangan telah dikurangkan kira-kira 66% berbanding produk semasa [5]. Ini membantu mengawal pertambahan kawasan pemasangan, kerana bilangan komponen elektronik di atas papan ECU cenderung untuk meningkat disebabkan reka bentuk lewah yang berkesan dalam memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

Toshiba akan terus memperkenalkan fungsi yang bertambah baik secara berterusan yang sepadan dengan keperluan ISO 26262 edisi ke-2 ke dalam IC pemacu get untuk motor DC tanpa berus tiga fasa automotif dan menyumbang kepada peningkatan pengelektrikan dan keselamatan kelengkapan automotif.

Aplikasi

Kelengkapan automotif

·  Stereng kuasa elektrik (EPS), pembrekan elektrik, anjakan dengan wayar, pelbagai jenis pam dan sebagainya.
 
Ciri Produk

·  3 saluran pemacu untuk geganti keselamatan
·  Penerimagunaan pakej kecil mengurangkan kawasan pemasangan kira-kira 66%[5]
·  Litar diagnosis diri terbina dalam untuk MOSFET luaran 
Catatan:
[1] Pemacu untuk memacu MOSFET
[2] Standard keselamatan fungsian berusaha meminimumkan risiko yang berpunca daripada kegagalan sistem. Penting untuk memastikan bahawa pihak berkepentingan boleh diberikan penjelasan yang munasabah mengenai keselamatan sistem. ISO 26262, standard untuk keselamatan fungsian bagi aplikasi automotif menentukan proses pembangunan dengan tujuan memastikan pelaksanaan keselamatan fungsian yang diperlukan.
[3] ASIL: Tahap Integriti Keselamatan Automotif, D: Gred D (kedudukan tertinggi antara A hingga D)
[4] Bentuk petunjuk luaran pakej
[5] Dibandingkan dengan produk sedia ada Toshiba TB9081FG (12.0mm×12.0mm (tipikal)) 

Spesifikasi Utama
 
Nombor bahagianTB9083FTG
Motor sokonganMotor DC tanpa berus tiga fasa
Fungsi utamakomunikasi SPI,
penguat monitor arus tiga saluran,
pemacu get tiga saluran untuk geganti keselamatan,
fungsi penjepit VGS MOSFET luaran
Fungsi diagnosis diriABIST, LBIST
Pengesanan ralatPengesanan voltan kurang, pengesanan voltan lampau,
pengesanan VGS/VDS MOSFET luaran,
pengesanan suhu lampau
Julat voltan pengendalianVB=4.5V hingga 28V,
VCC=3.0V hingga 5.5V
Bekalan kuasa luaran2 bekalan kuasa (VB, VCC)
Julat suhu pengendalianTa=-40°C hingga 150°C,
Tj=-40°C hingga 175°C
NamaPakejP-VQFN48-0707-0.50-005
Saiz tipikal (mm)7.0 × 7.0
KeandalanMemenuhi syarat AEC-Q100/006
Semakan Sampel & KetersediaanBeli Dalam Talian
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu.
TB9083FTG

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kandungan berkaitan produk baharu.
Untuk keselamatan tahap tinggi dalam sistem automotif dengan TB9083FTG (video)
IC Pemacu Get untuk Motor Tanpa Berus Tiga Fasa Automotif: TB9083FTG

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai IC Pemacu Motor Tanpa Berus Automotif Toshiba.
IC Pemacu Motor Tanpa Berus Automotif

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, kunjungi:
TB9083FTG
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terlebih dahulu.

Maklumat Tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan termaju, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang luar biasa.

Tenaga kerja syarikat seramai 23,000 di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai bersama dan pasaran baharu. Bersama jualan tahunan yang kini sudah melebihi 850 bilion yen (AS$7.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53335963/en


Bahagian untuk Dihubungi
Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan Automotif
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
E-mel: semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.