ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  FOO FIGHTERS DAN STERN PINBALL MENGUMUMKAN MESIN PINBAL ROCK AND ROLL BAHARU

Thursday 02/03/2023



Berita Utama Acara SXSW Eksklusif

CHICAGO, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Stern Pinball, Inc. mengumumkan barisan mesin pinbal baharu yang meraikan serta dicipta melalui kerjasama bersama ahli terbaharu Balai Kemasyhuran Rock and Roll tahun 2021 Foo Fighters. Mesin pinbal Foo Fighters tersedia dalam model Pro, Premium dan Edisi Terhad (Limited Edition, LE).

Keluaran akhbar ini menampilkan multimedia. Lihat keluaran penuh di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20230228005291/en/

Foo Fighters mula mendapat perhatian antarabangsa pada tahun 1995 melalui album debut klasik mereka dengan nama yang sama. Sepanjang kerjaya mereka, kumpulan ini telah mengeluarkan 10 album studio, mencecah jualan lebih daripada 32 juta rekod di seluruh dunia, memenangi 15 Anugerah Grammy, merupakan penerima anugerah “Global Icon” pertama MTV, serta dimasukkan ke Balai Kemasyhuran Rock and Roll pada tahun 2021. Salah satu daripada kumpulan terhebat di dunia stadium, arena dan pesta serata dunia, muzik mereka akan mula dimainkan di bilik permainan dan lokasi hiburan dalam bentuk mesin pinbal tidak lama lagi.

Mesin Foo Fighters Stern membawa pengalaman konsert Foo Fighters ke rumah pemain melalui pengembaraan pinbal hebat yang menampilkan 15 lagu ikonik daripada katalog besar kumpulan ini, termasuk All My LifeBest of YouBreakoutEverlongHolding PoisonI’ll Stick AroundLearn to FlyMonkey WrenchMy HeroRunSomething from NothingThe PretenderThis is a CallTimes Like These dan Walk.

Dengan masa penciptaan yang melebihi dua tahun dan input kreatif daripada ahli kumpulan Dave Grohl, Nate Mendel, Pat Smear, Chris Shiflett, Rami Jaffee, serta mendiang Taylor Hawkins yang hebat, Foo Fighters Stern ialah mesin pinbal yang amat unggul. Seluruh alam semesta baharu telah dibangunkan dengan karya seni lukisan tangan yang menakjubkan serta animasi tersuai termasuk “Foo Fighters Saturday Morning Action Time!”—siri TV cereka yang mengisahkan misi kumpulan ini untuk menyelamatkan rock and roll… DAN DUNIA! Sertailah Foo Fighters pada misi penyelamatan ini untuk menewaskan Pemerintah makhluk asing jahat yang penuh misteri serta angkatan robotnya. Terokalah medan permainan atas Area 51 untuk memecah masuk dan memulakan keseronokan pinbal. Naikilah van dan adakan konsert menjelajah untuk menyelamatkan manusia dan menunjukkan kehebatan rock and roll!

Mesin pinbal Foo Fighters menyertakan sistem Insider Connected™ Stern yang memenangi anugerah, yang membolehkan pemain berinteraksi dengan permainan dan rangkaian global pemain dengan pelbagai cara. Melalui Insider Connected, pemain dapat menjejaki kemajuan, memperoleh pencapaian khusus permainan baharu, berinteraksi dengan komuniti pemain, serta menyertai promosi dan Pencarian Cabaran. Insider Connected juga menyediakan set alat yang mengutamakan operator untuk mendorong permainan di lokasi melalui Carta Kedudukan Lokasi, membina kesetiaan pemain, menganalisis prestasi, membuat pelarasan secara jauh dan menyelenggara mesin. Pendaftaran Insider Connected boleh didapati di insider.sternpinball.com/.

Terhad kepada 1,000 buah mesin di seluruh dunia, Edisi Terhad yang hebat menyertakan Expression Lighting System™. Dengan 96 LED RGB yang pintar, Expression Lighting System membolehkan kawalan spektrum warna penuh. Terletak dalam ruang khas di sisi kabinet untuk menyediakan pencahayaan medan permainan penuh yang bertemakan warna, sistem pencerahan medan permainan ini disegerakkan dengan pertunjukan cahaya tersuai yang direka khas untuk setiap lagu serta bertindak balas terhadap peristiwa permainan. Versi LE juga menyertakan kaca belakang bercermin dan berwarna penuh eksklusif yang diinspirasikan oleh Pertarungan Rock and Roll, karya seni kabinet kerajang definisi tinggi dan berwarna penuh yang eksklusif, perisai pinbal berlapis warna hijau Pemerintah berkilat yang tersuai, arca bawah berautograf dengan reka bentuk tersuai, bilah karya seni dalam eksklusif, sistem audio yang dinaik taraf, kaca medan permainan pinbal antipantulan, motor penggetar, plak dengan nombor berjujukan, serta Sijil Kesahan yang ditandatangani oleh Pengerusi Stern Gary Stern dan Presiden & CEO Seth Davis.

“Dengan kerjasama Foo Fighters, kami telah membangunkan alam pinbal baharu dengan latar belakang muzik yang hebat. Tenaga daripada reka bentuk permainan ini yang unik, cepat dan lancar, bersama pertunjukan cahaya yang menarik dan karya seni lukisan tangan yang hebat telah mewujudkan pengalaman permainan yang terunggul,” kata Seth Davis, Presiden & CEO. “Berhubunglah hari ini dan jadilah wira.”

Mesin pinbal Foo Fighters baharu akan dipaparkan dan tersedia untuk dimain di acara pelancaran debut istimewa di parti The House of Internet semasa SXSW 10-12 Mac di The Pershing di Austin, Texas.

Harga dan Ketersediaan:

Harga Runcit Cadangan Pengilang (“MSRP”)*:

*MSRP untuk jualan kepada pengguna akhir AS, sebelum apa-apa VAT, GST, Cukai Jualan, Duti atau cukai lain.
 
Edisi Pro:        $US 6,999
Edisi Premium:        $US 9,699
Edisi Limited:        $US 12,999

Mesin pinbal dan aksesori Foo Fighters kini tersedia melalui pengedar dan peniaga Stern Pinball yang sah di seluruh dunia.

Perihal Insider Connected

Insider Connected ialah inisiatif teknologi menyeluruh yang bertujuan menyambungkan alam mesin pinbal Stern. Platform ini direka untuk mempertingkat dan melanjutkan penglibatan pemain dengan permainan di persekitaran rumah dan komersial. Insider Connected juga menyediakan set alat tegap untuk mendorong permainan di lokasi, membina kesetiaan pemain, menganalisis prestasi, membuat pelarasan secara jauh, serta menyelenggara mesin.

Pendaftaran Insider Connected boleh didapati di insider.sternpinball.com. Pemain juga boleh mendaftar di permainan yang disambungkan dengan mengimbas kod QR pendaftaran pada mesin. Selepas pemain mendaftar, mereka diberikan Kod QR unik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pemain tersebut di mana-mana mesin pinbal Stern yang disambungkan di seluruh dunia. Apabila pemain mengimbas kod mereka pada mesin, mereka akan dapat menjejaki kemajuan, memperoleh pencapaian khusus permainan, berinteraksi dengan komuniti pemain, serta menyertai promosi dan Pencarian Cabaran.

"Insider Connected mentransformasikan cara pemain berinteraksi dengan mesin pinbal. Operator mendapat manfaat daripada alat baharu yang mendorong permainan berulang dan membantu menyelenggara permainan secara jauh manakala pemain boleh memperoleh lencana lokasi hiburan istimewa," kata Seth Davis, Presiden dan CEO Stern Pinball, Inc.

Perihal Stern Pinball, Inc.

Stern Pinball, Inc. mencipta hiburan menarik yang menginspirasikan cinta terhadap permainan, menimbulkan semangat, menjalinkan persahabatan dan menghubungkan orang di mana jua melalui permainan dan pengalaman pinbal yang seronok, inovatif dan berteknologi canggih. Beribu pejabat berdekatan O'Hare International Airport Chicago di tengah-tengah Amerika Utara, syarikat ini mencipta, mereka bentuk, membina, mengilang, memasarkan dan mengedarkan barisan permainan pinbal terrestrial dan digital yang berteknologi tinggi, serta bahagian, aksesori dan barang dagangan. Stern Pinball mengendalikan pasaran digital, pengguna, komersial dan korporat di seluruh dunia.

Karya Stern Pinball terbaharu termasuk James Bond, Rush, Godzilla, The Mandalorian, Led Zeppelin, Avengers: Infinity Quest, Teenage Mutant Ninja Turtles, Stranger Things, Elvira’s House of Horrors, Jurassic Park, Black Knight: Sword of Rage, The Munsters, The Beatles, Deadpool, Iron Maiden, Guardians of the Galaxy, Star Wars, Aerosmith, Ghostbusters, KISS, Metallica, Game of Thrones, The Walking Dead, Star Trek, AC/DC, Batman dan Spider-Man. Pelbagai pemain menikmati permainan Stern Pinball, daripada pemain profesional yang bersaing dalam pertandingan taruhan tinggi di seluruh dunia sehingga pemain baharu yang baru menemukan tarikan permainan ini. Untuk menyertai kami dan ketahui lebih lanjut, layari www.sternpinball.com.

Semua tanda dagangan dan nama produk ialah harta syarikat masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20230228005291/en/

Butiran Hubungan
Zach Sharpe
zach.sharpe@sternpinball.com

Sumber: Stern Pinball, Inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.