ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  AURA NETWORK INGIN MENGUMUMKAN TARIKH PELANCARAN JARINGAN UTAMA XSTAXY

Monday 06/03/2023



Table
 
Aura Network mengumumkan tarikh pelancaran untuk Jaringan Utama Xstaxy pada 20 Mac 2023. (Grafik: Business Wire)
 

HANOI, Vietnam, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lebih 15 bulan pembangunan berterusan dengan ujian yang mantap dan pengoptimuman produk, kini Aura Network secara rasmi bergerak ke fasa seterusnya, mengumumkan pelancaran Jaringan Utama Aura Network - 'The Xstaxy’ yang amat dinanti-nantikan. Pencapaian penting ini mewakili jejak revolusi syarikat ke dalam ruang Web3 dan bercita-cita menjadi satu daripada peneraju lapisan-1 berasaskan Cosmos yang tertumpu di sekeliling NFT, permainan Web 3.0 dan DeFi yang mampan.

“Persiapan Jaringan Utama kami sedang berjalan dengan lancar. Kami amat berbesar hati ingin mengumumkan tarikh pelancaran Jaringan Utama Aura pada penghujung suku pertama. Semua pasukan sedang mengambil langkah agresif untuk menjayakan pelancaran Jaringan Utama ini tepat pada masanya seperti yang dijanjikan dengan pelabur, rakan niaga dan komuniti,” kongsi Giang Tran, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Aura Network.

Jaringan Utama Xstaxy ditetapkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac, 13:00 UTC. Melalui pengaktifan jaringan utama ini, Aura Network akan berkembang maju untuk meletakkan kedudukan syarikat sebagai rantaian lapisan-1 kontrak pintar pertama yang dibenarkan memacu ke arah penerimagunaan NFT secara besar-besaran dalam ekosistem Cosmos.

Sebagai persediaan untuk pelancaran ini, Aura Network melancarkan empat kemas kini penting yang utama mengenai pembangunan jaringan utama ini:

· Pengembangan Ekosistem Selain produk semasa yang termasuk AuraScan dan Pyxis Safe, beberapa dApps berkaitan dengan DeFi yang mampan dan Pasaran NFT sedang dibina dan diuji secara berterusan, bertindak sebagai bahagian penting ekosistem Aura. Produk ini akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada komuniti dengan pelancaran alfa, bersama dengan kempen untuk penerima guna awal merasai pengalaman. Ganjaran akan diberikan kepada mereka yang memberikan maklum balas yang sesuai kepada pasukan teknikal Aura dalam penambahbaikan produk.
 
· Migrasi Token kepada Jaringan Utama: Memandangkan fasa ini dianggap sebagai satu daripada fasa paling penting dalam pelancaran jaringan utama, aliran migrasi antara token Aura BEP-20 dan token natif dalam Jaringan Utama, kini dioptimumkan sepenuhnya ke arah proses yang selamat dan mudah. Pasukan Aura telah secara aktif menyelaras dengan CEX dan DEX mengenai sokongan token natif yang baharu. Tambahan pula, Pyxis Safe sedang melalui beberapa siri audit keselamatan, yang dikuasakan oleh penyelidik dan pakar keselamatan terkemuka.
 
· Program Pengesah: Aura Network mengambil langkah terakhir penyediaan Jaringan Utama dengan merekrut 18 pengesah tambahan untuk blok genesis. Pembangun dan pengesah global boleh melibatkan diri dengan pelancaran Jaringan Utama melalui Program Perwakilan Asas Aura. Aktiviti ini direka bentuk bertujuan memupuk pertumbuhan umum dan pemencaran rangkaian dengan memperuntukkan dana yang sewajarnya untuk perwakilan. Pendaftaran dibuka hingga 2 Mac, 2023 0:00 (UTC). Lebih banyak butiran boleh didapati di sini.

· Pertumbuhan Perkongsian dan Komuniti: Sejak pusingan pengumpulan dana Prasiri $4M yang diterajui oleh Hashed dan Coin98, Aura Network telah berjaya memperoleh tawaran dengan beberapa rakan niaga dalam ruang Web3 dan Blok Rantai. Ini akan membantu mengumpulkan momentum yang amat diperlukan untuk mendorong pelancaran Jaringan Utama ini, dari segi pembangunan produk, operasi dan strategi pemasaran.

Pada peringkat terakhir ujian produk, syarikat menyasar untuk memastikan rangkaian yang mantap dan stabil sebelum mengalu-alukan pengambilan ratusan ribu pengguna baharu dan pembangun.

Maklumat Tentang Aura Network

Aura Network ialah ekosistem yang dibina untuk mempercepat penerimagunaan NFT global. Aura Network memberikan tumpuan kepada membina Internet NFT dan membawa NFT dan web3 kepada umum.

Laman web | Twitter | Discord | Telegram | Blog

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53334271/en

Individu untuk Dihubungi
Cik Thu Tran
Aura Network
Ketua Pegawai Operasi (COO)
thu@aura.network
 
Sumber: Aura Network

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.