ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 06, 2025 -Isnin

 
  SPNB SANTUNI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN DI KUALA LUMPUR

Monday 06/03/2023



Table
Sebahagian 20 warga kerja Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menyertai Program Tanggungjawab Sosial (CSR) di Pusat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi pengagihan sebanyak 500 pek makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan di Pusat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada 5 Mac 2023.
 
Program yang turut dijayakan oleh warga kerja SPNB ini antara lain bertujuan menerapkan sifat prihatin dan kasih sayang, sekaligus menyantuni golongan tersebut dalam memastikan bekalan makan berkhasiat dapat diakses kepada mereka.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Isnin, Syarikat Perumahan Negara Berhad ditubuhkan dengan tujuan utamanya untuk membangunkan rumah mampu milik untuk masyarakat Malaysia dengan penawaran kediaman yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan permintaan pasaran.
 
“Namun dalam menjalankan fungsinya, SPNB turut aktif memberi perhatian terhadap golongan kurang bernasib baik menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR)”
 
Beliau turut menambah bahawa program kali ini merupakan kesinambungan daripada siri program CSR SPNB yang terdahulu seperti bantuan bencana pasca banjir serta Program Jalinan Kasih bersama anak-anak yatim.

Program CSR agihan makanan kepada Komuniti Pusat Gelandangan Medan Tuanku ini adalah hasil kerjasama strategik antara SPNB dan PERTIWI Soup Kitchen. Pertiwi Soup Kitchen merupakan satu usaha jangkauan komuniti yang diwujudkan oleh Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) bagi menyediakan makanan di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur secara tetap. 
 
SPNB turut berharap supaya program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan golongan kurang berkemampuan ini tidak terpinggir dan sentiasa diambil perhatian.
 
#KediamanAndaTanggungjawabKami
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
 #DemiPertiwi 

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) di bawah pengurusan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

SUMBER: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder SPNB
Tel: 03-7849 2000 ext: 2587
Emel: pr@spnb.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.