ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ​JUALAN TIKET UMUM BERMULA UNTUK ACARA PAPAN SELAJU ANTARABANGSA BAHARU, "UPRISING TOKYO DENGAN SOKONGAN RAKUTEN"

Friday 10/03/2023



Table

Yuto Horigome ©MIXI (Foto: Business Wire)


- Yuto Horigome, Jamie Foy dan Ishod Wair akan bersaing di Uprising Tokyo.
- Tiket tersedia untuk dibeli di sini: https://r-t.jp/cart_uprisingtokyo

TOKYO, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rakuten Sports hari ini mengumumkan permulaan jualan tiket umum untuk Uprising Tokyo Dengan Sokongan Rakuten, acara papan selaju antarabangsa yang akan berlangsung di Arena Ariake dari 26-28 Mei, 2023. Tiket kini tersedia melalui Rakuten Ticket, perkhidmatan tiket Rakuten Group (*Laman Jepun).

Syarikat ini juga telah mengumumkan bahawa pemain papan selaju profesional Yuto Horigome, Jamie Foy dan Ishod Wair akan bersaing dalam acara, yang terdiri daripada pertandingan papan selaju jalanan lelaki dan wanita yang diadakan selama lebih daripada tiga hari.  Pemain papan selaju ini akan turun di Arena Ariake untuk bersaing di lapangan pertandingan jalanan yang direka dan dibina oleh California Skateparks, syarikat yang terkenal di seluruh dunia yang mengkhusus dalam mereka bentuk dan membina taman luncur bertaraf dunia.  Para hadirin boleh menjangka untuk mengalami aksi papan selaju jalanan yang mendebarkan, serta budaya papan selaju yang unik di tempat acara berlangsung, dengan muzik, fesyen, makan dan minuman untuk dinikmati.

Harga tiket untuk suku akhir 26 Mei bermula pada harga 3,000 yen (termasuk cukai), manakala harga tiket untuk separuh akhir 27 Mei dan akhir 28 Mei dan pertandingan helah terbaik bermula pada harga 4,000 yen (termasuk cukai). Maklumat tentang atlet lain yang bersaing dan butiran acara akan diumumkan pada laman rasmi Uprising Tokyo*⁴ yang akan tersedia tidak lama lagi. Akaun media sosial rasmi untuk Uprising Tokyo sudah pun dilancarkan, menjemput peminat untuk menikmati kandungan seperti bahan visual dan temu bual dengan peserta acara papan selaju.

Sila lihat laman korporat Rakuten Group untuk versi penuh pengumuman hari ini.

*1 Atlet yang menyertai acara ini tertakluk kepada perubahan. Sesetengah atlet mungkin bersaing hanya sebahagian daripada laluan dalam jadual pertandingan.
*2 Tidak termasuk tempat duduk bagi pelajar sekolah menengah dan sekolah menengah rendah & ke bawah.
*3 Pertandingan jalanan terdiri daripada “larian” apabila atlet meluncur dengan bebas mengikut laluan pertandingan dalam masa yang ditetapkan dan “pertandingan helah terbaik” di mana atlet mempersembahkan satu helah di lokasi khusus yang ditentukan terlebih dahulu sepanjang laluan.  Larian akan diadakan semasa acara berlangsung selama tiga hari. Pertandingan helah terbaik hanya akan diadakan pada hari terakhir - 28 Mei.  Skor dan penentuan kedudukan akan ditentukan sewajarnya untuk larian dan helah terbaik.
*4 Laman khusus rasmi Uprising Tokyo dirancang untuk dilancarkan tidak lama lagi.


Komen Yuto Horigome:
“Saya amat ghairah untuk mengumumkan bahawa saya akan bersaing dalam Uprising Tokyo, acara papan selaju baharu yang diadakan di Tokyo, tempat asal saya pada bulan Mei. Saya sangat teruja untuk berkongsi pentas dengan beberapa atlet terkenal dalam papan selaju, termasuk pemenang Helah Terbaik X Games 2022 Jamie Foy dan Ishod Wair, yang mempunyai gaya lenturan yang memberi inspirasi kepada ramai orang.  Dengan pertandingan yang melibatkan bakat sedemikian, Uprising Tokyo Dengan Sokongan Rakuten akan memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan dan saya tidak sabar untuk menunjukkan keupayaan saya kepada semua orang yang hadir.”

Profil Yuto Horigome
Semasa berumur hanya enam tahun, Horigome sudah mula bermain papan selaju, diinspirasikan oleh bapanya yang merupakan peluncur menegak.  Setelah berlatih dengan penuh dedikasi selama bertahun-tahun, beliau mula mengukir namanya dalam pertandingan domestik di Jepun sebagai remaja muda. Pada tahun 2017, beliau memenangi tempat di podium Liga Jalanan, pertandingan papan selaju yang paling berprestij di dunia dan pada tahun 2018 beliau memenangi kejohanan pertamanya, sebaris dengan pemain papan selaju yang paling elit di dunia. Tahun 2019 menyaksikan beliau menjadi peluncur Jepun pertama untuk membawa pulang pingat emas daripada X Games Minneapolis, Liga Jalanan di Los Angeles, dan tempat kedua dalam Kejohanan Dunia.  Horigome mengukir sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama dalam papan selaju jalanan lelaki di Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020. Kisahnya yang mengagumkan adalah bukti bahawa dengan bekerja keras, tidak ada yang mustahil.

Profil Jamie Foy
Pada mulanya datang dari Selatan Florida, Jamie Foy terkenal sebagai salah seorang peluncur profesional yang paling popular dan bekerja keras di dunia. Jamie memenangi anugerah Peluncur Terbaik Tahun Ini Majalah Thrasher yang menjadi rebutan pada tahun 2017 dan tidak lagi menoleh ke belakang sejak itu. Walaupun tidak dikenali terutamanya sebagai peluncur pertandingan, Jamie memenangi Tampa Pro yang berprestij pada tahun 2022 di hadapan peminat meluncur negeri asalnya dan menyusul dengan juga memenangi Helah Terbaik X Games pada musim panas 2022.  Penaja Jamie pada masa ini termasuk Deathwish Skateboards, Red Bull, New Balance Numeric, Dickies, Thunder dan Spitfire.

Profil Ishod Wair
Ishod ialah Michael Jordan dalam permainan papan selaju. Dari hari beliau memijak papan selaju, beliau terus jatuh cinta dengan permainan ini, dan sebaik sahaja industri papan selaju menyedari tentang potensinya, beliau segera berhijrah dari menjadi peluncur yang tidak dikenali kepada amatur yang ditaja, dan tidak lama selepas itu dinaikkan taraf kepada status profesional, meluncur untuk Real Skateboards.  Dua tahun kemudian, pada tahun 2013, beliau dianugerahkan penghormatan tertinggi dalam permainan papan selaju – Peluncur Majalah Thrasher Bagi Tahun Tersebut – dan sekarang namanya tertulis pada kasut berjenama Nike.

Twitter: https://twitter.com/uprising_tokyo
Instagram: https://www.instagram.com/uprisingtokyo/
Rakuten Viber: https://vb.me/UpRising

Galeri Foto/Multimedia Tersedia: 
https://www.businesswire.com/news/home/53358872/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan
Jabatan Komunikasi Korporat Rakuten Group
global-pr@mail.rakuten.com
(+81) 50-5817-1104
 
Sumber: Rakuten Group, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.