ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 18, 2024 -Rabu

 
  BOOMI BEKERJASAMA DENGAN PENYEDIA ERP JEPUN TERKEMUKA UNTUK MEMPERCEPAT TRANSFORMASI DIGITAL DI JEPUN

Friday 31/03/2023



Table

Boomi Bekerjasama dengan Penyedia ERP Jepun Terkemuka Untuk Mempercepat Transformasi Digital di Jepun (Grafik: Business Wire)

 
  • Perkongsian saluran baharu dibina berdasarkan peningkatan pelaburan di Jepun oleh Boomi bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk penyelesaian peneraju kategorinya
  • Boomi dan Works Applications Systems akan membantu syarikat dalam usaha pendigitalan dengan memanfaatkan data daripada sistem legasi sebagai aset, migrasi data dalam persekitaran yang kompleks dan mengintegrasikan perisian sebagai aplikasi sistem (SaaS) dengan pantas
     
TOKYO & CHESTERBROOK, Pa., 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan perkongsian baharu dengan Works Applications Systems, Co., Ltd. ("WAPS") yang menyediakan pembangunan dan sokongan sistem, serta perkhidmatan SI. WAPS ialah syarikat kumpulan Works Applications Co., Ltd., penyedia penyelesaian perisian perancangan sumber perusahaan (ERP) yang terkemuka untuk pengurusan kewangan dan rantaian bekalan. Bersama-sama ini, syarikat akan membantu organisasi dalam usaha pemodenan dengan mengintegrasikan data daripada sistem, aset dan perisian legasi sebagai aplikasi perkhidmatan (SaaS) dengan pantas dan mudah di seluruh persekitaran IT yang kompleks.

Permintaan untuk integrasi data dan penyelesaian automasi perniagaan terus berkembang di Jepun dan di seluruh rantau Asia-Pasifik, didorong oleh pertumbuhan pesat telekerja dan keperluan berterusan untuk menambah baik kecekapan operasi.1 Meskipun syarikat Jepun berusaha merealisasikan matlamat pendigitalan masing-masing, masih banyak yang bergelut dengan sistem legasi yang khusus dalam operasi syarikat yang telah menjadi halangan kepada pemodenan.

“Pada hari ini, IT memainkan peranan yang semakin penting dalam merealisasikan pengurusan digital; walau bagaimanapun, transformasi digital tidak berkembang seperti yang dijangkakan di Jepun disebabkan oleh sebilangan besar sistem dalaman yang dibangunkan di banyak syarikat,” kata Kenichi Yoshida, Pengarah Perwakilan, Presiden Works Applications Systems, Co., Ltd. “Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan mengenai perjanjian perkongsian dengan Boomi dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama kami di Jepun. Kami yakin bahawa dengan menggabungkan pengetahuan dan pengalaman luas kami dalam membina sistem inovasi perniagaan dengan platform integrasi peneraju kategori Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS), kami boleh menyumbang kepada evolusi pemodenan pelanggan kami, termasuk penggunaan awan yang pesat dan data yang berkesan.”

WAPS berusaha menyelesaikan cabaran pelanggan di kedai sehenti dengan memanfaatkan ekosistem rakan niaga pihak ketiga yang terkemuka dalam industri. Melalui kerjasama dengan Boomi, WAPS akan dapat memanfaatkan Platform Boomi untuk menghubungkan semua individu dengan pantas dan mudah kepada segalanya, di mana-mana sahaja. Berdasarkan kecerdasan memetakan ratusan juta integrasi yang digunakan oleh pengeluaran daripada pelanggan Boomi di seluruh dunia, platform Boomi menyediakan penyambung prabina untuk lebih daripada 200 aplikasi awan dan di premis yang paling popular, serta seni bina fleksibel yang membolehkan pelanggan mengambil manfaat pengkomputeran awan sepenuhnya.

“Sungguhpun penyelesaian iPaaS baik dalam menghubungkan perkhidmatan dan sumber yang berada di awan, ia mendedahkan cabaran menyambungkan data pada rangkaian syarikat dan fail yang mungkin ada dalam setiap peranti pekerja,” sambung Yoshida. “Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa platform Boomi mempunyai perisian agen untuk menyelesaikan isu ini, mencipta persekitaran lancar yang menghapuskan sempadan antara awan dan di premis dengan berkesan. Selain itu, kami mendapati bahawa kebanyakan cabaran boleh diselesaikan dengan menggunakan contoh yang terdapat dalam komuniti pengguna Boomiverse dan Pangkalan Pengetahuan Boomi yang luas. Kami percaya bahawa platform integrasi Boomi boleh digunakan dengan berkesan bukan sahaja untuk cadangan aktif kepada pelanggan sedia ada dalam pasaran ini, tetapi juga untuk cadangan baharu dalam perniagaan kami yang menyediakan perkhidmatan integrasi sistem.”

“Tanpa mengambil kira kategori industri atau perniagaan, pelanggan kami mempromosikan inisiatif transformasi digital masing-masing melalui pengkomputeran awan dan penggunaan data,” kata Kazunori Hori, Pengarah, Jepun di Boomi. “Untuk memastikan data, aplikasi, sistem dan perkhidmatan pelanggan kami dipautkan pada masa yang sesuai, kami akan bekerjasama rapat dengan Works Applications Systems, menghimpunkan kepakaran dan keupayaan teknikal kedua-dua pihak.”

Boomi dikatakan mempunyai komuniti pengguna yang semakin berkembang dengan lebih daripada 100,000 ahli dan satu daripada tatasusunan terbesar pengintegrasi sistem global (GSI) dalam ruangan iPaaS. Syarikat amat berbangga dengan rangkaian di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 800 rakan niaga, termasuk Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan penskala hiper yang terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, antara lainnya.

Syarikat itu dimasukkan dalam senarai Deloitte Technology Fast 500™ dan Inc. 5000 sebagai satu daripada syarikat teknologi paling pesat berkembang dan berinovatif di Amerika, Boomi juga telah memenangi dua Anugerah Stevie®, untuk Syarikat Terbaik dan Inovasi Produk pada peringkat antarabangsa; Anugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS); Anugerah Merit untuk Teknologi dalam kategori Perkhidmatan Awan;Anugerah Stratus sebagai Peneraju Global dalam Pengkomputeran Awan 2022; dan menerima penilaian 5 bintang berprestij dalam Panduan Program Rakan Niaga CRN untuk dua tahun berturut-turut.

Sumber TambahanMaklumat Tentang Boomi
Boomi mempunyai matlamat menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana sahaja. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi http://www.boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’, Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53370035/en

__________________________
1 Keyman’s Net, iPaaS (Platform Integrasi Global sebagai Perkhidmatan) Status Penggunaan, 2021

Bahagian untuk Dihubungi
Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media & Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi, LP
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.