ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  LIMA PAMERAN PRODUK GAYA HIDUP HKTDC DIBUKA PADA APRIL 2023

Monday 03/04/2023



Table

Lima Pameran Produk Gaya Hidup HKTDC Dibuka pada April 2023 (Foto: Business Wire)


Dalam model hibrid PAMERAN+

HONG KONG, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hong Kong yang merupakan ibu kota pameran perdagangan premier dunia di Asia, telah menjadi destinasi yang ditujui oleh peniaga daripada seluruh dunia. Diikuti dengan permulaan semula pelancongan, pedagang global berkerumun untuk mengambil bahagian dalam aktiviti perdagangan bandar.

Lima pameran produk gaya hidup (Pameran Hadiah & Premium Hong Kong, Home InStyle, Pameran Tekstil dan Hiasan Rumah Antarabangsa Hong Kong, Fashion InStyle, dan Pameran Pencetakan & Pembungkusan Antarabangsa Hong Kong) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), ditetapkan untuk kembali pada 19 – 22 April 2023 di bawah satu bumbung iaitu di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong (HKCEC). Selain itu, platform padanan perniagaan pintar dalam talian HKTDC, Click2Match, akan dijalankan daripada 19 – 29 April 2023, menyediakan platform yang mudah dan efisien kepada pedagang untuk berhubung di luar pameran fizikal. Model hibrid PAMERAN+ baharu mencipta semula pameran perdagangan untuk memberi layanan kepada pedagang global pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Sorotan Pameran

Lima pameran akan menawarkan platform penyumberan serenti yang ideal dengan jumlah lebih daripada 3,500 pempamer dari seluruh dunia. Pameran Hadiah & Premium Hong Kong menyediakan platform yang unggul kepada pakar industri untuk menerokai trend dan pembaharuan dalam industri hadiah dan premium; Pameran Barang Rumah Hong Kong yang dinamakan semula kepada Home InStyle bertujuan untuk membolehkan pempamer dan pembeli untuk menerokai trend barang rumah yang terkini, produk dan reka bentuk rumah bersumber pintar dan unik; Pameran Tekstil dan Hiasan Antarabangsa Hong Kong mempamerkan pelbagai tekstil dan hiasan rumah; Minggu Fesyen Hong Kong dinamakan semula kepada Fashion InStyle yang dianjurkan sebagai platform perniagaan ideal untuk seluruh rantaian bekalan industri fesyen dan tekstil; dan Pameran Pencetakan & Pembungkusan Antarabangsa Hong Kong mempamerkan pelbagai pencetakan profesional dan penyelesaian pencetakan digital, disertakan dengan perkhidmatan dan reka bentuk pembungkusan yang inovatif. Dengan pelbagai produk dan trend yang dipamerkan, pameran ini menyediakan peluang yang unggul kepada pedagang untuk membina hubungan, menerokai peluang perniagaan baharu dan mengembangkan rangkaian mereka.

Daftar Sekarang untuk Penerimaan Masuk Percuma - https://bit.ly/3KlpbdY

Laman Web

· Pameran Hadiah & Premium Hong Kong: www.hktdc.com/event/hkgiftspremiumfair
· Home InStyle: www.hktdc.com/event/homeinstyle
· Pameran Tekstil dan Hiasan Rumah Antarabangsa Hong Kong: www.hktdc.com/event/hkhometextilesfair
· Fashion InStyle: www.hktdc.com/event/fashioninstyle
· Pameran Pembungkusan & Pencetakan Antarabangsa Hong Kong: www.hktdc.com/event/hkprintpackfair

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53371167/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Kenalan

Pertanyaan media:
Sila hubungi Bahagian Pameran HKTDC:
Jojo Li
Tel: (852) 22404136
E-mel: jojo.ty.li@hktdc.org
 
Sumber: Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Hong Kong
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.