ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PENCAPAIAN DALAM KAJIAN KLINIKAL DITAJA INDUSTRI MELETAKKAN MALAYSIA DI BARISAN HADAPAN KAJIAN MULTINASIONAL PERINGKAT GLOBAL

Tuesday 04/04/2023



 Table

Berdiri (Kiri-Kanan): Dr Voon Pei Jye (Ketua Radioterapi Perubatan & Onkologi Hospital Umum Sarawak), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), YB Dr Zaliha Mustafa (Menteri Kesihatan), Dr Sanjeev Panchal (Pengarah Syarikat AstraZeneca Malaysia), Dr Alan Fong (Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Umum Sarawak)
Duduk (Kiri- Kanan): Dr Akhmal Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia), Pn Pneh Tee Koon (Ketua Pegawai Kewangan Kluster AstraZeneca)
 

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Malaysia telah berjaya menjangkaui RM1 bilion pendapatan kasar negara melalui kajian klinikal kontrak sejak tahun 2012. Lebih daripada 2000 kajian tajaan telah diluluskan jawatankuasa etika semenjak sedekad lepas, menjadikan Malaysia negara ketiga teraktif di Asia Tenggara.

Pencapaian ini telah diumumkan semasa majlis pelancaran Laporan Tahunan CRM 2022 oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Zaliha Mustafa. Beliau turut melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi CRM (OACP 2023-2027). Penghasilan OACP ini memberikan penekanan mendalam serta komitmen CRM dalam integriti serta standard etika tertinggi dalam melaksanakan operasi kerja pengurusan anti-rasuah.

Malaysia telah menjadi destinasi pilihan bagi kebanyakan syarikat biofarmaseutikal dan Contract Research Organization kerana penyelidik kajian klinikal yang berpengalaman, berkebolehan dan berupaya mencapai ekspektasi organisasi multinasional global. Ini terbukti dengan pencapaian Global Top Recruiter dalam kajian masing-masing.

Sehubungan dengan itu, satu kolaborasi telah diformalisasikan oleh AstraZeneca Sdn Bhd bersama Clinical Research Malaysia (CRM) dan Hospital Umum Sarawak (HUS) melalui Perjanjian Persefahaman. Perjanjian ini akan menjadikan HUS sebagai tapak fokus dalam membawa masuk kajian klinikal bertaraf antarabangsa, termasuklah kajian fasa awal daripada AstraZeneca syarikat global biofarmaseutikal terkemuka.

Perjanjian Persefahaman ini membuka peluang akses awal dan rawatan inovatif kepada pesakit melalui kajian klinikal, sekaligus mengurangkan bebanan penyakit negara. Melalui kolaborasi ini juga, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam mencapai satu matlamat yang sama, iaitu untuk mencapai kajian yang berkualiti dan menepati standard antarabangsa, memberi sokongan latihan kepada para penyelidik dan meningkatkan bilangan kajian klinikal di HUS. Ini adalah sesuai dengan prinsip CRM Humanity (Kemanusiaan), Stability (Kestabilan) dan Sustainability (Kemampanan).

Majlis rasmi Memorandum Persefahaman ini bertempat di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya diantara Cik Pneh Tee Koon, Ketua Pegawai Kewangan Kluster AstraZeneca dan Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof. Majlis itu juga turut disaksikan oleh Yang Berhormat Dr Zaliha Mustafa dan Dr Sanjeev Panchal, Pengarah Syarikat AstraZeneca Malaysia.

YB Dr Zaliha berkata, “Saya amat berbangga untuk mengetengahkan bahawa bilangan kajian klinikal yang direkodkan pada tahun lepas adalah yang tertinggi sejak penubuhan CRM sedekad yang lalu. Dengan jumlah pelaburan yang dilakukan untuk kajian klinikal fasa awal di negara ini, Memorandum Persefahaman bersama AstraZeneca ini sekaligus menekankan hasrat dan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memajukan agenda kajian klinikal di Malaysia yang boleh menyumbang kepada peningkatan kesihatan rakyat.”

Dr Sanjeev pula menegaskan, “AstraZeneca amat komited dalam memahami keadaan kesihatan pesakit, dan oleh itu berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat bertaraf dunia bagi kajian klinikal. Bagi mencapai matlamat ini, pelan kami adalah untuk melabur sebanyak RM53.5 juta menjelang 2025, yang akan meliputi kajian terhadap keberkesanan terapi baharu dan juga untuk menubuhkan tapak Site Management and Monitoring (SMM) yang baharu di Malaysia. Sejak 2020, kami telahpun melabur sebanyak RM14 juta untuk kajian klinikal di Malaysia.”

“Pangkalan SMM AstraZeneca akan bekerjasama dengan CRM dan HUS sebagai pusat utama bagi mengoptimumkan kualiti dan penyampaian kajian klinikal melalui 32 tapak kajian di Malaysia. SMM juga akan berkolaborasi bersama R&D global AstraZeneca untuk menjalankan aktiviti pra-pemasaran kajian klinikal, serta bekerjasama dengan para profesional kesihatan, badan kawal selia pihak berkuasa, dan jawatankuasa etika untuk mengurus kajian klinikal,” ujar Dr Sanjeev lagi.

Mengenai Clinical Research Malaysia (CRM) 
Ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2012, Clinical Research Malaysia diwujudkan untuk memajukan penyelesaian kesihatan global untuk masa depan yang lebih cerah dan lebih penuh harapan dengan memberi sokongan penyelidikan klinikal yang pantas dan dipercayai untuk kajian berkualiti.
 
Pemahaman kita tentang landskap penyelidikan klinikal tempatan dengan standard operasi antarabangsa serta sokongan asas dari kerajaan memberi kita kelebihan yang tidak dapat ditandingi untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dari peringkat pembangunan baharu hingga pelaksanaan produk akhir, untuk memberikan yang rawatan lebih baik dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
 
Mengenai AstraZeneca
AstraZeneca (LSE/STO/Nasdaq: AZN) ialah syarikat biofarmaseutikal global berteraskan sains yang menumpukan pada penemuan, pembangunan dan pengkomersilan ubat preskripsi dalam Onkologi, Penyakit Jarang Jumpa dan BioFarmaseutikal, termasuk Kardiovaskular, Renal & Metabolisme, dan Pernafasan & Imunologi. Berpusat di Cambridge, UK, AstraZeneca beroperasi di lebih 100 buah negara dan ubat-ubatan inovatifnya digunakan oleh berjuta-juta pesakit di seluruh dunia. Sila layari astrazeneca.com dan ikuti Syarikat di Twitter @AstraZeneca.
 
Sumber: Clinical Research Malaysia (CRM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Clinical Research Malaysia (CRM)
Nama: Asha Thanabalan
Business Development Manager
Email: asha@clinicalresearch.my  
 
AstraZeneca Sdn Bhd
Nama: Anusia Tilaka
Corporate Communications Manager
Email: anusia.tilaka@astrazeneca.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.