ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  EIG MENGUPAH JOE KAESER, BEKAS CEO SIEMENS AG, SEBAGAI PENASIHAT KANAN

Tuesday 18/04/2023



Table

Foto: Business Wire


WASHINGTON, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan bahawa Joe Kaeser, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens AG ("Siemens"), telah menyertai EIG sebagai Penasihat Kanan. Dalam peranan ini, Encik Kaeser akan memberikan nasihat strategik kepada pasukan kepimpinan firma mengenai perkara yang berkaitan dengan pasaran tenaga global, dengan penekanan pada kuasa, tenaga boleh diperbaharui dan peralihan tenaga.

Encik Kaeser berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens dari tahun 2013 hingga tahun 2021 dan sebagai CFO dari tahun 2006 hingga tahun 2013. Semasa berkhidmat di Siemens, Encik Kaeser menyelia pertumbuhan dan transformasi yang ketara, memimpin syarikat melalui inisiatif strategik utama, termasuk penyusunan semula struktur konglomerat Siemens menjai tiga syarikat yang fokus: Siemens Healthineers, Siemens Energy dan perindustrian baharu Siemens AG, mewujudkan nilai yang ketara untuk semua pihak berkepentingan. Encik Kaeser kini berkhidmat sebagai Pengerusi bukan eksekutif Lembaga Siemens Energy AG, yang menyediakan produk, penyelesaian dan perkhidmatan untuk penjanaan, penghantaran dan pengedaran kuasa. Beliau juga bertindak sebagai Pengerusi bukan eksekutif Lembaga Daimler Truck Holding AG dan berkhidmat di Lembaga Linde, PLC.

“Kami teruja untuk mengalu-alukan Joe ke pasukan EIG," kata Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. "Pengalaman globalnya yang luas dan pengetahuan industri yang mendalam, yang dikumpulkan dalam kerjaya yang panjang dan cemerlang, akan sangat berharga bagi firma kami dan syarikat portfolio kami ketika mereka menavigasi ekosistem tenaga global yang kompleks dan cepat berubah. Kami mengharapkan sumbangan beliau ketika kami terus mengejar peluang pelaburan baharu yang menyokong peralihan tenaga dan memberikan hasil yang luar biasa bagi pelabur kami.”

"Saya teruja untuk menyertai EIG pada saat penting ini dalam industri tenaga, yang memberikan peluang pelaburan yang ketara di seluruh sektor tenaga dan infrastruktur," kata Encik Kaeser. "Kepakaran dan rekod prestasi EIG, digabungkan dengan pendekatan berdisiplin untuk melabur dalam peralihan tenaga, adalah lebih baik daripada yang lain. Saya berharap dapat menerapkan pengalaman dan rangkaian global saya untuk membantu pasukan mengenal pasti dan mengejar peluang yang menggalakkan pertumbuhan dan menciptakan nilai untuk pelabur dan syarikat portfolio EIG di seluruh dunia.”

Mengenai EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.7 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2022. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang sejarahnya selama 40 tahun, EIG telah memberikan kotmitmen $44.6 bilion dalam 396 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web EIG di www.eigpartners.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53381059/en

Maklumat Hubungan

Media
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com
 
Sumber: EIG

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.