ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PPZ-MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN BERNILAI RM 2 JUTA DARIPADA RHB ISLAMIC BANK

Wednesday 19/04/2023



Table


Dari kiri: Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad; Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif, Pengerusi RHB Islamic Bank Berhad; Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengerusi PPZ-MAIWP; Mohd Rashid Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB; dan Azlan Shaari, Pengurus Besar Operasi Dalam PPZ-MAIWP.
 

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic”) semalam menyerahkan zakat perniagaannya sebanyak RM2 juta bagi tahun kewangan 2022 kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) menerusi program Imarah Ramadan RHB Islamic Bank Berhad 2023.
 
Melalui program yang sama, 22 pemenang cabutan bertuah dipilih di bawah Kempen Semarak Zakat yang telah berlangsung dari April hingga Oktober 2022 khusus untuk warga kerja RHB. Kempen tersebut telah berjaya menarik 102 orang pembayar baru dan 80 orang yang membuat penambahan bayaran zakat melalui potongan gaji bulanan. Pemenang-pemenang tersebut memenangi hadiah temasuk Samsung Galaxy Tab, Telekung Siti Khadijah, Jam Buruj dan eWallet bernilai RM100.
 
Kempen Semarak Zakat ini merupakan kesinambungan kapada kerjasama strategik yang telah dimeterai pada tahun 2022 bagi tujuan mengoptimumkan potensi dan keberhasilan zakat. Ini merangkumi aspek kutipan, pengurusan zakat wakalah dan agihan zakat yang termasuk Kempen Pelanggan Mewah, Skim Wakalah dan Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) bagi kakitangan RHB.
 
Menurut Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, PPZ-MAIWP menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat bukan sahaja bagi bayaran zakat perniagaan tetapi juga kepada majikan yang membuat potongan gaji zakat kakitangan sebanyak RM100,000 setahun dan ke atas pada kadar 12.5%.

“Melalui Skim Wakalah ini pihak majikan mengambil kembali bahagian wang zakat yang ditunaikan untuk diagihkan sendiri kepada kakitangan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

“RHB Islamic terus memberi sokongan kepada PPZ-MAIWP untuk memaksimakan impak agihan zakat melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik. Oleh itu, saya berbesar hati menyerahkan zakat korporat RHB Islamic bagi tahun 2022 yang berjumlah RM2 juta kepada pihak PPZ-MAIWP. Ini merupakan jumlah zakat korporat terbesar yang pernah RHB Islamic tunaikan kepada PPZ-MAIWP setakat ini dan kami berharap agar dapat menggandakannya lagi pada tahun-tahun yang akan datang untuk faedah golongan para asnaf,” kata Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, RHB Islamic Bank Berhad.
 
Justeru itu, PPZ-MAIWP menyeru masyarakat Islam khususnya syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat perniagaan mereka di PPZ-MAIWP agar lebih ramai lagi asnaf dapat disantuni.
 
Turut hadir di majlis penyerahan zakat tersebut adalah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif Pengerusi RHB Islamic Bank Berhad, Encik Mohd Rashid Mohamad Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Dato’ Adissadikin Ali Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank dan Azlan Shaari Pengurus Besar Operasi Dalam PPZ-MAIWP.

Latar Belakang PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ-MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

Mengenai Kumpulan Perbankan RHB

Kumpulan Perbankan RHB (“RHB”), dengan RHB Bank Berhad sebagai syarikat induk, adalah salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu terbesar di Malaysia. Perniagaan teras RHB disusun menjadi lima tonggak perniagaan utama, iaitu Perbankan Komuniti Kumpulan, Perbankan Borong Kumpulan, Perniagaan Syariah Kumpulan, Perniagaan Antarabangsa Kumpulan dan Insurans Kumpulan. Perbankan Komuniti Kumpulan merangkumi Perbankan Runcit dan Perbankan PKS, manakala Perbankan Borong Kumpulan merangkumi Perbankan Pelaburan Kumpulan, Perbankan Korporat Kumpulan, Perbendaharaan Kumpulan & Pasaran Global, Pengurusan Aset Kumpulan, Perbankan Komersial, Perbankan Transaksi dan Ekonomi.
 
Kesemua lima tonggak perniagaan ditawarkan melalui RHB Bank Berhad dan anak syarikat utama - RHB Investment Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan RHB Insurance Berhad, sementara pengurusan aset dan perniagaan unit amanahnya dilakukan oleh RHB Asset Management Sdn. Bhd. dan RHB Islamic International Asset Management Berhad.
 
Kehadiran serantau RHB kini merangkumi lapan negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja, Vietnam dan PDR Laos.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rhbgroup.com
 
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) 
Nama: Norazlina Mohd Nordin
Pengurus Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 019 - 728 3839

Kumpulan Perbankan RHB
Nama: Putri Faralisa
Pengurus Komunikasi Korporat
Kumpulan Perbankan RHB
Tel: 016 – 664 2346 

--BERNAMA

 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.