ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PIE SYSTEMS MENAWARKAN PERKHIDMATAN INTERNET PERCUMA KEPADA PENGGUNA APLIKASI "PIE VAT" YANG MELAWAT JEPUN, DENGAN MENGGUNAKAN ESIM 5G

Thursday 27/04/2023

AsiaNet 100014

TOKYO, 27 April, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Perkhidmatan Internet Percuma Tersedia dengan Memuat Turun Aplikasi Beli-belah Bebas Cukai "PIE VAT" -

Pie Systems Japan Co., Ltd., sebuah syarikat teknologi pengembaraan terkemuka yang menyediakan penyelesaian bayaran balik VAT "PIE VAT" dan sebuah anak syarikat milik Pie Systems Inc., telah mula menyediakan eSIM 5G secara percuma kepada pengguna aplikasi PIE VAT yang melawat Jepun (*). Pengguna boleh mengakses perkhidmatan itu dengan memuat turun aplikasi beli-belah bebas cukai PIE VAT.

Maklumat mengenai PIE VAT
PIE VAT ialah sebuah platform digital yang menyampaikan pelancongan yang menyeronokkan, bermula dengan mendigitalkan beli-belah bebas cukai untuk peniaga dan pelancong. Peniaga boleh menyediakan PIE VAT pada komputer meja atau tablet mereka tanpa penyepaduan perkakasan. Pelancong boleh menuntut bayaran balik VAT mereka dengan mudah apabila melancong ke luar negara dengan menggunakan aplikasi PIE VAT itu. PIE VAT boleh mengurangkan beban operasi bagi peniaga dan meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk pelancong.
 
Imej: eSIM disediakan di dalam PIE VAT
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107424/202304245162/_prw_PI1fl_tjf5hUty.jpeg?_ga=2.107634114.1577705710.1682297246-1851103714.1593650756
 

Maklumat mengenai eSIM 5G percuma melalui PIE VAT
- Pengguna boleh dengan mudah dan pantas menyediakan eSIM melalui PIE VAT. eSIM itu membolehkan mereka untuk mengakses internet dan melengkapkan prosedur bayaran balik VAT dengan menggunakan perkhidmatan internet percuma. (Pengguna tidak perlu melalui prosedur yang rumit seperti membeli sebuah kad SIM atau menggantikan kad SIM mereka.)
- Pengguna boleh menikmati persekitaran komunikasi yang bebas daripada tekanan dan berkelajuan tinggi dengan eSIM itu yang menyokong 5G.
- Pengguna boleh menggunakan 1GB data secara percuma untuk maksimum 30 hari.
(Jika mereka melebihi 1GB penggunaan data, mereka boleh terus berhubungan dengan eSIM dengan membuat pembelian di dalam aplikasi.)
 
Hiroaki Mizuno, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pie Systems Jepun, mengulas:
"Sambungan internet yang stabil adalah sangat diperlukan untuk pelancong bagi menikmati penginapan mereka di destinasi mereka. Dengan perkhidmatan internet percuma eSIM yang disediakan oleh Pie Systems, pengguna boleh menyediakan eSIM dengan mudah dan pantas serta mengakses internet melalui PIE VAT. Kami menyediakan kepada pengguna dengan persekitaran komunikasi yang bebas daripada tekanan dan berkelajuan tinggi melalui eSIM yang menyokong 5G. Pengguna boleh menuntut bayaran balik VAT mereka dengan mudah dengan menggunakan aplikasi PIE VAT di kedai-kedai rakan kongsi PIE VAT dan pusat-pusat beli-belah.
 
"PIE VAT ialah sebuah platform perjalanan untuk menghubungkan pengembara dengan peruncit/peniaga. Aplikasi itu berfungsi sebagai sebuah penghubung di antara mereka untuk menghapuskan pelbagai kesulitan semasa perjalanan. Kami akan terus melancarkan perkhidmatan baharu untuk menyokong perjalanan pengembara yang menyeronokkan."

(*) Perkhidmatan internet percuma ini melalui eSIM 5G boleh tersedia untuk pengguna aplikasi PIE VAT yang melawat Jepun. Pengguna PIE VAT yang melawat negara Eropah boleh mengakses perkhidmatan internet berasaskan fi dengan membuat pembelian dalam aplikasi.
https://pages.pievat.com/esim
 
PIE VAT boleh dimuat turun daripada:
https://link.piesystems.io/jp-esim
 
Untuk butiran mengenai Pie Systems, sila layari
https://www.pievat.com/
 
 
Sumber: Pie Systems Japan Co., Ltd. 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.