Kejohanan Memancing Sedunia, permainan memancing pertama dalam WEMIX PLAY, memulakan prapendaftaran global pada 25 Mei (Grafik: Wemade)
- Permainan akan dilancarkan di 170 negara pada 25 Mei, prapendaftaran boleh didapati dalam Google Play
- Kandungan termasuk mengumpul 500 spesies ikan, PvP dan perlawanan kejohanan
- Kandungan dalam air yang realistik dicipta dengan menggunakan teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR) lanjutanSEOUL, Korea Selatan, 28 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wemade memulakan prapendaftaran global
Kejohanan Memancing Sedunia, permainan memancing baharu yang dibangunkan oleh Wemade Plus.
Kejohanan Memancing Sedunia ialah permainan memancing pertama dalam
WEMIX PLAY, platform permainan blok rantai oleh Wemade. Permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi di 170 negara (tidak termasuk Korea dan China) pada 25 Mei. Prapendaftaran boleh didapati dalam Google Play. Selama sebulan selepas pelancaran, semua pengguna termasuk mereka yang telah pradaftar akan menerima item istimewa, seperti Kotak Kelengkapan Memancing dan 10 Tiket Kotak Bertuah Platinum.
Pengguna boleh mengumpul kira-kira 500 spesies ikan yang terdiri daripada jenis tropika sehingga prasejarah dengan mengembara ke seluruh dunia. Melalui pertumbuhan watak dan penambahbaikan kemahiran, pengguna boleh melibatkan diri dalam pertarungan strategik dan menarik dengan pelbagai jenis ikan. Pelbagai kandungan, seperti PvP dan perlawanan kejohanan juga akan tersedia.
Ikan yang dikumpulkan di dalam akuarium boleh dilihat dengan pelbagai cara, iaitu menggunakan kamera 360 darjah, atau melalui teknologi realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR). Pengguna juga boleh memerhatikan rantai makanan yang dicipta dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
WEMIX PLAY, platform permainan blok rantai Nombor 1 dunia, menawarkan permainan pelbagai genre yang terdiri daripada RPG kepada teka-teki, strategi, menembak dan SNG. Bersama penambahan Kejohanan Memancing Sedunia, barisan permainan WEMIX PLAY telah mempelbagaikan dengan lebih banyak lagi.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53388825/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk Dihubungi
Wemade Co., Ltd. (112040: KOSDAQ)
Yeonghyun Lee, Pengurus PR
yeonghyun@wemade.com Sumber: Wemade Co., Ltd.
--BERNAMA