ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ​PENGGERAK KEAMANAN BUDDHA RAKYAT JEPUN MENGGESA PEMIMPIN G7 UNTUK BERGERAK KE ARAH "TIDAK MENGGUNAKANNYA TERLEBIH DAHULU" BAGI SENJATA NUKLEAR DI SIDANG KEMUNCAK HIROSHIMA

Tuesday 02/05/2023

AsiaNet 100035

TOKYO, 2 Mei, 2023/Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Pada 27 April, 2023, ahli falsafah Buddha dan penggerak keamanan Daisaku Ikeda, presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggesa pemimpin negara-negara G7 yang akan bermesyuarat di Hiroshima dari 19-21 Mei untuk mengambil langkah-langkah berani ke arah menyelesaikan konflik di Ukraine dan menjamin keselamatan manusia sejagat dengan mengetuai di dalam perbincangan mengenai ikrar Tidak Menggunakannya Dahulu bagi senjata nuklear.

Ikeda, seorang penyokong kuat bagi pemansuhan senjata nuklear sejak 1960-an, melihat Sidang Kemuncak G7 di Hiroshima sebagai satu peluang untuk membina aktivisme yang tidak berbelah bagi untuk hibakusha -- mangsa yang terselamat dalam pengeboman nuklear Hiroshima dan Nagasaki -- dan keazaman mereka bahawa kesan tragedi daripada senjata nuklear itu tidak akan dialami lagi.

Beliau menyatakan: "Ketika pemimpin G7 melihat semula akibat sebenar bagi sebuah letupan senjata nuklear dan pengajaran pahit bagi era nuklear itu, Saya menggesa agar mereka memulakan perbincangan yang bersungguh-sungguh untuk membuat ikrar Tidak Menggunakannya Terlebih Dahulu supaya pengiktirafan bersama mereka tentang sifat senjata nuklear yang tidak boleh diterima boleh mencapai ekspresi di dalam dasar-dasar yang diubah."

Beliau memberi amaran bahawa dengan larangan terhadap penggunaan senjata nuklear semakin terhakis di kalangan negara yang memiliki senjata nuklear, dan rangka kerja untuk mengurus dan mengurangkan senjata nuklear yang hampir musnah, tidak ada keperluan yang lebih besar daripada sekarang untuk mewujudkan dasar-dasar Tidak Menggunakannya Terlebih Dahulu.

Mengenai Ukraine, Ikeda menggesa Sidang Kemuncak Hiroshima itu supaya menyediakan satu "preskripsi untuk harapan" dengan berusaha bagi menghentikan segera serangan ke atas infrastruktur awam dan membangunkan rancangan konkrit untuk rundingan yang akan membawa kepada pemberhentian permusuhan.

Beliau menegaskan bahawa wakil-wakil masyarakat madani, seperti doktor dan pendidik yang melindungi kehidupan dan masa depan rakyat, harus turut serta di dalam rundingan sedemikian sebagai pemerhati.

Ikeda merujuk kepada usaha pakar-pakar perubatan dari kedua-dua pihak bagi Perang Dingin yang mengasaskan IPPNW (Pakar Perubatan Antarabangsa untuk Pencegahan Perang Nuklear) pada awal 1980-an dan bertemu di Hiroshima di bawah slogan: "Mari Kita Hidup Bersama, Bukan Mati Bersama." Dalam semangat yang sama, beliau membuat kesimpulan dengan keperluan penting untuk beralih kepada satu paradigma "keselamatan bersama" bagi semua umat manusia.

Ini adalah kali ketiga dalam sepanjang setahun yang lalu bahawa Ikeda, seorang penyokong veteran untuk pemansuhan senjata nuklear, telah menyeru untuk dasar-dasar Tidak Menggunakannya Terlebih Dahulu. Beliau pertama kali mendesak pengisytiharan Tidak Menggunakannya Terlebih Dahulu pada tahun 1975, berikutan kunjungan ke pemimpin dan pemikir terkemuka di kesemua lima buah negara yang diisytiharkan memiliki senjata nuklear.

Kenyataan lengkap:
https://www.daisakuikeda.org/sub/resources/works/lect/2023apr27-g7-hiroshima-stmt.html
 
Soka Gakkai ialah sebuah organisasi Buddha berasaskan komuniti global yang menggalakkan keamanan, budaya dan pendidikan. Daisaku Ikeda (1928- ) ialah presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), sebuah persatuan antarabangsa bagi Soka Gakkai dan sebuah NGO di dalam status perundingan dengan UN ECOSOC. Selama lebih 40 tahun, Ikeda telah mengarang cadangan dan kenyataan yang menawarkan pendekatan konkrit kepada menyelesaikan isu-isu kompleks yang dihadapi oleh manusia sejagat.
 
Cadangan Ikeda: https://www.daisakuikeda.org/sub/resources/works/props/
 
Sumber: Soka Gakkai
 
Hubungi:
Yuki Kawanaka
Pejabat Antarabangsa bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai
+81-80-5957-4919
kawanaka[at]soka.jp 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.