ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  HUAWEI MENGUMUMKAN PERTUKARAN KEPADA METAERP, MENTAKRIFKAN SEMULA SISTEM PERNIAGAAN TERAS PERUSAHAAN

Tuesday 02/05/2023



Table
Mengiktiraf rakan niaga Huawei di Majlis Anugerah MetaERP (Foto: Huawei) 
 
DONGGUAN, China, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Huawei mengumumkan bahawa syarikat itu telah menggantikan sistem ERP legasi dengan sistem MetaERP yang membolehkan kawalan penuh dilaksanakan. Pada hari ini, Huawei menganjurkan Majlis Anugerah MetaERP untuk mengiktiraf individu dan pasukan yang memberikan sumbangan kritikal kepada projek ini. Acara yang dikenali sebagai "Wira Berjuang Demi Merentasi Sungai Dadu (Heroes Fighting to Cross the Dadu River" itu diadakan di Kampus Perkampungan Xi Liu Bei Po milik syarikat di Dongguan, China.

ERP (Perancangan Sumber Perusahaan) ialah sistem IT pengurusan perusahaan yang paling kritikal. Huawei memperkenalkan sistem MRP (Perancangan Sumber Pembuatan) II pada tahun 1996 dan kemudian berkembang kepada sistem ERP dengan beberapa peningkatan berlelaran. Sistem ERP lama ialah sistem teras yang memperkukuh operasi perusahaan Huawei dan pembangunan pesat selama lebih daripada 20 tahun. Sistem ini menyokong operasi perniagaan Huawei yang cekap dan juga menjana ratusan bilion dolar setiap tahun, merentasi lebih daripada 170 negara dan rantau di seluruh dunia.

Pada tahun 2019, Huawei mula berhadapan dengan peningkatan tekanan luaran dan cabaran perniagaan. Kemudian, syarikat memutuskan untuk membangunkan sistem MetaERP yang dikawal sendiri bagi menggantikan sistem ERP lama. Ini merupakan projek transformasi paling luas dan kompleks yang pernah dijalankan oleh Huawei. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Huawei telah melaburkan sumber yang besar dan menugaskan beberapa ribu individu untuk projek ini, sambil turut bekerjasama dengan rakan niaga industri dan ekosistem bagi mengatasi cabaran berkaitan. Sistem MetaERP baharu, berorientasikan masa depan, berskala besar ultra dan natif awan ini telah dilancarkan,bagi menggantikan sistem ERP lama.

Pada masa ini, MetaERP mengendalikan 100% senario perniagaan dan 80% jumlah perniagaan Huawei. MetaERP telah pun lulus ujian penyelesaian bulanan, suku tahunan dan tahunan, sambil memastikan kerosakan sifar, kelewatan sifar dan pelarasan perakaunan sifar.

Tao Jingwen, Ahli Lembaga Huawei dan Presiden Jabatan Kualiti, Proses Perniagaan & Pengurusan IT, berkata: "Kami telah terputus daripada sistem ERP lama kami dan sistem operasi, serta pengurusan teras yang lain lebih daripada tiga tahun lalu. Sejak itu, kami bukan sahaja tidak dapat membina MetaERP kami sendiri, malah kami juga gagal menguruskan pertukaran dan membuktikan keupayaan sistem tersebut. Pada hari ini, kami cukup berbangga untuk mengumumkan bahawa kami telah berjaya menembusi sekatan. Kami berjaya bertahan!"

Huawei mempunyai kawalan tindanan penuh, serta lengkap ke atas MetaERP, yang telah dibina dengan sistem Huawei lain seperti EulerOS dan GaussDB. Huawei juga telah bekerjasama dengan rakan niaga bagi menggabungkan teknologi canggih, seperti seni bina natif awan, seni bina berbilang penyewa dipacu metadata dan risikan masa nyata, ke dalam sistem MetaERP, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kualiti operasi dengan ketara. Prinsip panduan Huawei ialah untuk membina seni bina yang paling mudah dengan kualiti terbaik, memberikan pengalaman terbaik pada kos yang paling rendah. Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan niaga dalam pelbagai bidang, termasuk ERP dan PLM untuk membina sistem perniagaan perusahaan teras yang lebih cekap dan selamat yang tidak tertakluk kepada apa-apa sekatan.

Sabrina Meng, Pengerusi Bergilir Huawei dan Ketua Pegawai Kewangan, berkata: "Lonjakan dalam teknologi memerlukan semangat ketukangan dan pengalaman yang bertahun-tahun. Lebih penting lagi, ini memerlukan fikiran terbuka untuk memacu lonjakan dengan cara kita berfikir. Kami tidak akan dapat membina MetaERP tanpa sokongan rakan niaga kami. Inovasi hanya boleh dilaksanakan dengan minda terbuka, manakala berkembang maju hanya boleh berlaku apabila kita bekerjasama."

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
corporate.comms@huawei.com
 
Sumber: Huawei
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53386120/en

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.