ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PERTUBUHAN PRODUKTIVITI ASIA (APO) MEMAJUKAN STRATEGI PRODUKTIVITI VIETNAM BAGI MENGEKALKAN MOMENTUM PERTUMBUHAN

Tuesday 02/05/2023



Table

Setiausaha Agung, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), Dr. Indra Pradana Singawinata (Kiri) bersama Perdana Menteri Pham Minh Chinh. (Foto: Business Wire)
 
 
TOKYO, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kerajaan Vietnam menegaskan semula pergantungan negara tersebut pada agenda dan strategi produktiviti yang diperbaharui bagi mengembang dan mengekalkan asas trajektori pertumbuhan ekonominya. Semasa sesi perbincangan dan pertukaran pendapat dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), Dr. Indra Pradana Singawinata di Hanoi pada 26 April 2023, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh menggariskan keperluan mendesak bagi meningkatkan prestasi produktiviti buruh dalam merealisasikan aspirasi Vietnam untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2045.

Perdana Menteri Pham menggariskan empat bidang menyeluruh untuk meletakkan pertumbuhan produktiviti buruh negara kembali pada landasan prestasi yang diharapkan. Meningkatkan kualiti institusi, menaik taraf pembangunan modal insan, memajukan kapasiti tadbir urus dan memperhalus pengurusan sumber akan menjadi asas kepada strategi dan pergerakan produktiviti Vietnam yang dijalankan seiring dengan usaha menaikkan keupayaan inovasi. Beberapa projek rintis negara akan dilancarkan dalam industri terpilih yang berupaya menambah baik produktiviti buruh dengan ketara melalui kerjasama sektor swasta dan pihak berkepentingan lain. Sambil menghargai sokongan yang lama dan berterusan daripada Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), kerjasama yang lebih mendalam dan bantuan yang diperluas turut ditegaskan oleh Perdana Menteri sebagai strategi utama.

Kestabilan sosioekonomi, kualiti modal insan dan sikap terhadap kerja ialah antara asas yang boleh dimanfaatkan oleh Vietnam dalam menyasarkan kemakmuran yang lebih besar, kata Dr. Indra sebagai respons kepada permintaan Perdana Menteri Pham untuk khidmat nasihat mengenai jalan penyelesaian yang boleh dilaksanakan terhadap cabaran sedia ada. Setiausaha Agung tersebut menekankan keperluan melihat ke dalam susunan institusi pergerakan produktiviti kerana ini merupakan bahan utama ekonomi yang amat produktif. Institusi bersama-sama menghalusi pelarasan dengan mengutamakan agenda produktiviti dan pengukuhan kapasiti institusi penggalak produktiviti utama secara berterusan boleh membantu menterjemahkan strategi kepada hasil yang nyata, tambah Setiausaha Agung.

Mesyuarat diakhiri dengan komitmen yang diperkukuh untuk menghulurkan bantuan Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) kepada Vietnam dalam meningkatkan dan mengekalkan produktiviti negara. Pemahaman bersama tentang keperluan meneruskan bantuan teknikal dan inisiatif khidmat nasihat, termasuk memantau kemajuan pelaksanaan agenda produktiviti, juga merupakan hasil daripada perbincangan dan pertukaran pendapat peringkat tinggi.

Setiausaha Agung Dr. Indra juga berkesempatan membentangkan laporan mengenai projek Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) dalam menangani pengubahsuaian tetapan pergerakan produktiviti institusi di Vietnam yang baharu disempurnakan. Laporan yang sama turut diserahkan kepada Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Vietnam, Le Xuan Dinh dalam satu majlis rasmi berasingan yang diadakan pada awal pagi 26 April.

Maklumat Tentang Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ialah pertubuhan antara kerajaan serantau yang khusus untuk menambah baik produktiviti di rantau Asia-Pasifik melalui kesepakatan bersama. Pertubuhan ini ialah pertubuhan bukan politik, bukan untung dan tanpa diskriminasi. Ditubuhkan pada tahun 1961 dengan lapan anggota pengasas dan pada masa ini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mempunyai 21 anggota ekonomi: Bangladesh; Kemboja; Taiwan (Republik China - ROC); Fiji; Hong Kong; India; Indonesia; Republik Islam Iran (I.R.); Jepun; Korea Selatan (Republik Korea - ROK); Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR); Malaysia; Mongolia; Nepal; Pakistan; Filipina; Singapura; Sri Lanka; Thailand; Turki; dan Vietnam.

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang membentuk masa depan rantau ini dengan memupuk pembangunan sosioekonomi anggota pertubuhan melalui khidmat nasihat dasar negara, bertindak sebagai badan pemikir, inisiatif pembinaan kapasiti institusi dan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53390543/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Unit untuk Dihubungi
Untuk maklumat terperinci, hubungi:
Unit Maklumat Digital, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO): pr@apo-tokyo.org
Telefon: +81-3-3830-0411
Laman web: https://www.apo-tokyo.org
 
Sumber: Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.