- Dabeeo menjejakkan kaki ke pasaran analisis tanaman dengan mempelbagaikan penggunaan imej satelit- Merancang untuk bekerjasama dengan ladang di Malaysia bagi menguruskan pokok kelapa sawit dan meningkatkan produktiviti minyak kelapa sawitSEOUL, Korea Selatan, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dabeeo Inc., syarikat teknologi maklumat geospatial berasaskan AI, telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan teknologi analisis AI yang menggunakan imej satelit ultra tepat (aras 30cm) untuk memantau ladang pokok kelapa sawit di Malaysia.
Dabeeo memuktamadkan memorandum persefahaman (MOU) dengan Saba Legend, syarikat GIS di Malaysia, pada 28 April 2023, bersama matlamat untuk memantau kesihatan pokok secara berkala dan segera mengenal pasti pokok kelapa sawit yang kurang berzat melalui kerjasama teknikal.
Ladang kelapa sawit yang telah diperbadankan dengan Saba Legend meliputi kawasan seluas kira-kira 300km
2, sebesar lebih kurang 42,000 padang bola. Kedua-dua syarikat akan bersama-sama mencari peluang meneroka pertanian tepat dalam usaha menjimatkan masa dan kos yang dibelanjakan untuk menguruskan ladang berskala besar dengan memanfaatkan teknologi AI Dabeeo.
Sebelum ini, Dabeeo mengendalikan analisis kawasan ladang tertentu dengan menggunakan jalur khusus (Merah-NIR) imej satelit bagi memperoleh NDVI (Indeks Tumbuhan Perbezaan Ternormal), penunjuk yang mewakili status tumbuhan.
Berdasarkan pengalaman ini, Dabeeo menyasar untuk menggunakan teknologi analisis AI dalam kerjasama masa akan datang bertujuan menganalisis indeks tumbuhan pokok kelapa sawit berdasarkan imej satelit ultra tepat aras 30 sentimeter pada selang masa tetap, membayangkan data berkaitan dan menyampaikan maklumat tersebut kepada ladang, menyumbang kepada operasi ladang kelapa sawit.
Mohamed Ishaber Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Saba Legend, berkata, "Mengurus dan memantau ladang kelapa sawit yang besar memerlukan tenaga kerja dan masa yang cukup besar. Kami amat optimistik dengan syarikat Dabeeo, memandangkan Sabah ialah negeri di Malaysia yang mempunyai daratan 68% dilitupi hutan. Pengurusan yang cekap dengan menggunakan teknologi dan imej satelit Dabeeo akan menjadi sangat sesuai untuk pengurusan produktiviti minyak kelapa sawit. Kami berharap pencapaian ini juga boleh membawa kepada perbincangan selanjutnya untuk pasaran karbon."
Pada majlis MOU itu, Naib Presiden Dabeeo, Victor Choi mengulas, "Teknologi AI Dabeeo boleh merealisasikan potensi sepenuhnya apabila menggunakan imej satelit dalam pelbagai cara, seperti mengenal pasti pelbagai jenis pokok di Saba. Melalui perjanjian ini, kami berharap dapat mewujudkan kerjasama yang baik apabila teknologi Dabeeo berjaya digunakan dalam bidang persekitaran tumbuhan."
Maklumat Tentang Dabeeo Inc.Misi Dabeeo ialah menyediakan teknologi kecerdasan buatan untuk mengurangkan operasi berulang dan meletihkan yang telah dilakukan oleh manusia dan membantu dalam pemprosesan operasi yang cekap dan membuat keputusan dengan cepat. Dabeeo sedang mengadakan perbincangan mengenai kerjasama perniagaan yang berpotensi dalam teknologi maklumat geospatial berasaskan AI dengan syarikat di dalam negara seperti Malaysia, Indonesia dan China serta di luar negara, iaitu hasil perkongsian yang cukup bermanfaat dengan Airbus DS.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.