ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 22, 2024 -Jumaat

 
  GLORIA JEAN'S COFFEES SASAR 80 CAWANGAN DALAM MASA LIMA (5) TAHUN

Monday 22/05/2023



PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) yang merupakan pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees menyasarkan pembukaan 80 cawangan baharu Gloria Jean’s Coffees dalam tempoh lima (5) tahun. Hari ini Gloria Jean’s Coffees meluaskan sayap rangkaiannya dengan membuka cawangan yang ke-47 di Conezion IOI Resort City Putrajaya. Pembukaan cawangan ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Hazimah Binti Zainuddin, Pengerusi Pernas. 

Mengulas mengenai pembukaan cawangan baharu dan bantuan Pernas, Pengerusi Pernas, YBhg. Dato’ Hazimah Binti Zainuddin menyatakan bakal usahawan perlu merebut peluang untuk menceburi industri kopi premium seperti Gloria Jean’s Coffees. 

Gloria Jean’s Coffees menawarkan peluang kerjaya untuk menjadi francaisi di mana jenama ini merupakan satu-satunya jenama gourmet coffee antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia yang mana ia boleh menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini dan seterusnya bergelar coffeepreneur.  

“Pernas menyediakan khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu bakal usahawan yang berminat untuk meneroka bidang perniagaan Gloria Jean’s Coffees. Pernas menyediakan skim pinjaman pembiayan sehingga 70 peratus (tertakluk pada terma dan syarat) kepada bakal usahawan baharu”, katanya lagi. 

Pernas setakat ini telah meluluskan pembiayaan kepada 45 orang usahawan kopi Gloria Jean’s Coffees dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM13 juta. Gloria Jean’s Coffees menawarkan tiga (3) konsep francais kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan ini iaitu konsep lot kedai, kios dan coffee cart

GLORIA JEAN’S COFFEES

Gloria Jean’s Coffees merupakan jenama kopi gourmet yang terkemuka di dunia. Gloria Jean’s Coffees mempunyai lebih 810 outlet di 43 buah negara, yang menyediakan kopi kepada lebih 9 juta pelanggannya setiap hari.

Gloria Jean’s Coffees menawarkan pelbagai minuman espresso, panas dan sejuk, 7 jenis pilihan teh, 8 jenis minuman coklat termasuklah minuman buah-buahan segar sebagai memenuhi permintaan generai baru peminat kopi.

Gloria Jean’s Coffees di Malaysia ditubuhkan melalui pemerolehan hak Rakan Francais Induk oleh Wonderful Lifestyle Sdn Bhd, anak syarikat MyFranchise, salah satu cabang perniagaan di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan yang dimiliki oleh Menteri Kewangan diperbadankan (MOF Inc.) bagi menerajui pembangunan industry francais di Malaysia. Pernas juga merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Bagi menyahut seruan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan, Pernas selaku agensi kerajaan sedia membantu usahawan dan bakal usahawan bagi membangunkan perniagaan merangkumi pembiayaan, khidmat nasihat dan latihan. 

SUMBER: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Muhammad Hakim
Ketua Pemasaran, Digital & Media Kreatif WLSB
Tel: 017-2490074 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.