ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  WALTON GLOBAL MELANCARKAN PROGRAM IMIGRASI EB-5 GLOBAL

Tuesday 23/05/2023



Menawarkan peluang dalam pelaburan hartanah kepada pemohon dari serata dunia dalam projek pembangunan di AS

SCOTTSDALE Arizona, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walton Global, sebuah syarikat pelaburan hartanah dan pengurusan aset tanah, mengumumkan pelancaran program imigrasi berdasarkan pekerjaan (EB-5) yang menawarkan peluang untuk melabur dalam projek pembangunan di AS kepada pemohon dari serata dunia yang diuruskan oleh Walton. Program ini memberikan tawaran unik dalam industri untuk pemohon EB-5 menerima pulangan pada pelaburan mereka selain menyediakan peluang kepada individu yang ingin mendapatkan Kad Penduduk Tetap dan menjadi rakyat AS.

“Kami menantikan untuk menyokong pembangunan ekonomi dan penciptaan pekerjaan baharu di AS dengan membangunkan perniagaan berkualiti yang tidak akan luput dek zaman,”kata Bill Doherty, CEO Walton Global. “Strategi kami adalah untuk mencipta pembangunan di komuniti utama di seluruh negara yang akan dialu-alukan oleh penduduk dan mempromosi industri pelancongan. Kami komited dengan usaha yang kami sedang lakukan dan kami bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik dan penuh dengan maklumat kepada klien dan pelabur global kami yang semakin bertambah dalam bidang EB-5.”

Sebagai salah satu perniagaan dalam satu-satunya program EB-5 yang patuh Shariah buat masa ini, Walton Global mengambil langkah tambahan untuk memberikan nilai kepada pelabur. Selain daripada 11 pejabat global, Walton akan memberikan liputan tambahan dan setempat di negara seperti Brazil dan Taiwan.

“Ini merupakan pencapaian yang menarik buat Walton. Ketika kami mengembangkan perniagaan kami secara global selama ini, pelabur dan klien kami sering bertanya jika kami mempunyai keupayaan untuk membantu mereka berimigrasi ke AS dan kami gembira kini kami boleh menyediakan perkhidmatan tersebut kepada mereka,” kata Matt Keister, Naib Presiden Eksekutif di Walton Global. “Kami telah mengumpulkan pasukan terbaik yang pakar dalam bidang mereka dan memahami nuansa program EB-5. Kami melibatkan agensi dan kumpulan imigrasi secara aktif dari seluruh dunia untuk meluaskan perkhidmatan kami dan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat untuk imigrasi yang sah ke AS.”

Walton Global kini menerima permohonan untuk peluang dalam pelaburan hartanah EB-5. Lawati walton.com. 

Perihal Walton Global

Walton Global ialah syarikat milik persendirian yang meneraju industri pengurusan aset tanah dan pelaburan hartanah global yang menumpukan pada penyelidikan, pemerolehan, pentadbiran, perancangan dan pembangunan tanah. Dengan pengalaman lebih dari 44 tahun, Walton mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam pentadbiran projek pelaburan hartanah di kawasan metropolitan yang berkembang pesat di Amerika Utara. Syarikat ini menguruskan dan mentadbir AS$3.4 bilion aset bagi pihak pelabur globalnya, jurubina dan klien pelabur serta rakan kongsi perniagaan dalam industri. Walton mempunyai lebih daripada 93,000 ekar tanah di bawah pemilikan, pengurusan dan pentadbiran di Amerika Syarikat dan Kanada dengan jenis perniagaan daripada pelaburan pra pembangunan tanah yang bertumpu pada hasil akhir, pendanaan tanah untuk jurubina dan bina-untuk-sewa. Untuk maklumat lanjut lawati walton.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Untuk Dihubungi
MAKLUMAT MEDIA:
Allison+Partners
waltonglobal@allisonpr.com
 
Sumber: Walton Global 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.