‘Tala Natyam-The Dance Journey’ akan menemui penonton di MaTIC pada Jumaat dan Sabtu iniKUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), terus komited dalam menyemarak dan memartabatkan seni budaya negara dengan pelaksanaan Panggung Seni Tradisional 2023 (PST2023). Program ini merupakan usaha bagi memastikan kelestarian seni persembahan tradisional dapat diteruskan. Ia juga sebagai langkah pemeliharaan dan pengekalan seni warisan negara yang berupaya menjadi serampang dua mata dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab persembahan tradisional dan salah satu produk pelancongan negara.
Dalam segmen pertama, Tala Natyam akan mempersembahkan dua jenis tarian yang bertajuk
“NAMAMI MANGALACHARAN” dan
“ARABHI PALLAVI”. Kemudian bagi segmen kedua pula dengan tajuk “
MOHINIYATTAM JATISHWARAM”. Persembahan diteruskan dengan tarian berjudul
“JATISHWARAM” dalam segmen ketiga. Untuk segmen keempat, Tala Natyam – The Dance Journey membawakan kepada penonton dengan tiga (3) jenis tarian iaitu
“PUSHPANJALI”, “GANESHA GAUTAVAM” dan
“KALYANI JATHISHWARAM”.Persembahan selama 2 hari ini akan menampilkan gabungan tiga (3) orang pengarah persembahan daripada tiga (3) buah sekolah kesenian India ini iaitu
Nrityatara Shri Kunaratnam Velautham (Vehaara Arts),
Nrutyacharya Lawrence Sackris (Angika Fine Arts) dan
Natya Visharadha Thachayani Ramanaidu (Telugu Association of Malaysia (TAM). Persembahan selama 90 minit ini akan dipersembahkan oleh 64 orang penari yang berusia daripada lima (5) hingga 45 tahun
.Untuk menyaksikan persembahan memukau ini, orang ramai boleh mendapatkan tiket menonton dengan menghubungi urus setia atau hadir di Dewan Tunku Abdul Rahman, (MaTIC). Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan
https://www.facebook.com/PanggungSeniTradisionalTraditionalArtsShowcase?mibextid=ZbWKwL atau
www.facebook.com/mysenibudaya dan
www.facebook.com/PanggungSeniTradisionalTraditionalArtsShowcase