ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  THE LAB, FOOD AND FUN GARDEN TARIKAN TERBAHARU DI LANGKAWI SEMPENA LIMA'23

Friday 26/05/2023



Table

The Langkawi Art Box (The LAB) Food and Fun Garden terletak bertentangan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan jarak berjalan kaki ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.


LANGKAWI, 26 Mei (Bernama) -- The Langkawi Art Box (The LAB) Food and Fun Garden telah mula dibuka kepada orang ramai bersempena dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang telah membuka tirai pada 23 Mei 2023 lalu.
 
The LAB Food and Fun Garden menawarkan pelbagai tarikan terbaharu di Langkawi seperti gerai makanan, kedai cenderamata, ruang santai yang luas dan kemudahan lain seperti surau serta tempat bersantai dikelilingi dengan kedai kabin kontena yang menarik.
 
Bertempat di lokasi yang strategik iaitu bertentangan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan jarak berjalan kaki ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, The LAB bakal menjadi laluan pintu masuk utama pelancong untuk membeli belah, di samping menjadi tempat alternatif untuk pengunjung bersantai selepas menonton pertunjukan udara yang berlangsung semasa acara LIMA’23.
 
Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), YM Raja Shahreen Raja Othman, antara objektif utama The LAB Food and Fun Garden diperkenalkan adalah untuk menyediakan platform dan ruang untuk para peniaga tempatan menjual produk dan perkhidmatan di Langkawi.
 
“Kawasan tarikan terbaharu ini akan terus beroperasi selepas berakhirnya acara LIMA’23, dengan Kumpulan BDB menyasarkan The LAB bakal menjadi tempat persinggahan atau ‘pit-stop’ untuk penumpang domestik atau antarabangsa beristirehat dan membeli-belah sebelum berlepas menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.”
 
The LAB turut menawarkan pelbagai tarikan lain untuk aktiviti hiburan seisi keluarga seperti mini golf yang pertama di Malaysia, kawasan permainan kanak – kanak (soopa doopa), busking serta persembahan kebudayaan yang berlangsung pada setiap hari.
 
#SpiritOfAchievement
#KeepTheSpiritsHigh
#BDBLangkawi 

MENGENAI BINA DARULAMAN BERHAD (BDB)

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan di Kedah yang memiliki anak syarikat dalam bidang kejuruteraan infrastruktur, pembinaan, pembangunan hartanah dan pelancongan. Sejak penubuhannya lebih dua dekad lalu, Kumpulan BDB telah memainkan peranan penting dalam pembangunan agenda sosioekonomi negeri, mencapai kejayaan luar biasa dalam pelaksanaan pelbagai projek di bahagian yang berlainan di Kedah.
 
SUMBER: Honeycomm Resources

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Haniza Abd Aziz
Tel: 012-210 8480 

Nama: Mazlina Malek 
Tel: 012-234 5232 
Portal:  www.langkawi.bdb.com.my 


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.