SHENZHEN, China, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, baru-baru ini telah melancarkan model radio PTT (Push to Talk) over Cellular (PoC) iaitu
Peranti Pintar PNC460 XRugged. Bersama API terbuka, perkakasan tahan lasak dan PTT (Push to Talk ) yang intuitif, PNC460 mempunyai potensi dan berkemungkinan besar dapat meningkatkan produktiviti pasukan dalam senario perniagaan dan perindustrian.
Sebagai telefon pintar profesional, PNC460 dikendalikan bersama Android 12 dengan API terbuka dan dengan mudah menjalankan Aplikasi pihak ke-3, khususnya yang dibangunkan untuk tujuan atau industri tertentu, sebagai contoh, Aplikasi untuk kawalan akses, penghantaran kurier, penyelenggaraan utiliti, keselamatan fizikal dan sebagainya. Kit alat pengukur yang dibangunkan oleh Hytera amat berguna dengan pengesan bunyi (bising) , aras, altimeter, pasang paip, pedometer dan jangka sudut. Peranti ini menawarkan platform premium untuk pendigitalan operasi perniagaan, terutamanya untuk pemerkasaan dan pengurusan tenaga kerja mudah alih.
PNC460 menyampaikan PTT yang intuitif dan andal, didayakan oleh perkakasan dan perisian, yang dengan jelas membezakan PNC460 daripada ciri PTT berasaskan Aplikasi dalam telefon pintar pengguna Butang PTT fizikal mengekalkan kemudahan ikonik penggunaan
radio dua hala (walkie-talkie) dan memastikan panggilan kumpulan segera terutamanya dalam situasi mendesak. Dilengkapi dengan antena luaran, PNC460 mempunyai keupayaan RX lebih tinggi untuk mengatasi kawasan liputan selular yang tidak baik dan oleh yang demikian, memastikan kualiti bagi panggilan suara. Pembesar suara sehingga 3W, ditambah dengan pembatalan bunyi (bising) (NC) kecerdasan buatan (AI) dan pengurangan bunyi (bising) bergema dan angin, mendayakan audio sejelas dan sekuat mungkin dalam persekitaran hingar yang berbeza.
Bersama kepakaran dan pengalaman berdekad , mereka telah bentuk dan menghasilkan radio dua hala tahan lasak untuk sektor kritikal misi, Hytera memberikan PNC460 kelebihan daya saing yang kukuh berbanding peranti tahan lasak biasa yang ditawarkan oleh pasaran. Dengan penilaian IP68, peranti itu kalis air dalam air tawar sedalam 1.5 meter sehingga 30 minit; peranti ini juga kedap habuk tanpa apa-apa hal atau perlindungan tambahan. Casis yang kuat dan komponen diperkukuh bertahan dalam ujian ketat seperti kejutan jatuh 1.5 meter di atas lantai keras dan suhu melampau (-20°C hingga +60°C). Memberikan perhatian penuh terhadap kerja yang sedang dijalankan, profesional tidak perlu usaha tambahan untuk menjaga ketersambungan dan komunikasi dengan pasukan dan sistem walaupun dalam persekitaran yang sukar.
Maklumat Tentang Hytera
Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.