ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA MELANCARKAN IC PEMACU MOTOR DENGAN PAKEJ KECIL DAN BAHAGIAN LUARAN TERKURANG YANG MENJIMATKAN RUANG PADA PAPAN LITAR

Friday 16/06/2023



Table

Toshiba: IC pemacu motor yang hanya memerlukan beberapa bahagian luaran dan didatangkan dalam pakej yang kecil, serba boleh dan menjimatkan ruang. (Grafik: Business Wire)
 

KAWASAKI, Jepun, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan IC pemacu motor untuk peralatan pengguna dan perindustrian yang hanya memerlukan beberapa bahagian luaran dan didatangkan dalam pakej yang kecil, serba boleh dan menjimatkan ruang. Pelancaran memperluaskan barisan Toshiba dengan empat produk: “TB67S581FNG,” “TB67S580FNG,” “TB67H481FNG” dan “TB67H480FNG.” Penghantaran bermula pada hari ini.

Dua daripada produk baharu, TB67S581FNG dan TB67S580FNG, merupakan IC pemacu motor loncatan dwikutub dua fasa. TB67S581FNG mempunyai kadar voltan keluaran motor 50V dan kadar arus keluaran motor 2.5A[1] manakala TB67S580FNG masing-masing mempunyai kadar 50V dan 1.6A[1].

Dua produk lain, TB67H481FNG dan TB67H480FNG, merupakan IC pemacu dual jambatan H arus malar, dengan kadar voltan keluaran motor 50V dan kadar arus keluaran motor 2.5A[1]. Antara muka input TB67H481FNG ialah input IN, manakala TB67H480FNG menggunakan input FASA.

Produk ini boleh didapati dalam pakej HTSSOP28 yang kecil dan serba boleh, yang mempunyai kawasan pelekap kira-kira 39% lebih kecil daripada pakej HTSSOP48 yang digunakan dalam produk semasa Toshiba, TB67S109AFNG. Berbeza dengan pakej jenis QFN, yang mempunyai terminal tersusun dalam empat arah, pakej HTSSOP mempunyai terminal tersusun dalam dua arah, untuk memudahkan pendawaian pada papan litar. Semua IC menggabungkan kapasitor untuk litar pam pengecas, mengurangkan bahagian luaran dan menjimatkan ruang pada papan litar.

IC pemacu motor menyokong voltan bekalan kuasa motor daripada 8.2V hingga 44V, dan mempunyai penggunaan kuasa sehingga 20μA dalam mod tidur, menjadikannya boleh digunakan secara meluas untuk aplikasi bekalan kuasa 12V/24V.

Toshiba akan terus membangunkan produk untuk pelbagai aplikasi, dan menyediakan penyelesaian menyeluruh yang menyumbang kepada pemudahan reka bentuk, pengurangan kawasan papan dan pengurangan kos keseluruhan.

Nota:
[1] Arus sebenar yang memacu motor dihadkan oleh suhu ambien, voltan bekalan kuasa dan keadaan kendalian lain.

Aplikasi

· Pencetak
· Pencetak pelbagai fungsi
· Mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
· Mesin pengurup wang
· Kamera pengawasan
· Projektor, dsb.
 
Ciri-ciri

· Pakej HTSSOP28 kecil: 6.4mm x 9.7mm (jenis)
· Tidak memerlukan kapasitor luaran untuk litar pam pengecas.
· Penggunaan kuasa yang rendah: IM1=20μA (maks) (Mod tidur)
 
Spesifikasi Utama

Table

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk baharu.
TB67S581FNG
TB67S580FNG
TB67H481FNG
TB67H480FNG

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang IC Pemacu Motor Toshiba.
IC Pemacu Motor

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, lawati:
TB67S581FNG
Beli Dalam Talian

TB67S580FNG
Beli Dalam Talian

TB67H481FNG
Beli Dalam Talian

TB67H480FNG
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan boleh menjadi tanda dagangan syarikat tersendiri.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan adalah semasa pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.

Perihal Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal utama semikonduktor yang maju dan penyelesaian penyimpanan, menggunakan pengalaman dan pembaharuan selama separuh abad untuk menawarkan semikonduktor berasingan yang menonjol, sistem LSI dan produk HDD kepada pelanggan dan rakan kongsi perniagaan.
Seramai 21,500 pekerja syarikat di seluruh dunia berkongsi azam untuk memaksimumkan nilai produk dan mempromosikan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penghasilan bersama nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan hampir 800 bilion yen (AS$6.1 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menantikan untuk membina dan menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.
Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53419987/en

Maklumat Hubungan
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Jualan & Pemasaran Peranti Analog & Automotif
Tel: +81-44-548-2219
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Bahagian Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.