ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) TERIMA PENSIJILAN ISO 37001:2016 SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH

Monday 19/06/2023



 
SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dianugerahkan pensijilan ISO 37001:2016, Sistem Pengurusan Anti-Rasuah atau Anti-Bribery Management Systems (ABMS) yang berkuat kuasa pada 14 Jun 2023.
 
Pensijilan tersebut telah dianugerahkan oleh SIRIM QAS International sekaligus membuktikan piawaian tadbir urus yang baik oleh SPNB sebagai sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen bin Isnin, pensijilan ini membuktikan komitmen SPNB dalam menyediakan perkhidmatan yang berintegriti yang boleh dipercayai oleh pelanggan.
 
“Pengiktirafan oleh SIRIM QAS ini turut mencerminkan tekad SPNB dalam mempertahankan prinsip syarikat utuk memerangi rasuah dalam semua aktiviti dan operasi berasaskan nilai integriti dan akauntabiliti yang tinggi, di samping menimbulkan keyakinan dan kepercayaan daripada pelanggan kami”
 
“Sebagai peneraju penyedia rumah mampu milik yang berkualiti dan berdayahuni, SPNB turut mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap semua bentuk rasuah dan pensijilan ini merupakan bukti kepimpinan kami dalam bidang ini.” Tambah beliau lagi

ISO 37001:2016 ABMS merupakan satu sistem yang dibangunkan berasaskan risiko atau potensi rasuah di mana ABMS akan membantu mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap risiko rasuah secara proses integrasi di dalam pelaksanaan tadbir urus sesebuah organisasi.

#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity 
#KediamanAndaTanggungjawabKami


MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
 
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) di bawah pengurusan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.
 
Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder SPNB.

SUMBER : SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat 
Tel: 03-7849 2000 ext: 2587
Emel: pr@spnb.com.my

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.