ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PERKHIDMATAN DALAM TALIAN SEBAGAI MEDIUM ALTERNATIF BAGI URUSAN PERCUKAIAN BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN KAUNTER DUTI SETEM DAN KAUNTER SEKSYEN ANTARABANGSA PEJABAT HASIL LOKALITI LABUAN

Friday 30/06/2023



KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa pejabat HASiL lokaliti Labuan dalam proses melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan yang melibatkan beberapa kaunter perkhidmatan di pejabat tersebut.
 
Proses pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan ini melibatkan pemindahan sementara lokasi Kaunter Duti Setem dan Kaunter Seksyen Antarabangsa ke lokasi baharu mulai 03 Julai 2023 (Isnin) seperti maklumat berikut:
Table
Dalam tempoh ini, para pelanggan HASiL adalah disarankan untuk menggunakan medium alternatif iaitu e-mel serta perkhidmatan dalam talian bagi sebarang urusan percukaian melibatkan pejabat HASiL lokaliti Labuan berikutan pemindahan sementara kaunter-kaunter perkhidmatan ini.
 
Untuk makluman para pelanggan HASiL, perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter-kaunter ini adalah masih sama namun bilangan pelanggan yang hadir adalah dihadkan berdasarkan kepada kapasiti keluasan serta ruang pejabat yang minimum.
 
Sebagai makluman tambahan, para pegawai di back office pejabat HASiL lokaliti Labuan juga akan diarahkan untuk bekerja dari rumah sepenuhnya sehingga kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan ini selesai. Sekiranya pembayar cukai ingin berhubung dengan para pegawai bagi sebarang urusan percukaian, panggilan masih boleh dibuat melalui talian operator di talian 087-595300.
 
Sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh para pelanggan HASiL berikutan pengumuman ini amatlah dikesali dan HASiL berharap agar situasi ini tidak mematahkan semangat para pelanggan HASiL untuk terus melaksanakan tanggungjawab percukaian kepada negara.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a)  Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b)  HASiL Live Chat; dan
c)  Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 30 Jun 2023

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi |
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.